Showing posts with label Rumah Putih. Show all posts
Showing posts with label Rumah Putih. Show all posts

Wednesday, September 13, 2017

Trump, Najib bertemu di Rumah Putih

Najib disambut Trump setibanya di Rumah Putih, Washington, pagi ini (waktu tempatan). Foto AFP

BERNAMA

PERBINCANGAN Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berlangsung di Rumah Putih dalam satu pertemuan yang bakal membuka lembaran baharu selepas 60 tahun Amerika Syarikat menjalinkan hubungan dua hala dengan satu daripada rakan strategiknya di Asia Tenggara itu.

Trump menyambut mesra Najib sejurus beliau tiba pagi ini (waktu tempatan) untuk menghadiri pertemuan empat mata di Rumah Putih yang terletak di Pennsylvania Avenue, yang juga lawatan pertama pemimpin Malaysia itu ke pejabat dan kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat itu.

Perbincangan dengan Trump adalah kemuncak lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Ke-45 negara itu yang mula berkhidmat pada 20 Januari tahun ini.

Program di Rumah Putih turut merangkumi mesyuarat delegasi melibatkan anggota dan penasihat pentadbiran Trump serta para menteri dan pegawai kanan kerajaan Malaysia.

Kedua-dua pemimpin itu dijangka mengeluarkan kenyataan bersama selepas mengakhiri pertemuan mereka di Rumah Putih, yang menyaksikan Washington dan Kuala Lumpur meraikan hubungan dua hala selama enam dekad tahun ini.

Pada mesyuarat itu, delegasi Amerika Syarikat terdiri daripada Naib Presiden Mike Pence, Setiausaha Negara Rex Tillerson, Setiausaha Pertahanan James Mattis, Ketua Turus John Kelly, Penasihat Keselamatan Negara Lt Jen H.R McMaster dan Penasihat Kanan Jared Kushner.

Pemerhati mendapati barisan delegasi Amerika Syarikat mencerminkan keutamaan yang diberikan Washington di bawah pentadbiran Trump terhadap mesyuarat itu khususnya dalam membuka lembaran baharu dalam hubungannya dengan Malaysia, sebuah negara yang mempunyai 30 juta penduduk pelbagai kaum dan agama di Asia Tenggara yang berdaya maju.

Delegasi Malaysia pula terdiri daripada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2017 @ 12:30 AM

Thursday, February 12, 2015

Petisyen balas rakyat Malaysia mahu AS henti campur tangan

Petisyen balas rakyat Malaysia yang meminta Amerika Syarikat usah campur tangan dalam sistem perundangan negara ini.

KUALA LUMPUR, 11 Febuari :

Susulan daripada petisyen yang dilancarkan oleh rakyat Amerika dan dihantar kepada Rumah Putih melahirkan ‘kekecewaan mendalam’ berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan sabitan kes Liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu petisyen balas dibuat pula oleh rakyat Malaysia.

Petisyen rakyat Malaysia bertarikh hari ini (11 Febuari) meminta rakyat Amerika menghormati kedaulatan negara ini.

Dalam petisyen itu, rakyat Malaysia marah dengan kenyataan Rumah Putih yang melahirkan ‘kekecewaan mendalam’ berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dan mempersoal keadilan sistem perundangan Malaysia.

Tambah petisyen itu lagi DNA yang menyokong kes berkenaan merupakan bukti kukuh dan Anwar juga tidak menawarkan untuk sampelnya digunakan dalam mahkamah, di mana ia boleh membuktikan beliau bersalah atau tidak. Beliau enggan disoal balas.

Mengenai reputasi Malaysia , Amerika Syarikat perlu terlebih dahulu memeriksa hak asasi individu mereka dan berhenti menyiksa tahanan di Guantanamo Bay.

“Kami rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan meminta Amerika Syarikat supaya berhenti masuk campur dalam undang-undang Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Petisyen itu memerlukan 100,000 tandatangan sehingga 13 Mac depan dan setakat ini berjaya mengumpulkan 345 tandatangan.

Petisyen berkenaan boleh dibaca di https://petitions.whitehouse.gov/petition/respecting-sovereign-nation-malaysia/0bXNLmhg

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/11/petisyen-balas-rakyat-malaysia-mahu-henti-campur-tangan/#ixzz3RRn2dy88

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-