Showing posts with label Kes liwat II. Show all posts
Showing posts with label Kes liwat II. Show all posts

Sunday, August 26, 2018

Anwar tiada hasrat hukum hakim, tapi mahu Shafee diadili

Geraldine Tong | Diterbitkan 26 Ogs 2018, 7:04 petang


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan membawa hakim yang pernah menghukumnya ke penjara dibawa ke muka pengadilan, tetapi mahu dakwaan ketidakadilan dalam kes Liwat II ditangani.

Beliau mengulas gesaan peguam SN Nair agar diadakan inkuiri terhadap tiga sabitan terhadap Anwar sebelum ini - satu untuk salah guna kuasa dan dua untuk liwat.

Nair berkata, oleh kerana Anwar menerima pengampunan Yang di-Pertuan Agong atas sebab ketidakadilan ketara (miscarriage of justice), para hakim yang menjatuhkan hukuman terhadapnya bersalah kerana tidak memberikan keadilan berdasarkan undang-undang, serta gagal mematuhi ikrar kehakiman.

Bercakap dengan pemberita hari ini, Anwar berkata beliau lebih berminat untuk memperbetul ketidakadilan, antaranya dakwaan bahawa pendakwa dalam kes itu Tan Sri Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kami sudah buat permohonan di mahkamah berhubung isu Shafee menerima RM9.5 juta.

"Ia menjejaskan kes, dan melaluinya kami akan membangkitkan kes berkenaan keputusan semberono Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

"Dan saya fikir jika masih ada rasa (sense) keadilan dan keperluan memperbetul perkara yang salah, ketua kehakiman sekarang perlu mengambil tindakan sepatutnya dengan segera," katanya.

Beliau ditemui dalam majlis pelancaran buku Anwar Returns: The Final Twist di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kes Liwat II, ketika pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Rayuan, kerajaan mengambil langkah di luar kebiasaan dengan mengambil peguam iaitu Shafee seabgai pendakwa utama, bukannya pendakwa raya kerajaan.

Anwar sebelum ini membuat permohonan untuk mengetepikan sabitan kes Liwat II atas dakwaan ketidakadilan ekoran Shafee yang dikatakan menerima RM9.5 juta.

Pendengaran bagi permohonan itu dijadual pada 14 September nanti.

Wednesday, December 14, 2016

Anwar kekal dipenjara lima tahun

NORLIZAH ABAS
14 Disember 2016 11:07 AM
ANWAR Ibrahim tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.26 pagi hari ini bagi mendengar permohonan semakannya terhadap hukuman penjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - UTUSAN ONLINE/ZAKI AMIRUDDIN

PUTRAJAYA 14 Dis. - Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dipenjara lima tahun kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan selepas Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakannya.

Bekas Ketua Pembangkang itu gagal mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tersebut yang dikekalkan oleh satu panel lain pada 10 Februari tahun lalu. Setakat ini, beliau telah menjalani hukuman penjara setahun 10 bulan.

Panel lima hakim mahkamah tertinggi negara diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mencapai keputusan sebulat suara itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak pada 12 Oktober lalu.

Pada peringkat ini, keputusan tersebut menoktahkan perjalanan kes liwat II wakil rakyat pembangkang itu yang berlarutan selama lapan tahun bermula dengan laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya pada 28 Jun 2008.

Yang turut bersidang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim. Bagaimanapun Hakim Malanjum tidak hadir hari ini kerana kematian ibu saudaranya.

Hakim Zulkefli ketika membacakan penghakiman itu antara lain menyatakan permohonan itu tiada merit dan tidak sempurna yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya menyemak keputusan itu.

Anwar, 69, diwakili oleh pasukan peguam bela diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid mengetuai pasukan pendakwaan.

Beliau memohon menyemak dan mengetepikan keputusan panel terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Anwar disabitkan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 31, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara di antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/anwar-kekal-dipenjara-lima-tahun-1.419838#sthash.buqudKZ4.dpuf

'Nasib Anwar akan diputuskan hari ini'

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
14 DISEMBER 2016
Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini akan memutuskan nasib Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung semakan hukuman sabitan kes Liwat II beliau.

Langkah ini, merupakan tindakan terakhir Anwar untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 lepas, berhubung sabitan hukuman penjara lima tahun ke atas beliau.

Jika berjaya, Anwar akan dibebaskan. Jika tidak, maka satu-satunya jalan yang ada ialah melalui pengampunan di Raja.

Ikuti lintas langsung Sinar Online berkenaan perkembangan isu ini hari ini.

7.30AM - Keadaan semasa di luar bangunan Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini.

8.10AM - Para penyokong Anwar sedang menikmati sarapan pagi.

9:00AM - Himpunan Soladariti menuju kebebasan Anwar bermula dengan ceramah pimpinan PKR.


9.10 AM - Naib Presiden PKR, Tian Chua memberikan ucapan beliau di Himpunan Solidariti Menuju Kebebasan Anwar Ibrahim.

9:35AM - Kehadiran penyokong Anwar semakin ramai.

10.00 AM - Datuk Seri Anwar Ibrahim baru tiba di Mahkamah Perseketuan.

Thursday, February 12, 2015

Petisyen balas rakyat Malaysia mahu AS henti campur tangan

Petisyen balas rakyat Malaysia yang meminta Amerika Syarikat usah campur tangan dalam sistem perundangan negara ini.

KUALA LUMPUR, 11 Febuari :

Susulan daripada petisyen yang dilancarkan oleh rakyat Amerika dan dihantar kepada Rumah Putih melahirkan ‘kekecewaan mendalam’ berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan sabitan kes Liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu petisyen balas dibuat pula oleh rakyat Malaysia.

Petisyen rakyat Malaysia bertarikh hari ini (11 Febuari) meminta rakyat Amerika menghormati kedaulatan negara ini.

Dalam petisyen itu, rakyat Malaysia marah dengan kenyataan Rumah Putih yang melahirkan ‘kekecewaan mendalam’ berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan dan mempersoal keadilan sistem perundangan Malaysia.

Tambah petisyen itu lagi DNA yang menyokong kes berkenaan merupakan bukti kukuh dan Anwar juga tidak menawarkan untuk sampelnya digunakan dalam mahkamah, di mana ia boleh membuktikan beliau bersalah atau tidak. Beliau enggan disoal balas.

Mengenai reputasi Malaysia , Amerika Syarikat perlu terlebih dahulu memeriksa hak asasi individu mereka dan berhenti menyiksa tahanan di Guantanamo Bay.

“Kami rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan meminta Amerika Syarikat supaya berhenti masuk campur dalam undang-undang Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Petisyen itu memerlukan 100,000 tandatangan sehingga 13 Mac depan dan setakat ini berjaya mengumpulkan 345 tandatangan.

Petisyen berkenaan boleh dibaca di https://petitions.whitehouse.gov/petition/respecting-sovereign-nation-malaysia/0bXNLmhg

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/11/petisyen-balas-rakyat-malaysia-mahu-henti-campur-tangan/#ixzz3RRn2dy88

Monday, February 9, 2015

Penyokong cetus kekecohan esok akan diambil tindakan -- KPN

Khalid meminta penyokong kedua-dua pihak tidak melakukan sebarang kekecohan, dengan berselindung di sebalik alasan kebebasan bersuara.

KUALA LUMPUR, 9 Februari:

Polis akan mengambil tindakan perundangan terhadap sesiapa yang cuba mencetuskan kekecohan, berikutan keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan, di Putrajaya, esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menggugat keamanan, keselamatan dan ketenteraman negara.

“Kita memang bersiap sedia dengan kekuatan anggota yang mencukupi, untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Tidak kira penyokong Anwar atau Saiful (Mohd Saiful Bukhari Azlan), keputusan mahkamah perlu dihormati,” katanya.

Sehubungan itu, Khalid meminta penyokong kedua-dua pihak tidak mencetuskan sebarang kekecohan, dengan berselindung di sebalik alasan kebebasan bersuara.

Esok, Anwar yang disabitkan Mahkamah Rayuan bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, akan tahu sama ada beliau akan meringkuk di penjara atau bebas.

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusan yang ditunggu-tunggu berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya.

Mahkamah Rayuan mendapati, Anwar, 67, bersalah terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, semua laluan masuk ke Istana Kehakiman akan dikawal rapi serta semua pintu pagar ‘roller shutter’ akan ditutup pada jam 8.30 pagi esok.

Pihak pengurusan Istana Kehakiman melalui notis yang ditampal di bangunan mahkamah memaklumkan, jalan utama hadapan bangunan Istana Kehakiman akan ditutup mulai jam 8 malam ini.

Semua warga Istana Kehakiman diminta menggunakan laluan masuk dari arah belakang bangunan itu (Istana Kehakiman), untuk memasuki parkir kakitangan, mulai pagi esok.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/09/penyokong-cetus-kekecohan-esok-akan-diambil-tindakan-kpn/#ixzz3RFWN7BpW

Saturday, February 7, 2015

"Jika saya ke penjara, kita menang lebih 60 peratus undi PRU14," kata Anwar

Anwar Ibrahim memberikan ucapan yang mendapat tepukan gemuruh pada satu perhimpunan di tapak pasar malam di Sungai Dua di sini, hari ini. - Foto TRP/Zalinah Noordin

GEORGE TOWN, 7 Februari:

Pakatan Rakyat akan mendapat 60 peratus undi selamat dan lebih undi popular dalam pilihan raya umum akan datang jika dia dikenakan hukuman penjara pada Selasa ini.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan takut dengan ancaman daripada sabitan kesalahan dan hukuman penjara.

“Saya tidak akan lari. Saya akan tinggal dan berjuang untuk rakyat Pulau Pinang, rakyat Malaysia dan negara ini. Tak ada jumlah wang yang boleh beli saya keluar.

“Jangan ancam saya dengan penjara dan hukuman. Saya tidak akan berkompromi mahupun menyerah.

“Jika saya ke penjara sekali lagi, kita menang lebih 60 peratus (undi),” katanya yang mendapat tepukan gemuruh pada satu perhimpunan di tapak pasar malam di Sungai Dua di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Pakatan Rakyat memperolehi hampir 52 peratus atau 5,489,000 undi popular berbanding dengan BN yang hampir 48 peratus atau 5,220,000 undi.

Walau bagaimanapun dalam keputusan akhir PRU13, BN menang 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat memenangi 89 daripada 222 kerusi parlimen.

Sambil mempertahankan dirinya tidak bersalah terhadap tuduhan liwat itu, Anwar berkata beliau patut menang dalam rayuannya dan bebas pada 10 Februari ini jika Mahkamah Persekutuan mempertimbangkan kesnya berasaskan undang-undang, fakta-fakta, kebenaran dan bukti.

“Tetapi, saya masih didapati bersalah sekiranya undang-undang itu tidak dipatuhi,” kata Anwar dengan laungan keramat ‘lawan tetap lawan’.

Anwar juga turut mempersoalkan jika dirinya didapati bersalah dan dipenjarakan, adakah BN mampu menyelesaikan isu-isu rasuah, kronisme, nepotisme, kemiskinan, kejatuhan nilai mata wang dan krisis ekonomi.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/07/jika-saya-ke-penjara-kita-menang-lebih-60-peratus-undi-pru14-kata-anwar/#ixzz3R3xPLFzI

Sunday, February 1, 2015

Anwar sah tidak lari ke mana-mana

Jauh daripada jangkaan sesetengah pihak mengenai kemungkinan melarikan diri ke luar negara pada hari penghakiman kes liwatnya yang ditetapkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun mempunyai jadual jelajahnya ke seluruh negara mulai awal Februari depan ini.

Jadual programnya yang sudah tersebar luas itu secara tidak langsung mengesahkan Anwar tetap dengan sifat berani serta keyakinan tidak bersalahnya pada hari penentuan10 Februari nanti.

Semalam, NGO Tibai dan peguam Zulkifli Noordin membuat laporan polis mendesak pihak berkuasa melakukan pemerhatian lebih rapi terhadap pergerakan Anwar, termasuk merampas pasport antarabangsanya bagi mengelakkan kemungkinan kononnya ketua pembangkang itu melarikan diri ke luar negara.

Apa yang berlaku kepada Sirul Azhar Umar, pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang menghilangkan diri pada hari penghakiman dan kemudian didapati melarikan diri ke Australia dijadikan rujukan tentang kebarangkalian Anwar juga dikatakan bakal melakukan tindakan yang sama.

Namun dengan pihak Anwar sudah mengeluarkan jadual jelajahnya ke seluruh negara mulai semalam, secara langsung menafikan kemungkinan yang dibimbangi itu. Anwar kekal menunjukkan jiwa berani dan mempertahankan pendirian "lawan tetap lawan" yang menjadi pegangannnya selama ini.

Didapati bersalah atau tidak, Anwar akan menghadapinya secara berdepan dan jiwa yang kental segala kemungkinannya.

Di sebalik bibit-bibit perpecahan yang kian melebar dalam Pakatan Rakyat (PR), terutama berkaitan hubungan PAS dengan DAP serta PAS dengan PasMa, jelajah Anwar ke seluruh negara ini adalah medan terbaik untuk kembali menyatukan semula elemen itu.

Jika Anwar dipenjarakan pula, ia adalah peluang terakhir untuk bertemu dan mendengar ucapan serta amanatnya.
Rakyat secara umumnya tetap dahagakan perubahan dan masih kecewa dengan prestasi kerajaan menguruskan pelbagai isu dalam negara sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu. Harapan majoriti rakyat ialah PR yang dirasakan mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional (BN) segera menjernihkan hubungan sesama mereka dan menunjukkan kematangan yang lebih baik lagi.

Memang ramai yang mengharapkan Anwar akan dibebaskan agar dapat menyusun dan memperbaiki segala permasalahan antara parti dalam PR, tetapi keinginan kepada perubahan juga sebenarnya tidak berganjak jika Anwar dipenjarakan.

Anwar yang memberi sumbangan besar dalam membentuk dan mengukuhkan PR selama ini, tidaklah begitu mudah dilupakan segala jasa dan sumbangannya.

Kejayaannya membentuk kekuatan pembangkang yang hampir seimbang dengan BN sehingga rakyat memperolehi pelbagai nikmat dan tidak mudah diperlekeh oleh kerajaan yang terlalu dominan adalah sesuatu yang harus diakui oleh semua pihak.

Ditambah dengan wajah dan watak Datuk Seri Najib Razak yang memimpin negara ketika ini, kalaulah pembangkang tidak kuat dan BN berada dalam kedudukan majoriti dua pertiga, sudah tentu kita boleh membayangkan lebih banyak hal yang mendukacitakan lagi berlaku dalam negara ini.

Sekurang-kurangnya dengan adanya pembangkang yang kuat, hak rakyat lebih dijaga dan dipertahankan dan kerajaan tidak sewenang-wenangnya bertindak.

Jika dibebaskan, PRU 14 adalah peluang terbaik untuk Anwar mengumpul kembali kekuatannya bersama PR, tetapi kalau takdirnya dipenjarakan pula, ia bukanlah pula zaman senang-lenang untuk BN dan kerajaan menghadapi pilihan raya akan datang. – shahbudindotcom.blogspot.com

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=242392:anwar-sah-tidak-lari-ke-mana-mana&Itemid=2#ixzz3QSX0CoBh
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Wednesday, January 28, 2015

Haraf penyokong Anwar, Saiful tidak buat kecoh

KUALA LUMPUR - Polis meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak mencetuskan kekecohan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang tersebut terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya itu pada 10 Februari ini.

Kedua-dua penyokong yang ingin membuat perhimpunan, disaran membuat permohonan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim bagaimanapun berkata polis tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan.

"Mengenai perhimpunan ini, telah ada cubaan untuk menggerakkannya melalui laman sosial dan untuk itu kekuatan anggota bergantung kepada hasil risikan sama ada perhimpunan berskala besar atau kecil.

"Saya harap perkara ini (perhimpunan) tidak akan berlaku dan saya mohon penyokong Anwar mahupun Mohd Saiful Bukhari Azlan dapat terima sebarang keputusan mahkamah secara rasional," katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian dan Penerimaan Bantuan Bencana Banjir Jabatan KDNKA di sini, hari ini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Pengarah KDN/KA Datuk Amer Awang, Timbalan Pengarah KDN/KA (Pasukan Gerakan Am) Datuk Azman Yusuf dan Komander Briged Utara Datuk Mohammad Nasir Ramli.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Feb untuk keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang itu terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, enam tahun lepas. - Bernama

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=240982:harap-penyokong-anwar-saiful-tidak-buat-kecoh&Itemid=2#ixzz3Q5xzubTA
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-