Showing posts with label Sungai Klang. Show all posts
Showing posts with label Sungai Klang. Show all posts

Friday, March 17, 2023

Kenapa DAP bisu skandal MB Selangor, projek Sungai Klang?

agendaily.com
17/03/2023
Kes Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang didakwa ada kaitan dengan sebuah syarikat dianugerahkan tender projek mendalam dan melebarkan Sungai Klang, dilaporkan kepada SPRM.

Pemuda PAS Selangor menyelar tindakan DAP, parti sekutu baharu UMNO, yang membisu berhubung skandal melibatkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu projek rundingan terus bernilai RM700 juta sungai Klang.

Sebaliknya, parti itu dilihat seperti singa dalam isu berkaitan program ‘Jom Ziarah Gereja’ anjuran agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan di mana ahli Parlimen DAP, Hannah Yeoh, menjadi menterinya.

Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor, Muhammad Hanif Jamaluddin, malah berkata tindakan Hannah memetik nama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan dialog antara agama, bertujuan mengalih perhatian skandal Sungai Klang.

“Tindakan Hannah memetik nama Tuan Ibrahim berkenaan dialog antara agama di negara, hanyalah cubaan mengalih perhatian rakyat dari skandal melibatkan projek Sungai Klang secara rundingan terus melibatkan Amiruddin.

“Pemuda PAS Selangor yakin tindakan mereka itu menunjukkan sikap berat sebelah yang ketara apabila mereka memetik pandangan Tuan Ibrahim daripada perspektif parti DAP yang memperjuangkan negara sekular dalam Perlembagaan parti mereka.

“Tindakan memainkan isu keharmonian antara agama ini adalah dibuat bagi menutup mata terhadap isu lebih besar, iaitu skandal Menteri Besar, yang melibatkan implikasi kewangan RM117 juta milik rakyat Selangor.

“Pemuda PAS Selangor juga menyelar sikap DAP yang dilihat seperti singa dalam isu lawatan ke rumah ibadat bukan-Islam tetapi menjadi tikus apabila menyentuh isu skandal Menteri Besar Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini (17 Mac 2023).

Semalam, Muhammad Haniff menggesa Amirudin supaya mengambil cuti sementara bagi memastikan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjalan lancar sehingga selesai.

Menurutnya, SPRM sedang menyiasat Amiruddin berhubung isu projek rundingan terus bernilai RM700 juta dan sewajarnya bercuti bagi memboleh siasatan dapat dijalankan secara adil dan bebas.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan DAP itu hanya menunjukkan sikap berat sebelah apabila melibatkan isu integriti di sebelah Pakatan Harapan selaku parti yang memerintah Selangor.

Katanya, tidak sukar untuk lihat bahawa motif sebenar DAP adalah untuk mengalih perhatian orang ramai daripada skandal Selangor dan pendakwaan terpilih yang pernah mereka perjuangkan dulu, terutamanya dalam isu mendiang Teoh Beng Hock.

Wednesday, October 12, 2022

Paras air Sungai Klang, Sungai Langat melepasi paras bahaya

hmetro.com.my
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

17
Paras air Sungai Klang berada di paras bahaya.

Shah Alam: Paras air Sungai Klang di Stesen Bandar Klang dan Sungai Langat di Stesen RS Batu 8, Kuala Langat, melepasi paras bahaya setakat jam 7.45 pagi ini.

Menurut laman sesawang InfoBanjir, bacaan paras air di Stesen Bandar Klang adalah 3.28 meter (bahaya) berbanding bacaan normal 2.2 m.

"Bagi Stesen RS Batu 8 Kuala Langat pula, bacaan air pada paras 2.35 m (bahaya) berbanding bacaan normal pada 0.1 m.

Artikel Berkaitan
• Bacaan paras air dua stesen pada tahap amaran• Sungai Lepar lepasi paras bahaya• Sungai Melaka di Batu Hampar lepasi paras bahaya• Tiada sungai di Selangor catat paras bahaya, pagi ini

"Sementara itu, tiga stesen setakat ini berada pada status amaran iaitu Jeti Teluk Penyamun (Kuala Selangor), Pekan Beranang (Hulu Langat) dan Kampung Rantau Panjang (Klang).

"Bagi Stesen Kampung Salak Tinggi (Sepang), Stesen Kampung Melayu Subang (Petaling) dan Batu 9 (Hulu Langat) masing-masing mencatatkan bacaan di paras berjaga-jaga," demikian laporan itu.

Sementara itu, Facebook rasmi Pejabat Daerah Tanah (PDT) Klang turut melaporkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa susulan hujan lebat sejak pagi tadi.

"Orang ramai diminta berjaga-jaga dan melaporkan sebarang kejadian banjir kepada talian perhubungan bencana Daerah Klang 03-33716700, WhatsApp 010-8691067," menurut laman itu.
Disiarkan pada: Oktober 12, 2022 @ 8:12am

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-