Showing posts with label Surat. Show all posts
Showing posts with label Surat. Show all posts

Monday, October 3, 2022

Peguam Najib tunjuk surat putera Arab janji beri duit

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Oct 3, 2022 1:26 PM

Dua pucuk surat dikatakan daripada seorang putera Arab Saudi didakwa menjanjikan derma AS$1.17 bilion kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Peguam Najib menunjukkan dokumen itu dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini semasa perbicaraan kes rasuah melibatkan dana 1MDB bernilai RM2.28 billion, terhadap Najib.

Pasukan pembelaan mempertahankan tertuduh berdasarkan alasan sumbangan daripada putera Arab Saudi disalurkan ke akaun bank Najib pada 2013.

Semasa pemeriksaan balas terhadap saksi ke-38 pihak pendakwaan, ketua pasaran modal AmBankYap Wai Keat, peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed menunjukan dua pucuk surat, dikatakan daripada Saud Abdulaziz al-Saud.

Surat bertarikh 1 November 2010 itu menjanjikan sumbangan AS$100 juta manakala surat bertarikh 1 Mac 2013 pula menjanjikan AS$800 juta.

Minggu lepas, dalam perbicaraan di depan hakim Collin Lawrence Sequerah, pasukan pembelaan turut menunjukkan surat daripada Saud bertarikh 1 Feb 2011 yang menjanjikan AS$100 kepada Najib.

Surat itu menyatakan derma itu diberikan sebagai “pengiktrirafan terhadap sumbangan (Najib) kepada dunia Islam”.

Bagaimanapun, setakat ini tiada saksi pendakwaan yang mengesahkan kesahihan surat-surat itu, termasuk Yap.

Tiga pucuk surat itu belum dibenarkan secara rasmi untuk diserahkan kepada mahkamah sebagai ekshibit kes.

[Baca berita asal]

Thursday, August 5, 2021

Tular surat UMNO kepada Menteri, Timbalan Menteri tuntut letak jawatan segera

agendadaily.com

Surat yang sedang tular dalam media sosial.

Sepucuk surat dikeluarkan pejabat Setiausaha Agung UMNO sedang tular dalam media sosial yang dihantar kepada semua Ahli-ahli Parlimen (MP) parti itu termasuk Menteri dan Timbalan Menteri daripada parti itu menuntut mereka meletak jawatan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam surat tersebut bertarikh 5 Ogos tersebut, dipercayai dihantar kepada semua MP UMNO menjelaskan pendirian parti yang membuat ketetapan pada Selasa lalu untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kandungan surat tersebut turut membangkitkan isu derhaka yang dilakukan kerajaan PN berhubung isu perbahasan Ordinan-ordinan Darurat dan tindakan kerajaan PN yang dianggap membelakangi titah Yang di-Pertuan Agong semasa Sidang Khas Dewan Rakyat minggu lalu.
Dalam surat tersebut juga, peringatan diberikan kepada ahli-ahli UMNO untuk menghormati segala perintah dan keputusan parti selari dengan Fasal 20.9 (b) dan Fasal 20.9 (d) Perlembagaan UMNO.

Surat tersebut juga menuntut mana-mana pemimpin UMNO yang memegang jawatan dalam kerajaan PN supaya meletak jawatan daripada kerajaan PN selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada Selasa lalu.

“Justeru itu, adalah perlu untuk mana-mana Ahli UMNO mematuhi dan menghormati segala perintah dan keputusan parti selaras dengan Fasal 20.9 (b) dan Fasal 20.9 (d) Perlembagaan UMNO dengan cara menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan meletakkan segala jawatan yang dilantik oleh kerajaan Perikatan Nasional selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO tersebut,” kata surat tersebut.

Dalam muka surat terakhir, MP UMNO tersebut perlu menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong kerajaan PN atau tidak yang perlu diisi pada ruang kosong oleh MP tersebut.

Terdahulu UMNO menerusi kenyataan Zahid pada Selasa lalu mengisytiharkan parti itu menarik semula sokongan terhadap PN dan Muhyiddin.

Bagaimanapun Muhyiddin dalam kenyataannya semalam mendakwa masih mempunyai majoriti sokongan dan akan dibuktikan keabsahan dalam sidang Dewan Rakyat pada September depan.

Untuk rekod, hanya seorang menteri dari UMNO yang meletak jawatan sejak keputusan Mesyuarat MT tersebut diputuskan, iaitu Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Tuesday, August 3, 2021

Surat Istana Negara Kepada PM Disahkan Palsu

BERITAHEADLINE
By MT Webmaster 
On Aug 3, 2021


(Edisi 9) – Surat daripada Istana Negara kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pembatalan Ordinan Darurat yang tular dalam media sosial baru-baru ini disahkan palsu.

Memetik laporan BH Online, perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga mempunyai bukti seorang Ahli Parlimen pembangkang menyebarkan surat Istana Negara berkenaan melalui akaun media sosialnya.

“Ahli Parlimen pun ada yang keluarkan dokumen palsu istana. Kita sudah semak, ada dokumen tidak betul.

“Begitu juga dengan konco politik melalui media sosial dakwa Perdana Menteri letak jawatan. Ini boleh menggugat kestabilan negara,” katanya.

Zahidi berkata, pihaknya pada masa ini bersikap terbuka dan tidak merancang mengambil tindakan terhadap penyiaran surat berkenaan.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan semua pihak yang tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia sekiranya ada yang berterusan melampaui batas.

Baca juga: Pihak berkuasa agama main peranan tingkat kesedaran vaksin
“Saya mewakili kementerian mengingatkan supaya tidak sebarkan fitnah melalui Facebook, Twitter dan Instagram dengan mesej menghina raja, istana dan pemimpin.

“Masalah kita sekarang ialah pandemik COVID-19, kesusahan rakyat, masalah ekonomi dan ada yang kurang makanan.

“Kalau kita yang senang ini terus mencipta masalah, terus cipta ketidakstabilan, maka kita terpaksa ambil tindakan,” jelasnya lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-