Showing posts with label Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM). Show all posts
Showing posts with label Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM). Show all posts

Wednesday, August 3, 2016

'Ratu Naga' disoal SKKM kerana komen Rosmah 'manja, comel dan lucu'

Minderjeet Kaur

Dia mendakwa disoal hampir tujuh jam kerana muatnaik catatan pada gambar yang diambil dari majlis rumah terbuka PM
PETALING JAYA: Syarul Ema Rena Abu Samah, atau lebih dikenali sebagai ‘Ratu Naga’, berkata dia disoal siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bukit Aman kerana catatan Facebook menyentuh isteri Perdana Menteri Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Menceritakan kejadian itu, beliau mendakwa anggota polis masuk ke rumah pada jam 10 pagi Selasa dan menyoalnya lebih tiga jam berhubung catatan pada 30 Julai jam 11.21 malam yang berbunyi: “Nampak manja, comel dan lucu”.

Dia muatnaik catatan itu bersama gambar Rosmah dan Najib yang diambil di satu majlis rumah terbuka Hari Raya di Pekan, Pahang.

Perunding pembinaan berusia 35 tahun itu berkata pegawai turut menggeledah kenderaan, rumah dan barangannya.

“Cara mereka geledah rumah saya seolah saya seorang pembunuh,” katanya kepada FMT, dan menambah dia rasakan tidak ada apa yang salah dengan catatannya itu.

Dia tidak akan memadam komennya kerana catatan itu pandangan peribadinya terhadap Rosmah. “Apa salahnya mengatakan seseorang itu manja, comel dan lucu?” soalnya.

Selepas rumah digeledah dan disoalsiasat, Syarul Ema mendakwa dia diarah supaya hadir ke pejabat SKMM di Cyberjaya pada jam 3 petang dimana dia disoal selama empat jam.

“Mereka tanya mengapa saya muatnaik catatan itu. Saya jelaskan kepada mereka yang saya tak ada niat jahat. Saya tak tulis apa-apa yang jahat mengenai Sultan pun.”

Katanya dia diberitahu akan didakwa dibawah Akta SKMM dan menambah, “saya juga perlu beli telefon bimbit baru.”

Pada Februari tahun ini, Syarul Ema didakwa menghina perdana menteri dengan kata-kata kesat dalam satu catatan Facebook melalui profil ‘Ratu Naga’. Dia didakwa kerana menggunakan aplikasi rangkaian untuk membuat dan memulakan komen yang menggusarkan terhadap Najib berhubung Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di laman Facebook pada 6 Oktober 2015 jam 12.02 pagi.

Monday, August 17, 2015

Noraini, Normala buat laporan polis

Normala berkata: "Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa saya terbabit dalam komplot menjatuhkan kerajaan BN samada secara langsung atau tidak langsung." Foto fail TRP

PASIR GUDANG, 17 Ogos:

Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) wanita yang namanya disenarai dalam 20 Ahli Parlimen BN yang dikatakan terbabit dalam komplot menjatuhkan kerajaan, membuat laporan polis, hari ini.

Kedua-dua Ahli Parlimen Johor itu, Normala Abdul Samad dan Datuk Noraini Ahmad, mendakwa senarai nama itu tidak benar dan menafikan dakwaan bahawa mereka terbabit dalam komplot berkenaan.

Nama lain dalam senarai terbabit adalah lelaki.

Normala, yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, berkata dia kecewa apabila namanya disenarai antara 20 individu yang dikatakan terbabit dalam komplot itu.

“Penipuan seperti ini menjejaskan reputasi dan kredibiliti saya sebagai penyokong kerajaan.

“Laporan itu tidak benar dan bertujuan menyebabkan perpecahan di kalangan pemimpin BN dan rakyat Malaysia, terutamanya di Pasir Gudang,” katanya.

Pemimpin masyarakat berusia 54 tahun itu disertai 300 penyokong daripada kawasan Parlimennya ketika beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, kira-kira jam 5.30 petang tadi.

Normala berkata, dia percaya dakwaan senarai nama Ahli Parlimen yang terbabit dalam komplot menjatuhkan kerajaan dilakukan oleh individu tertentu yang berniat jahat.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa saya terbabit dalam komplot menjatuhkan kerajaan BN samada secara langsung atau tidak langsung.”

Normala menegaskan, sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang dan pemimpin pergerakan bahagian Umno, dia akan menegaskan bahawa dia akan memegang kenyataan Menteri Besar Johor pada mesyuarat bahagian Umno Pasir Gudang, 9 Julai lalu.

“Beliau berkata, Umno dilihat sebagai satu kapal dan kami sebagai ahli perlu meletak kepercayaan kepada presiden parti yang seperti nakhoda yang akan mengemudi kapal,” katanya.

Normala juga mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan serta-merta bagi mengawal penyebaran maklumat tidak benar yang boleh menjejaskan reputasi dan kepercayaan rakyat.

Kenyataan yang dimuat naik di Facebook dan dua blog dikenal pasti sebagai sumber senarai nama yang diperkatakan. Facebook dikenali sebagai Kopi Panas manakala laman blog adalah Kakak Tua dan Suara Hati (SH).

Terdahulu, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, turut membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara di Petaling Jaya pada jam 12.45 tengahari, susulan namanya disenarai dalam dakwaan komplot terbabit.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia berusia 47 tahun itu, menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia terbabit dalam komplot berkenaan selain berharap SKMM serta agensi berkaitan memandang serius perkara itu.

“Dakwaan ini menjejeaskan kedudukan saya sebagai Ahli Parlimen BN dan menyebabkan prejudis.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk kekal setia dan mempertahankan Perdana Menteri serta kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/17/noraini-normala-buat-laporan-polis/#ixzz3j58mjRJK

Saturday, August 1, 2015

Papua lebih maju dari Malaysia.........?

ini di Papua, mereka lebih terdahulu menikmati parabola

  di Malaysia pula :- SKMM cari jika ada sindiket jual parabola

Ismail (dua kiri) bersama SUPT Dimin Bin Awang , Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah (1) (dua kiri) melihat parabola dan perkakasan lain yang dirampas dari sekumpulan nelayan dekat Kuala Kurau, Perak, baru-baru ini. - Foto TRP/Adib Hakim


GEORGE TOWN, 31 Julai:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang berusaha untuk memastikan sekiranya terdapat sinidiket yang membawa masuk secara haram antena parabola ke dalam negara ini.

Perkara ini didedahkan selepas sekumpulan nelayan ditangkap kerana menggunakan antena parabola satelit haram untuk mendapatkan siaran luar.

Sekumpulan 11 nelayan itu ditahan dekat Kuala Kurau, Perak di rumah mereka bersama 11 parabola bernilai lebih RM6,000 pada 29 Julai lalu, pada kira-kira jam 9 pagi.

“Kami masih menyiasat sama ada perkakasan ini dibawa masuk oleh sindiket dan sama ada ia sindikit luar negara,” kata Ketua Wilayah Utara SKMM Ismail Othman dalam sidang akhbar di ibu pejabat Polis Marin Batu Uban Marine hari ini.

Nelayan berusia antara 30 dan 50 mendakwa mereka membeli parabola itu kerana dapat menerima lebih 100 siaran luar.

Operasi bersama antara sKMM dan polis marin itu merupakan operasi pertama antara dua badan berkenaan, kata Ismail.

“Operasi dibuat untuk menghentikan pihak tidak bertanggungjawab daripada menggunakan parabola kerana ia adalah haram di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan akan disiasat di bawah akta yang sama.

“Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh didenda RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau menambah, kebanyakan yang menggunakan parabola adalah warga asing yang mahu menerima siaran dari negara asal mereka.

Antara perkakasan yang dirampas termasuk lapan dekoder, 12 unit LNB, tujuh alat kawalan jauh dan 10 parabola bernilai RM11,000.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/31/107564/#ixzz3hTiswNk0

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-