Showing posts with label Tabung Harapan Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Tabung Harapan Malaysia. Show all posts

Friday, August 31, 2018

Dua acara rasmi sempena ulangtahun Agong dibatalkan

Diterbitkan 30 Ogs 2018, 9:25 malam 


Istana negara membatalkan dua acara rasmi bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang dijadual pada 9 Sept depan iaitu istiadat hari keputeraan rasmi dan jamuan teh diraja.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya, Sultan Muhammad V juga menitahkan agar peruntukan perbelanjaan untuk kedua-dua acara berkenaan dikembalikan semula kepada kerajaan untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia.

"Manakala acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda yang lain tetap diteruskan seperti mana yang telah dirancang.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri yang telah merancang acara-acara rasmi sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda bagi tahun 2018," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Maahthir Mohamad dilaporkan berkata kutipan Tabung Harapan akan dihentikan bulan depan.

Tabung berkenaan dilancarkan pada 30 Mei bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu kerajaan menyelesaikan hutang negara.

Sehingga kini tabung berkenaan berjaya mengumpulkan sebanyak RM179.9 juta setakat jam 3 petang hari ini.

Wednesday, May 30, 2018

Kerajaan akan tunai janji dalam 100 hari walaupun keadaan sukar - Tun M

Raja Hisyam Raja Zaid
Astro Awani 

DR MAHATHIR: Janji-janji ini akan ditunaikan tetapi ia perlu ambil kira keadaan kewangan (negara) dan juga supaya tidak menjejaskan pentadbiran negara. -Bernama

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menunaikan segala janji dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu dalam tempoh 100 hari walaupun berdepan dengan situasi sukar.

Jelas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ia adalah kerana kedudukan semasa kewangan negara sebenarnya lebih buruk daripada apa yang dijangkakan sebelum ini.

“Janji-janji ini akan ditunaikan tetapi ia perlu ambil kira keadaan kewangan (negara) dan juga supaya tidak menjejaskan pentadbiran negara.

"Tetapi janji-janji ini akan dilakukan dalam 100 hari,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang kedua sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

Hasil daripada mesyuarat tersebut juga Jemaah Menteri bersetuju memutuskan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dibatalkan, tertakluk kepada perbincangan dengan kerajaan Singapura kerana ia membabitkan implikasi kewangan yang tinggi.

Kerajaan juga memutuskan untuk tidak meneruskan projek MRT laluan ketiga.

Selain itu, Dr Mahathir juga mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat bagi membolehkan rakyat Malaysia yang prihatin menyalurkan derma bagi memperkukuh kedudukan kewangan negara.

Turut diumumkan ialah bantuan khas sebanyak RM400 bagi untuk penjawat awam B41 ke bawah dan RM200 bagi pesara kerajaan.

Sementara itu, sempena sambutan hari raya Aildilfitri bulan depan, diskaun 50 peratus bayaran tol akan diberikan bermula dua hari sebelum hari raya membabitkan semua lebuh raya.

Antara lain yang diumumkan ialah penubuhan Majlis Penasihat Pertanian Negara, dan skim kawalan harga sempena hari raya, ”Sayangi Malaysiaku” sebagai tema Hari Kebangsaan 2018, program Permata Negara akan dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan, harga diesel dan RON95 dikekalkan manakala RON97 diapung mengikut pasaran.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-