Showing posts with label Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Show all posts

Monday, July 27, 2015

Ini apa kata Muhyiddin pula........?

PM perlu jawab tuduhan duit masuk akaun peribadinya, kata Muhyiddin

OLEH DIYANA IBRAHIM
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur mengakui begitu banyak persoalan mengenai dakwaan media antarabangsa yang masih tidak jelas dan ini menimbulkan kebimbangan kerana ianya bukan melibatkan jumlah kecil tapi hingga beratus juta dolar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Julai, 2015.

Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang disalurkan ke dalam akuan peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah satu perkara serius yang perlu dijelaskan.

Timbalan perdana menteri yang pertama kali mengulas isu tersebut mengakui begitu banyak persoalan mengenai dakwaan media antarabangsa yang masih tidak jelas dan ini menimbulkan kebimbangan kerana ianya bukan melibatkan jumlah kecil tapi hingga beratus juta dolar.

"Pada awal berita itu, saya teks beliau, saya panggil 'sir' (panggilan hormat) saya kata pada dia ini merupakan tuduhan serius anda kena nafi, kemudian beliau jawab terima kasih dan kata sudah nafi.

"Namun walau sudah nafi yang buat itu adalah daripada Jabatan Perdana Menteri, saya kata balik beliau yang kena nafikan sendiri sebab tuduhan itu merujuk kepadanya, dan lepas itu baru ada penafian," katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga mendedahkan membangkitkan perkara tersebut berapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet kerana merasakan tanggungjawabnya sebagai timbalan perdana menteri menyuarakan hal berkenaan.

"Saya ada tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri saya beri pandangan dalam MT sekali sekala, dalam jemaah menteri tiap-tiap minggu saya kata mesti kena ada jalan penyelesaian. Ianya perlu dimuktamadkan.

"Kalau tidak selesai maka ia akan jadi beban, kalau seringgit dua tidak apa, tapi sepatutnya kalau tidak ada 1MDB tidak akan ada masalah," katanya.

Pada masa sama beliau mengakui kerap kali dikecam rakyat kerana dilihat terlalu mendiamkan diri dalam isu tersebut.

Beliau berkata, amat bersetuju sekiranya pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang itu menjalankan tugas mereka tanpa diganggu mana-mana pihak lain.

Katanya tidak mempunyai halangan sekiranya laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB didedahkan kepada umum agar ianya dapat menjawab segala persoalan mengenai skandal tersebut.

"Saya ikhlas nyatakan perkara ini kerana ramai ahli parti kata TPM ini terlalu senyap, kadang geram juga namun isu ini bukan mudah saya kata tidak mahu terlebih batas.

"Saya setuju pasukan khas melaksanakan tanggungjawab tanpa diganggu mana-mana pihak, lagi cepat lagi baik, kalau siasat tahan bersalah dan mesti ada yang salah, lagi cepat lagi baik untuk parti.

"Saya juga tidak ada halangan kalau laporan interim didedahkan umum supaya orang tidak akan tertanya-tanya atau diputar belitkan media antarabangsa," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pm-perlu-jawab-tuduhan-duit-masuk-akaun-peribadinya-kata-muhyiddin#sthash.duqEqZjD.dpuf

Monday, January 12, 2015

"Muhyiddin, jangan buat-buat tak tahu isu surat Menteri kepada FBI"

<iframe width="470" height="315" src="//www.youtube.com/embed/GToGtz_k1Wc" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>
KUALA LUMPUR, 12 JAN: Reaksi Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Seri Muhyiddin Yassin seolah-olah tidak tahu mengenai surat Datuk Seri Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dalam kes raja judi warganegara Malaysia Paul Phua, sangat menghairankan.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, mustahil TPM dan menteri Kabinet tidak tahu mengenai skandal tersebut, sedangkan ia menjadi tajuk berita utama di dalam dan luar negara setiap hari sepanjang minggu pertama tahun ini.

Sedangkan kata Kit Siang, surat Zahid ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada, AS selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua.

“Siapa yang membantahnya daripada digunakan dalam prosiding di mahkamah terbuka? Zahid, Peguam Negara, Polis atau Perdana Menteri sendiri?

“Sekarang kita tahu bahawa orang itu pastilah bukan Timbalan Perdana Menteri atau menteri kabinet yang lainnya,” perli Kit Siang.

Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini berkata kabinet tidak tahu menahu, dan tidak membincangkan sama sekali isu surat Zahid kepada FBI.

Ujar Kit Siang, Muhyiddin dan kabinetnya perlu menerangkan kegagalan mereka menjawab kepada rakyat berhubung skandal tersebut, sekiranya peduli tentang kepentingan dan reputasi negara di persada antarabangsa.

Kit Siang turut menasihatkan Muhyiddin untuk membaca semula kenyataannya Khamis lalu, ‘Adakah perihal surat Menteri Dalam Negeri kepada pihak FBI yang menjamin integriti seorang warga Malaysia yang didakwa ‘raja judi’.

Melainkan sekiranya Muhyiddin dan kabinetnya hidup dalam dunia berbeza berbanding 30 juta rakyat Malaysia kerana langsung tidak tahu mengenai skandal tersebut.

Peguam mewakili Paul Phua, Tan Sri Shafee Abdullah sebelum ini berkata pihak polis telah tersalah lapor mengenai anak guamnya, manakala Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar mendiamkan diri dengan alasan pandangannya akan mempengaruhi perbicaraan kes Paul Phua.

Justeru itu kata Kit Siang, sama ada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara perlu memberikan jawapan berhubung isu tersebut, lebih-lebih lagi setiap satu kenyataan daripada mereka sebelum ini, bercanggah antara satu sama lain.

“Dan Muhyiddin pula, bolehkah beliau menjawab kenapa hal tersebut gagal dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet Rabu lalu? soal Kit Siang. – Roketkini.com

Thursday, February 6, 2014

Inilah sebab nye mengape Pakatan Rakyat mesti di perkuatkan lagi...............

TPM: Tol tidak naik tahun ini

5 Februari 2014

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tiada kenaikan tol untuk tahun ini dan kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai bayaran pampasan kepada syarikat konsesi yang terlibat.

Timbalan perdana menteri berkata pampasan itu adalah untuk syarikat konsesi di sekitar Lembah Klang yang sepatutnya menaikkan kadar tol.

Beliau memberitahu sidang media mengenai keputusan itu selepas mesyuarat jawatankuasa khas bagi menangani masalah kos sara hidup, yang dipengerusikan beliau di sini hari ini.............


Wak tak heran kalau menteri ni umumkan tiade kenaik kan tol pade tahun ni. Umum semue nye dah tahu dan sedar bahawe kerajaan Barisan Nasional sudah jadi semakin tidak popular lagi. Dalam keadaan rakyat yang sedang di timpe malang bale bencane kenaika kan kos sara hidup, kalau di naik kan juge kadar tol pasti kerajaan BN akan terus mati tumbang tergolek.

Kite masih beruntung kerane keduduk kan Pakatan Rakyat sedang berade di tahap yang kukuh dan kuat. Kekuatan Parti Pakatan Rakyat inilah yang menyebabkan kerajaan Barisan Nasional semakin terketan dan tidak lagi berupaye berbuat ikut sesuke hati nye lagi.

Jike keduduk kan parti Pakatan Rakyat tidak sekuat ini sudah pasti kerajaan BN akan meneruskan hasrat nye untuk menaik kan kadar tol. Penangguhan ini berkemungkinan ade juge berkaitkan dengan PRK DUN Kajang. Jike kadar tol dinaik kan dikale menghadapi PRK DUN Kajang ini  sudah pasti BN akan hilang wang pertaruhan nye.

Inilah yang menyebabkan kerajaan BN sanggup kehilangan RM400 jute sebagai bayaran pampasan kepade syarikat konsesi yang terlibat, jike tidak, pasti kerajaan BN akan menanggung kemaluan yang amat besar. 

Saturday, November 2, 2013

Mungkin ni kerje perbuatan PAS?

Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar untuk menentukan perbuatan siape - mungkin perbuatan PAS yang inginkan simpati dan menuduh UMNO, ade juge berkemungkinan ini perbuatan UMNO yang sememang nye di huni oleh pencacai2 UMNO yang tergulung dari manusie dungu, tolol dan berfikiran di tahap IQ "0".

Wak tak hairan jike perkare ni sanggup di lakukan oleh UMNO, kerane ini boleh dipercayai berdasarkan dari perangai dan sikap pemimpin2 nye. Jike pemimpin nombor due nye samggup memulekan episod insident ni make tidak mustahil jike pencacai2 nye juge sanggup berbuat demikian.

Jike beginilah perangai pemimpin dan pencacai2 UMNO, make tidak salah jike Wak kategori kan manusie yang masih mahu menyokong UMNO tu di kategorikan ke dalam manusie yang kurang akal dan berfikiran cetek yang setaraf dengan hai@&?. Sebab nye ade banyak lagi cari lain yang lebih sopan untuk di jadikan bahan kempen.



ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-