Showing posts with label Tuan Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Tuan Ibrahim. Show all posts

Thursday, October 6, 2022

PAS tak bubar 3 negeri jika PRU15 waktu terdekat, kata Tuan Ibrahim

freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad
-October 6, 2022 10:30 AM
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, mengingatkan semua ketua bahagian PN bersiap sedia berdepan dua pilihan raya DUN dan Parlimen.

SHAH ALAM: PAS membuat ketetapan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tiga negeri ditadbir parti itu sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat, kata timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketetapan itu menyusul selepas negeri dikuasai Pakatan Harapan iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang membuat keputusan sama, semalam.

“Sekiranya Parlimen dibubarkan pada waktu ini, tiga negeri bawah pimpinan PAS, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak akan dibubarkan.

“Yang saya difahamkan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga tidak akan turut bubar,” katanya dalam ucapan semasa Majlis penyerahan Watikah Ketua Bahagian Perikatan Nasional (PN) di Shah Alam, malam tadi.

Tuan Ibrahim turut mengingatkan semua ketua bahagian PN untuk bersiap sedia menghadapi dua pilihan raya iaitu DUN dan Parlimen.

“Bermakna Selangor ada dua kali peperangan yang tuan-tuan kena sedia bagi menawan. Pertama kita tawan Parlimen, yang kedua kita tawan negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin ketika majlis penyerahan watikah itu, berkata tidak semestinya mereka yang ditugaskan menyelaras Parlimen akan menjadi calon di kawasan itu.

Menurutnya, pelantikan tersebut bagi memudahkan pengurusan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sambil menambah dalam PN semua pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing.

“Ia adalah keputusan parti, tapi soal rundingan parti kita akan selesaikan. Kemungkinan mungkin di situ ketuanya PAS dan calon kita akan tentukan semasa peringkat rundingan kerusi,” katanya.

Muhyiddin turut memaklumkan PN sedang merangka manifesto bagi lima tahun ke depan dan akan dibentangkan ketika hampir PRU.

Katanya, manifesto itu merangkumi semua bidang, antaranya kesihatan, penyakit dan ekonomi.

“Ini antara kita akan beri pertimbangan selain banyak hal lain. Macam biasa PRU akan sediakan manifesto,” katanya.

Beliau turut berkata, “tiada rahsia antara kami” melibatkan parti bawah PN – merujuk pertemuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Muafakat Nasional (MN).

“Tiada rahsia antara kami dalam PN. Kalau saya bertemu sesuatu, dapat keputusan sesuatu, saya akan kembali dan melaporkan secara terperinci apa yang sudah saya lakukan…

“Macam terkini ada berbincang dengan pihak yang di sana (Umno), Hadi maklumkan kepada saya. tak jadi apa-apa pun… semua kita bincang secara terbuka,” katanya.

Sunday, September 13, 2020

Tuan Ibrahim kecewa PAS dianggap tak sesuai di Sabah, S'wak

N Faizal Ghazali
Diterbitkan Hari ini 9:06 pm

MUKTAMAR PAS | Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak, termasuk dalam parti dan sekutunya, yang menganggap agenda perjuangan parti itu tidak sesuai di Sabah dan Sarawak.

Anggota Parlimen Kubang Merian itu menegaskan agenda yang dibawa oleh PAS sesuai untuk semua kaum dan agama.

"Sebab itu saya dukacita bila ada pimpinan...rakan-rakan kita menyebut PAS tak sesuai di Sarawak dan sebagainya.

"Kita melihat agenda perjuangan yang kita bawa ini sesuai untuk semua agama," katanya dalam ucapan penangguhan pada Muktamar PAS ke-66, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu isu ketiadaan calon PAS dalam PRN Sabah hangat diperkatakan apatah lagi selepas dilaporkan menyasarkan untuk bertanding di 10 kerusi di negeri itu.

Pada masa sama seorang perwakilan dari Sabah ketika sesi perbahasan tengah hari tadi mengingatkan pimpinan agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo.
Aliakbar
Menurut Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan, kenyataan seumpama itu mungkin tiada masalah di negeri lain tetapi tidak sesuai di Sabah dan Sarawak, dan pihaknyalah yang perlu berdepan dengan masyarakat di sana.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menggesa PAS perlu menerjemahkan agenda perjuangannya di saat menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

"PAS mesti menjadi juara dalam menentang penyelewengan rasuah kerana PAS parti paling berintegriti," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjelaskan berlaku kemerosotan dalam pendaftaran ahli baru PAS pada tahun ini susulan wabak Covid-19.

Menurutnya, sehingga September tahun ini seramai 29,504 sahaja keahlian baru dicatatkan berbanding 46,560 sepanjang tahun lalu.

"Kempen untuk menarik keahlian akan kembali dijalankan dengan giat dan cuba meningkatkan bilangannya dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Jumlah keahlian PAS (yang dicatatkan) hingga 20 Ogos adalah 806,159 dan ia membabitkan yang aktif sahaja kerana setiap tahun pejabat agung membuat pemutihan, yang tak aktif ramai, jika termasuk bilangannya melebihi 1 juta," katanya.

Menurutnya, keahlian dari Kedah paling tinggi direkodkan iaitu seramai 170,342 orang, diikuti Kelantan (131,362) dan Terengganu (110,087).

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-