Showing posts with label bubar DUN. Show all posts
Showing posts with label bubar DUN. Show all posts

Wednesday, February 22, 2023

DUN di enam negeri mungkin bubar serentak akhir Jun

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 22, 2023 9:13 PM
Enam negeri yang belum membubarkan dewan undangan negeri (DUN) masing-masing kini sedang melihat kemungkinan untuk melakukan hal tersebut pada separuh kedua Jun ini.

Kesepakatan mengenai tarikh itu dicapai dalam pertemuan menteri besar Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata pada umumnya mereka sudah sepakat untuk melihat kemungkinan membubarkan DUN masing-masing pada minggu terakhir Jun.

"Persefahaman ini sudah pasti akan dimaklum serta dibincangkan di peringkat parti masing-masing sebelum dipersembah untuk perkenan Sultan, Yang Dipertuan Besar serta Tuan Yang Terutama Negeri masing-masing.

"Semoga persefahaman ini dapat mempermudah usaha rakyat untuk merayakan demokrasi kelak, Insya-Allah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Langkah membubarkan DUN di enam negeri terbabit akan membuka jalan kepada pilihan raya negeri (PRN) diadakan menjelang tamatnya tempoh mandat yang diterima sejak 2018.

Semasa PRU ke-15 diadakan pada 19 Nov tahun lalu hanya Pahang, Perak dan Perlis turut membubarkan DUN masing-masing manakala enam negeri - semuanya ditadbir sama ada PH atau PN - enggan berbuat demikian.

Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor pula mengadakan PRN lebih awal.

Bergantung pada bila negeri terbabit mengadakan sidang DUN pertama selepas PRU ke-14, dalam keadaan semasa PRN mesti diadakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Terdapat perbincangan berterusan sejak Januari untuk mengadakan PRN secara serentak, antara lain akan memudahkan pelbagai pihak termasuk dari segi logistik.

Sebelum ini, pelbagai tarikh telah dicadangkan oleh setiap negeri.

Misalnya Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun mencadangkan 1 Jun untuk pembubaran DUN, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor pula menyebut 18 Jun, manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah mencadangkan pembubaran automatik pada 26 Jun.

Thursday, October 13, 2022

PAS kekal tak bubar DUN Kedah, Kelantan dan Terengganu

malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 13, 2022 2:34 PM
PAS hari ini mengekalkan pendirian mereka untuk tidak membubarkan sebarang dewan undangan negeri (DUN) yang ditadbirnya.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat yang diadakan sebentar tadi.

"(PAS) mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu, dan Kedah," katanya.

[Laporan lanjut menyusul]

Tuesday, October 11, 2022

Sultan Selangor perkenan kerajaan negeri tak bubar DUN, teruskan pemerintahan

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-October 11, 2022 3:30 PM

Amirudin Shari berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan pentadbiran diteruskan dan DUN tidak dibubarkan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan supaya pentadbiran kerajaan Selangor dikekalkan, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Amirudin berkata, Tuanku berkenan agar pentadbiran ini diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor.

“Saya telah menyembah maklum komitmen dan persiapan kerajaan negeri dalam mendepani kemungkinan situasi banjir di Selangor, usaha pemulihan ekonomi, bantuan kebajikan, serta persiapan Belanjawan Selangor 2023 yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada tahun ini.

“DYMM Tuanku berkenan agar pentadbiran ini diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya dalam kenyataan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Thursday, October 6, 2022

PAS tak bubar 3 negeri jika PRU15 waktu terdekat, kata Tuan Ibrahim

freemalaysiatoday.com
Anne Muhammad
-October 6, 2022 10:30 AM
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, mengingatkan semua ketua bahagian PN bersiap sedia berdepan dua pilihan raya DUN dan Parlimen.

SHAH ALAM: PAS membuat ketetapan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tiga negeri ditadbir parti itu sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh terdekat, kata timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketetapan itu menyusul selepas negeri dikuasai Pakatan Harapan iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang membuat keputusan sama, semalam.

“Sekiranya Parlimen dibubarkan pada waktu ini, tiga negeri bawah pimpinan PAS, Kelantan, Terengganu dan Kedah, tidak akan dibubarkan.

“Yang saya difahamkan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang juga tidak akan turut bubar,” katanya dalam ucapan semasa Majlis penyerahan Watikah Ketua Bahagian Perikatan Nasional (PN) di Shah Alam, malam tadi.

Tuan Ibrahim turut mengingatkan semua ketua bahagian PN untuk bersiap sedia menghadapi dua pilihan raya iaitu DUN dan Parlimen.

“Bermakna Selangor ada dua kali peperangan yang tuan-tuan kena sedia bagi menawan. Pertama kita tawan Parlimen, yang kedua kita tawan negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin ketika majlis penyerahan watikah itu, berkata tidak semestinya mereka yang ditugaskan menyelaras Parlimen akan menjadi calon di kawasan itu.

Menurutnya, pelantikan tersebut bagi memudahkan pengurusan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sambil menambah dalam PN semua pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing.

“Ia adalah keputusan parti, tapi soal rundingan parti kita akan selesaikan. Kemungkinan mungkin di situ ketuanya PAS dan calon kita akan tentukan semasa peringkat rundingan kerusi,” katanya.

Muhyiddin turut memaklumkan PN sedang merangka manifesto bagi lima tahun ke depan dan akan dibentangkan ketika hampir PRU.

Katanya, manifesto itu merangkumi semua bidang, antaranya kesihatan, penyakit dan ekonomi.

“Ini antara kita akan beri pertimbangan selain banyak hal lain. Macam biasa PRU akan sediakan manifesto,” katanya.

Beliau turut berkata, “tiada rahsia antara kami” melibatkan parti bawah PN – merujuk pertemuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkaitan Muafakat Nasional (MN).

“Tiada rahsia antara kami dalam PN. Kalau saya bertemu sesuatu, dapat keputusan sesuatu, saya akan kembali dan melaporkan secara terperinci apa yang sudah saya lakukan…

“Macam terkini ada berbincang dengan pihak yang di sana (Umno), Hadi maklumkan kepada saya. tak jadi apa-apa pun… semua kita bincang secara terbuka,” katanya.

Tuesday, September 20, 2022

Pas tak bubar DUN Kedah, Kelantan, Terengganu sehingga Mac 2023

satuberita.my
By SatuBerita
-September 20, 2022

PAS berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak perlu disegerakan kerana lazimnya hujung tahun adalah musim banjir.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, wakil Pas dalam kerajaan akan mengemukakan pandangan supaya PRU15 tidak diadakan dalam tempoh terdekat.

“Menjelang hujung tahun sudah diketahui sebagai waktu banjir melanda negara. Pas berpandangan tidak perlu lagi mengadakan PRU pada tahun ini, terutama waktu-waktu dekat banjir.

“Kita dah tahu banjir, nanti menyukarkan urusan bagi mengurus pilihan raya terbabit,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama di sini hari ini.

Menurut Idris, Pas juga akan menyampaikan keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga habis penggal pada Mac tahun depan.

“Kita tidak akan bubarkan DUN Kedah, Kelantan dan Terengganu hingga habis penggalnya Mac tahun depan. Itu keputusan parti setakat ini, tidak tahulah kalau ada keputusan lain selepas ini,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, cadangan untuk mengadakan PRU15 dalam tempoh terdekat dijangka dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri esok.

Ketika ditanya bila perbincangan mengenai PRU-15 itu akan diadakan, Perdana Menteri berkata secepat mungkin, kemungkinan lebih mendahului daripada mesyuarat ‘Top 5’ yang merujuk perbincangan lima kepemimpinan tertinggi UMNO.

Ditanya mengenai perkembangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355), Idris berkata, kertas cadangan RUU berkenaan sudah dihantar kepada Peguam Negara untuk diteliti.

“Kita sudah hantar kepada AG (Peguam Negara) untuk diteliti sebelum sebarang tindakan lanjut untuk langkah seterusnya ditentukan. Kertas terbabit sebelum ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan sudah mendapat kelulusan dasar.

“Kita akan membawa usul RUU 355 ini mengikut lunas dan tertib yang sepatutnya. Ini adalah komitmen kita sejak dahulu lagi untuk memperkasakan Mahkamah Syariah,” katanya.

Tuesday, August 30, 2022

Negeri PAS tak akan bubar DUN lebih awal dari Mac 2023

malaysiakini.com

Diterbitkan: Aug 30, 2022 1:56 PM

Negeri-negeri diterajui PAS tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada Mac tahun depan.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata buat masa ini penumpuan lebih perlu diberikan kepada aspek pemulihan kehidupan rakyat terutama dalam bidang perekonomian dan kesihatan.

[Berita penuh menyusul]

Saturday, January 22, 2022

DUN Johor bubar hari ini?

fheemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-January 22, 2022 3:15 PM

Spekulasi kuat mengatakan Dewan Undangan Negeri Johor akan dibubarkan petang ini.

PETALING JAYA: Semua parti politik di Johor sedang bersiap sedia bagi pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat, berikutan spekulasi kuat bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan petang ini.

Difahamkan Menteri Besar Hasni Mohammad berkemungkinan akan mengadakan sidang media untuk mengumumkannya selepas mesyuarat khas Umno petang nanti.

Bagaimanapun, Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat memberitahu FMT bahawa beliau masih belum diberitahu mengenai pembubaran meskipun spekulasi hangat diperkatakan.

“Kalau ada pun, Menteri Besar yang akan buat pengumuman. Saya hanya akan dimaklumkan untuk menyediakan kertas kerja yang diperlukan untuk pewartaan,” katanya ketika dihubungi.

Seorang ADUN DAP berkata kepimpinan Pakatan Harapan belum mengeluarkan sebarang arahan lagi tetapi mereka telah mula membuat persiapan sendiri berikutan “khabar angin yang sangat kuat” sejak beberapa hari lalu.

“Ia akan menjadi sukar dengan keadaan ini tetapi kita akan berjuang,” katanya.

Sekiranya DUN Johor dibubarkan hari ini, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran, ini bermaksud ia mesti diadakan pada 22 Mac.

Terdapat cakap-cakap dalam beberapa minggu kebelakangan ini bahawa pilihan raya mungkin ada, dengan majoriti kerajaan pimpinan Barisan Nasional berkurangan satu kerusi berikutan kematian ADUN Kempas daripada Bersatu, Osman Sapian pada Dis lepas.

Johor akan menjadi negeri ketiga yang mengadakan pilihan raya negeri dalam tempoh beberapa bulan selepas rakyat di Melaka dan Sarawak keluar mengundi masing-masing pada Nov dan Dis.

Sekumpulan pemimpin BN mengulas mengenai keperluan untuk mengadakan pilihan raya, dengan harapan gabungan itu dapat memanfaatkan momentumnya daripada kemenangan di Melaka dan Sarawak.

Pada Rabu, Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata kerajaan berada dalam “kedudukan tidak menentu” berikutan kematian Osman dan berkata sekarang adalah masa untuk melakukan pilihan raya memandangkan Umno berada di kedudukan teratas untuk menang.

“Pembangkang takut kerana mereka tahu Umno berada pada kedudukan yang kuat, bukan lemah. Keputusan pilihan raya negeri Melaka adalah buktinya. Kami mendapat keputusan cemerlang di sana,” katanya kepada CNA.

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil memberitahu Sin Chew semalam bahawa pilihan raya “perlu diadakan dalam masa terdekat untuk mendapatkan mandat rakyat”, meramalkan gabungan itu boleh memperoleh 32 hingga 42 daripada 56 kerusi di negeri itu.

Monday, March 2, 2020

Adly cadang bubar DUN

MyMetro
Wartawan NSTP
PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri Melaka pada Julai 2019.
 FOTO arkib NSTP

KETUA Menteri Adly Zahari mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil itu berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dalam satu pertemuan pada 4.30 petang hari ini.

“Mengambil kira keadaan ketidakstabilan politik negeri yang boleh menjejaskan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat, serta mengembalikan semula mandat kepada rakyat, saya dengan merujuk kepada peruntukan di bawah perkara 7 (4) Perlembagaan Negeri Melaka seperti berikut.

“Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Undangan Negeri, maka Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, melainkan jika ada permintaannya Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri.

“Maka, saya mencadangkan kepada Tuan Yang Terutama Tun untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adly turut berharap semua rakyat kekal bertenang dan mematuhi peraturan bagi memastikan negeri ini terus aman dan selamat.

Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 6:46 PM

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-