Showing posts with label Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Show all posts
Showing posts with label Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Show all posts

Wednesday, September 12, 2018

Mahasiswa beri Maszlee tempoh 7 hari letak jawatan Presiden UIAM

Faisal Asyraf


Aktivis mahasiswa telah memberikan tempoh tujuh hari kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tarikh akhir itu diberikan berikutan mesyuarat tertutup antara Maszlee dan mahasiswa berkenaan di Restoran Amjal, di Jalan Pantai Baharu di Kuala Lumpur petang tadi.

Mereka menuntut menteri meletak jawatan serta-merta yang mana Maszlee enggan berbuat demikian.

Asheeq Ali Sethi Alivi, yang mengetuai sekumpulan 10 orang penuntut universiti menyatakan rasa kesal dengan pertemuan selama dua jam itu.

"Pertemuan itu berakhir dengan kami memberikan tempoh tujuh hari (bermula hari ini) untuk segera meletakkan jawatan atau kami akan mengumpul dan mengegrakkan lebih ramai orang untuk melawan beliau," katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan itu.

Asheeq berkata menteri pendidikan memberikan alasan tidak wajar untuk kekal sebagai presiden UIAM seperti "membuat perubahan dari dalam."

Mahasiswa berkenaan berkeras universiti awam patut bebas daripada lantikan politik.

Sementara itu, dalam sidang akhbar berasingan kemudian, Maszlee menjelaskan pelantikan beliau sebagai Presiden UIAM datangnya daripada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah sebagaimana nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Bukan saya lantik diri saya sendiri. Kalau saya lantik diri saya sendiri saya dah lama letak jawatan. Itu bukan keputusan saya kerana saya dilantik pihak atasan saya," katanya.

Maszlee menganggap dirinya bertindak sebagai seorang bapa kepada aktivis mahasiswa berkenaan dan akan terus memberikan mereka kebebasan untuk menyuarakan keprihatinan mereka.

"Mereka semua anak saya. Sebagai bapa, kena mendengar keluhan anak-anak. Melaksanakan janji keterbukaan kita, kita beri peluang bersuara. Kita beri kebebasan kepada mereka untuk berdialog dan bertemu," katanya.

Maszlee berkata beliau beriltizam menukar UIAM menjadi "Oxford untuk negara-negara Islam."

"Pada hari ini, UIAM sedia lakukan perubahan dan maju ke depan. Slogan mereka kembalikan kegemilangan UIAM dan saya ingin membantu mereka," katanya.

Kemudian, kumpulan mahasiswa berkenaan menjeritkan slogan "undur Maszlee" beberapa kali ketika menteri berjalan ke arah keretanya.

Bagaimanapun, Maszlee berhenti dan menyantuni kumpulan mahasiswa yang sedang melaungkan bantahan mereka.

Dengan senyuman, beliau kelihatan tenang dan yakin serta malahan menawarkan Asheeq sebotol air mineral ketika aktivis itu memimpin laungan slogan sebelum beliau beredar meninggalkan tempat itu.

[Baca berita penuh]

Friday, July 13, 2018

Umat Islam wajar rasa bimbang

NURUL FIRDAUS KHAIRI
13 JULAI 2018

Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz

SHAH ALAM - Keresahan umat Islam terhadap pelantikan tiga jawatan penting dalam bidang perundangan di negara ini sebenarnya adalah wajar.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, keadaan itu berlaku apabila sebelum ini tidak pernah ada jawatan-jawatan utama dalam bidang perundangan dipegang oleh kaum lain.

Menurutnya, ia juga disebabkan fikrah cara berfikir yang ditonjolkan sebelum ini seolah-olah tidak berpihak kepada fikrah atau cara pandang dan berfikiran orang Islam.

"Di media sosial pula ramai kata jawatan ketua hakim ini tidak boleh menentukan undang-undang, dia tidak boleh buat undang-undang tetapi saya lihat dari segi perspektif Pas, NGO Islam sebenarnya mereka bimbang dengan fikrah itu.

"Bagi saya amatlah wajar untuk umat Islam menonjolkan pendapat, menyuarakan kebimbangan dan keresahan kerana bukannya hanya satu jawatan semata-mata," katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN:Tiga serangkai sektor judisiari resahkan umat Islam]

Sham Rahayu berkata, kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan mempersoalkan apakah masih ada harapan rakyat khasnya umat Islam untuk melihat masa depan Islam terus terbela di bumi Malaysia ini khasnya dalam hal yang melibatkan undang-undang mempunyai asasnya.

Katanya, mungkin dari keperlembagaan mungkin itu juga satu persoalan yang perlu dijawab.

"Bagi saya secara umumnya apa yang disuarakan oleh umat Islam yang tidak bersetuju dengan lantikan itu menunjukkan umat Islam itu masih sensitif dengan kedudukan agama Islam dan kedudukan Melayu.

"Saya harap ia tidak dipandang serong oleh mana-mana ahli masyarakat, maknanya umat Islam suarakan pandangan bersebab. Jika kita berfikiran terbuka perkara ini perlu diambil kira dengan perkembangan dan pendekatan penghakiman itu.

Mengulas mengenai dakwaan-dakwaan di media sosial, beliau berkata, ada yang menyatakan ketua hakim ini hanyalah simbolik dan tiada kuasa tetapi apabila dilihat dalam peruntukan perlembagaan ketua hakim juga mempunyai kuasa menasihati yang Yang Dipertua Agong (YDPA) bagi pelantikan hakim-hakim yang lain.

Katanya, kuasa itu juga sebenarnya ada kuasa yang besar kepada ketua hakim negara.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-