Showing posts with label Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Vietnam. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

Apakah dosa kucing-kucing ini........?

Beribu-ribu kucing ditanam hidup-hidup

Gambar ini diambil pada 27 Jan 2015, menunjukkan kucing yang masih hidup diangkut dalam sebuah trak di Hanoi. Foto: AFP

HANOI, 4 Februari:

Pihak berkuasa Vietnam telah mengkebumikan beribu- ribu kucing yang ditangkap, lapor AFP.

Ramai percaya kucing-kucing itu masih hidup pada masa pengkebumian selepas ia diseludup dari China untuk perdagangan kucing secara haram di negara ini.

Sebuah trak yang mengandungi tiga tan kucing yang masih hidup disumbat ke dalam peti buluh telah ditahan Selasa lepas di Hanoi, di mana polis pada mulanya belum membuat keputusan bagaimana untuk menguruskan kucing-kucing tersebut.

Tetapi pada hari Rabu seorang pegawai polis kepada AFP mereka telah kebumikan kucing-kucing itu mengikut undang-undang Vietnam atas barang yang diseludup.

“Kucing berkenaan dari China, tanpa kertas asal rasmi dan tidak ada jaminan,” kata seorang anggota polis yang tidak mahu namanya disiarkan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/global/2015/02/04/beribu-ribu-kucing-ditanam-hidup/#ixzz3QmPqfETR

Thursday, December 11, 2014

NGO hantar memo mohon maaf kepada Vietnam


Sekumpulan NGO Melayu hari ini menyerahkan memorandum permohonan maaf kepada Kedutaan Vietnam ekoran tindakan segelintir penyokong Malaysia yang bergaduh dengan penyokong negara itu dalam perlawanan separuh akhir Piala Suzuki di Stadium Shah Alam Ahad lalu.


Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mengambil inisiatif itu ke kedutaan negera itu hari ini.

Mereka menyuarakan kekesalan terhadap insiden yang berlaku dan merayu supaya insiden yang sama tidak berulang lagi sekaligus meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya jika berulang.

"Ia adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak elok kerana seluruh dunia memerhati kita. Dah kalah, kalah la. Yang menang, menanglah. Kita kena beri penghormatan tetamu luar negara kita," kata Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah.


Beliau juga mahu penyokong Malaysia berfikir panjang sebelum bertindak kerana khuatir terhadap rakyat Malaysia yang berada di Vietnam sekiranya insiden itu berulang.

Turut hadir sewaktu menyerakan memorandum itu Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay dan Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah yang turut diiringi beberapa aktivis mereka.

Perlawanan hujung minggu lalu menyaksikan Malaysia tumpas kepada Vietnam dengan jaringan 1-2.

Perlawanan separuh akhir kedua berlangsung malam ini di Vietnam.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-