Showing posts with label pembunuhan. Show all posts
Showing posts with label pembunuhan. Show all posts

Monday, June 13, 2022

‘Tiada lagi hukuman menggerunkan’, kata ahli keluarga kes bunuh Sosilawati

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-June 12, 2022 11:52 PM
Pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya, yang berlaku pada Sept 2010 mengejutkan negara dengan tiga dalang pembunuh itu dijatuhi hukuman mati mandatori pada 2017. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ahli keluarga kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya, kesal dengan tindakan kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori termasuk jenayah bunuh.

Anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, berkata sebagai ahli keluarga mangsa jenayah, beliau menganggap keputusan kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori sebagai tidak wajar.

Katanya, sebagai ahli keluarga mangsa pembunuhan kejam yang sudah mendapat keputusan mahkamah, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan memansuhkan hukuman sedemikian.



“Saya juga percaya mana-mana keluarga mangsa yang pernah mengalami situasi sama juga tidak bersetuju dengan perkara ini. Ia terlalu sukar untuk diungkap dengan perkataan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

“Hanya kami yang merasai sahaja yang faham akan kesedihan, keperitan, kesengsaraan dan trauma kesan dari kehilangan orang tersayang, apatah lagi mereka yang teraniaya dengan perbuatan kejam itu adalah tempat kami bergantung,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pembunuhan Sosilawati berlaku pada Sept 2010 dan selepas melalui proses perbicaraan yang mengambil masa bertahun, akhirnya tiga dalang pembunuhan dijatuhi hukuman mati mandatori pada 2017.

Erni ketika mengulas lanjut, berkata penjenayah yang tergamak melakukan pembunuhan kejam patut dijatuhkan hukuman berat, setimpal dengan perbuatan mereka agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.

“Bagaimanapun, saya yakin pihak kerajaan sudah mengkaji terlebih dahulu cadangan pemansuhan ini sebelum ia dilaksanakan dan pastinya kerajaan mempunyai alasan tersendiri.

“Jenayah tetap akan wujud dalam apa keadaan sekalipun, namun ia akan lebih meruncing sekiranya hukuman yang dikenakan tidak setimpal dan tidak menggerunkan mereka yang berhasrat melakukan sesuatu jenayah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau meminta kerajaan meneliti dan memperhalusi keperluan untuk mengekalkan hukuman mati mandatori untuk beberapa kes jenayah, terutama jenayah bunuh.

“Sekiranya undang-undang baharu dilaksanakan kelak dan hukuman mati mandatori tidak lagi dilaksanakan, saya berharap ia tidak terpakai dengan keputusan hukuman yang sudah diputuskan mahkamah sebelum ini,” katanya.

Saturday, November 10, 2018

PM: K'jaan kaji pandangan keluarga mangsa bunuh

N Faizal Ghazali 
Diterbitkan 10 Nov 2018, 2:30 petang


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mengambil perhatian terhadap pandangan ahli keluarga mangsa pembunuhan berprofil tinggi mengenai cadangan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini.

Menurutnya kerajaan sedang mengkaji pendapat mereka yang mendakwa pemansuhan hukuman berkenaan akan menyebabkan berlaku peningkatan kes jenayah.

"Ya kita sedang kaji sama ada dakwaan ini tepat ataupun tidak. Setiap orang tak boleh buat penilaian melainkan kita ada satu kajian sebenarnya ada meningkatkan (jenayah) atau tidak.

"Tetapi kita mengambil berat terhadap pendapat mereka itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Beramah Mesra Harapan Kelantan bersama perdana menteri di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendapat keluarga mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi yang mengadakan sidang media di Ibu Negara, semalam.

Antara yang hadir adalah ahli keluarga, jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; timbalan pendakwa raya, Datuk Anthony Kevin Morais dan pegawai bank, Wong Jing Kui.

Menurut mereka pemansuhan hukuman mati adalah tidak adil dan hanya akan menyumbang kepada peningkatan kes jenayah berat di negara ini.

Mereka diwakili peguam Christina Teng.

Pada Oktober lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata langkah kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori mendapat maklum balas positif daripada pihak antarabangsa.

Sebelum itu, Liew turut memaklumkan kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri.

Wednesday, February 4, 2015

Apakah dosa kucing-kucing ini........?

Beribu-ribu kucing ditanam hidup-hidup

Gambar ini diambil pada 27 Jan 2015, menunjukkan kucing yang masih hidup diangkut dalam sebuah trak di Hanoi. Foto: AFP

HANOI, 4 Februari:

Pihak berkuasa Vietnam telah mengkebumikan beribu- ribu kucing yang ditangkap, lapor AFP.

Ramai percaya kucing-kucing itu masih hidup pada masa pengkebumian selepas ia diseludup dari China untuk perdagangan kucing secara haram di negara ini.

Sebuah trak yang mengandungi tiga tan kucing yang masih hidup disumbat ke dalam peti buluh telah ditahan Selasa lepas di Hanoi, di mana polis pada mulanya belum membuat keputusan bagaimana untuk menguruskan kucing-kucing tersebut.

Tetapi pada hari Rabu seorang pegawai polis kepada AFP mereka telah kebumikan kucing-kucing itu mengikut undang-undang Vietnam atas barang yang diseludup.

“Kucing berkenaan dari China, tanpa kertas asal rasmi dan tidak ada jaminan,” kata seorang anggota polis yang tidak mahu namanya disiarkan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/global/2015/02/04/beribu-ribu-kucing-ditanam-hidup/#ixzz3QmPqfETR

Wednesday, January 14, 2015

Bagaimana Sirul boleh lepas ke luar negara?

(Oleh: Nadia Hanafi)

KUALA LUMPUR 13 JANUARI- Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mempersoalkan kehilangan tertuduh kedua kes pembunuhan berprofil tinggi Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar apabila tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mendengar keputusan rayuan kes itu.

Tian berkata, ia menunjukkan tidak ada pengawasan ketat dilakukan terhadap tertuduh oleh pihak berkuasa selepas dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013.

“Semasa mereka membuat rayuan terhadap sabitan kesalahan itu, tidak ada penguatkuasaan supaya mereka dipantau. Sepatutnya mereka perlu dipantau kerana kes ini belum lagi selesai,” katanya ketika dihubungi.

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Namun Sirul tidak muncul ke mahkamah dalam pendengaran keputusan rayuan kes itu di.

Pada April 2009, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana membunuh Altantuya namun kedua-dua orang tertuduh telah membuat rayuan sabitan kesalahan ke atas mereka.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mendapati berlaku beberapa penyalaharahan (misdirection) oleh hakim Mohd Zaki Yasin dan mengarahkan kedua-duanya dibebaskan dari penjara pada bulan Ogos 2013.

Selain itu, menurut satu sumber yang dipetik Bernama, Sirul kini berada di Australia sejak dua bulan lalu dan tidak dapat pulang untuk hadir ke mahkamah kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Tian mempersoalkan bagaimana orang yang dituduh membunuh boleh keluar negara dan meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menangkap dan membawa beliau pulang ke Malaysia.

“Macam mana dia boleh ke luar negara? Sedangkan orang yang tidak membayar PTPTN tidak boleh keluar negara apatah lagi kes bunuh yang sepatutnya tidak boleh untuk keluar negara. Siapa yang suruh? Menteri kena jawab persoalan ini.

“Menteri Dalam Negeri kena ambil tindakan untuk tangkap dia di sana atau hantar surat kepada kerajaan Australia untuk hantar tertuduh itu balik ke sini,” katanya.

Tian juga menyifatkan kes ini hanya wayang sahaja kerana sejak sembilan tahun lalu tiada kesungguhan untuk mencari kebenaran sebenar mengenai kes kontroversi ini.

“Boleh dikatakan begitu sebab dari awal lagi tiada kesungguhan untuk mencari kebenaran mengenai pembunuhan ini. Bagi saya dua orang tertuduh ini hanyalah kambing hitam,” katanya

Tuesday, January 13, 2015

Bagaimana Sirul boleh lepas ke luar negara?

(Oleh: Nadia Hanafi)

KUALA LUMPUR 13 JANUARI- Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mempersoalkan kehilangan tertuduh kedua kes pembunuhan berprofil tinggi Altantuya Shaariibuu, Sirul Azhar Umar apabila tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini untuk mendengar keputusan rayuan kes itu.
Tian berkata, ia menunjukkan tidak ada pengawasan ketat dilakukan terhadap tertuduh oleh pihak berkuasa selepas dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013.

“Semasa mereka membuat rayuan terhadap sabitan kesalahan itu, tidak ada penguatkuasaan supaya mereka dipantau. Sepatutnya mereka perlu dipantau kerana kes ini belum lagi selesai,” katanya ketika dihubungi.

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Namun Sirul tidak muncul ke mahkamah dalam pendengaran keputusan rayuan kes itu di.

Pada April 2009, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana membunuh Altantuya namun kedua-dua orang tertuduh telah membuat rayuan sabitan kesalahan ke atas mereka.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mendapati berlaku beberapa penyalaharahan (misdirection) oleh hakim Mohd Zaki Yasin dan mengarahkan kedua-duanya dibebaskan dari penjara pada bulan Ogos 2013.

Selain itu, menurut satu sumber yang dipetik Bernama, Sirul kini berada di Australia sejak dua bulan lalu dan tidak dapat pulang untuk hadir ke mahkamah kerana tidak mempunyai wang yang cukup.

Tian mempersoalkan bagaimana orang yang dituduh membunuh boleh keluar negara dan meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menangkap dan membawa beliau pulang ke Malaysia.

“Macam mana dia boleh ke luar negara? Sedangkan orang yang tidak membayar PTPTN tidak boleh keluar negara apatah lagi kes bunuh yang sepatutnya tidak boleh untuk keluar negara. Siapa yang suruh? Menteri kena jawab persoalan ini.

“Menteri Dalam Negeri kena ambil tindakan untuk tangkap dia di sana atau hantar surat kepada kerajaan Australia untuk hantar tertuduh itu balik ke sini,” katanya.

Tian juga menyifatkan kes ini hanya wayang sahaja kerana sejak sembilan tahun lalu tiada kesungguhan untuk mencari kebenaran sebenar mengenai kes kontroversi ini.

“Boleh dikatakan begitu sebab dari awal lagi tiada kesungguhan untuk mencari kebenaran mengenai pembunuhan ini. Bagi saya dua orang tertuduh ini hanyalah kambing hitam,” katanya

Bapa Altantuya persoal motif, tetap saman kerajaan Malaysia

ULAN BATOR 13 JANUARI- Bapa kepada wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam pada 2006, tetap mempersoalkan motif pembunuhan anaknya itu.

Setev Shaariibuu berkata, beliau bersama isteri dan dua cucunya gembira mengetahui dua tertuduh kes itu, Azilah Hadri dan Sirul Azhar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati.


Katanya, ini bermakna kes itu akhirnya telah selesai dan beliau boleh meneruskan samannya terhadap kerajaan Malaysia, dan dua pegawai yang didakwanya bertanggungjawab atas kematian anak perempuannya itu.

Bagaimanapun beliau terus mempersoalkan motif di sebalik pembunuhan Altantuya yang diletupkan dengan peledak di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 19 Oktober 2006.

“Sehingga hari ini, saya tidak tahu kenapa dia dibunuh,” katanya seperti dilapor portal Malaysiakini.

Sementara itu, Setev juga menyuarakan kebimbangan apabila tertuduh kedua dikatakan hilang dan tidak hadir di mahkamah hari ini.

“Saya berharap polis dapat mencari segera, barulah keadilan ditegakkan untuk anak perempuan saya,” katanya.

Setev juga percaya hubungan antara Malaysia dan Mongolia, yang didakwanya tegang ekoran perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, akan bertambah baik dengan keputusan terbaru itu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Panel yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Azilah dan Sirul dan mengekalkan hukuman mati.

Setev memfailkan saman sivil pada 4 Jun 2007, mendapatkan gantirugi RM100 juta daripada penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan dua pegawai polis.

Abdul Razak, rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, pada awalnya dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Setev memfailkan saman itu bagi pihak isterinya, Altantsetseg Sanjaa, dan dua cucu mereka – Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga – yang ketika itu masing-masing berusia lapan dan 13 tahun.

Dah hilang pule kate nye......... ???


Tertuduh kes Altantuya ‘hilang’ sejak 6 bulan lalu?

KUALA LUMPUR 13 JANUARI- Tertuduh dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shariibuu tidak muncul di mahkamah dalam pendengaran keputusan rayuan kes itu di Mahkamah Persekutuan pagi ini.

Malaysiakini melaporkan, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mengaku terputus hubungan dengan Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia berkenaan.

Kamarul dilapor berkata, beliau tidak tahu menahu di mana kedudukan anak guamnya dan menyatakan beliau terputus hubungan dengan Sirul sejak pendengaran kes tersebut di Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun hingga 25 Jun 2014.

“Kali terakhir saya dihubungi anak guam saya, mungkin seminggu selepas pendengaran di Mahkamah Persekutuan (dari 23 Jun hingga 25 Jun, 2014), selepas itu (saya tidak dapat) menghubungi (Sirul),” katanya.

“Saya tidak tahu langsung di mana dia berada.

“Berdasarkan perhubungan terakhir dengannya, saya langsung tiada asas untuk mengatakan bahawa beliau berkelakuan aneh. Saya ada sebab untuk percaya bahawa beliau akan hadir untuk (keputusan) hari ini,” katanya dipetik berkata.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan Sirul “hilang” dan hanya menyebut bahawa pegawai polis itu tidak berada di mahkamah kerana gagal menerima notis untuk hadir.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan apabila mendapati Sirul dan seorang lagi tertuduh Azilah Hadri bersalah membunuh Altantuya dan mengembalikan hukuman mati terhadap mereka.

Mahkamah turut bersetuju dengan permohonan pendakwaan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas bekas anggota pasukan elit polis itu.

Wednesday, January 7, 2015

Berita mutakhir: rayuan Altantuya

Altantuya: Mahkamah Persekutuan tetapkan 13 Januari keputusan rayuan pendakwa

Published: 7 January 2015
Mahkamah Persekutuan tetapkan 13 Januari bagi keputusan rayuan pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Januari, 2015.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Januari bagi keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan Mohd Aizuddin Zolkeply mengesahkan tarikh untuk keputusan itu ditetapkan pada 13 Januari.

Keputusan itu akan disampaikan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun tahun lepas.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Ketika dihubungi, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata firma guamannya menerima notis daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam, memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.

Peguam Kamarul Hisham Kamarudin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar dan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Peguam Cara I (Sektor Litigasi) Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah juga mengesahkan tarikh itu.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan Azilah, 38, dan Sirul Azhar, 43, atas pertuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi, hari berikut pada 2006.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan oleh kedua-dua anggota polis itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia itu dan menjatuhi hukuman mati ke atas kedua-dua mereka.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 51, yang dituduh bersuhabat dengan Azilah dan Sirul Azhar, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas (Mahkamah Tinggi) memutuskan bpihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadapnya. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasannya. – Bernama, 7 Januari, 2015.

Saturday, September 20, 2014

Hanya kerana tambang teksi............

Dahsyat..Budak 14 tahun dibakar hidup-hidup

BUDAK 14 TAHUN DIBAKAR HIDUP-HIDUP

SEORANG budak berumur 14 tahun telah ditangkap oleh beberapa pemandu teksi dan membelasah dengan teruk kerana cuba untuk lari dari membayar tambang teksi.


Tidak cukup dengan itu pemandu-pemandu teksi dengan kejam membakar hidup-hidup lelaki itu.Kejadian menyayat hati ini berlaku di tempat awam, orang ramai hanya memerhati, termasuk beberapa orang anggota polis, tiada siapa yang berani menghalang . DiMexico, inilah yang berlaku apabila anda tidak membayar tambang teksi.



Tuesday, July 15, 2014

Kes kemaitan warga Estonia di P Rawa Mersing Johor


4 lagi ditahan bantu siasatan kematian model Estonia

BERNAMA | .

JOHOR BAHARU: Polis Johor menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian model warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa, Mersing pada 1 Julai lepas.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor Datuk Hasnan Hassan berkata tangkapan itu membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berumur di antara 24 hingga 27 tahun.

Mereka ditahan kerana mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk membantu siasatan polis dalam kes ini, katanya di dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sejak Ahad hingga hari ini, polis telah membebaskan tiga individu yang ditahan sebelum ini selepas percakapan mereka direkod.

Bagaimanapun, dua lelaki masih ditahan polis.
 
Hasnan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan pihak polis selesai dan meminta sebarang maklumat disalurkan kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999. –Bernama

Monday, July 14, 2014

Lagi kes pembunuhan........

Wanita maut disyaki ditolak kekasih
FOTO : ANGGOTA Bomba membawa turun mayat mangsa.

Petaling Jaya: Seorang wanita warga India maut dipercayai ditolak kekasihnya dari aras 12 kediaman yang dihuni mangsa di kondominium D' Aman Crimson.

Me... Lihat seterusnya..

Gambar: Wanita maut disyaki ditolak kekasih
FOTO : ANGGOTA Bomba  membawa turun mayat mangsa.

Petaling Jaya: Seorang wanita warga India maut dipercayai ditolak kekasihnya dari aras 12 kediaman yang dihuni mangsa di kondominium D' Aman Crimson.

Menurut saksi yang mahu dikenali sebagai Rosdi, dalam kejadian 12.30 tengah hari itu mangsa berusia 30-an dipercayai jatuh dari tingkat 12 sebelum mayat mangsa tersangkut di aras dua kondominium berkenaan.

Rosdi memberitahu sebelum ini, dia kerap mendengar pasangan kekasih terbabit bertengkar dan tidak menyangka ia akan berakhir dengan tragedi wanita itu ditemui mati.

Harian Metro difahamkan wanita berkenaan yang juga bekerja sebagai tukang jahit di sebuah kedai berhampiran kediamannya sudah lebih lapan bulan menetap di kawasan berkenaan.

Menurut saksi lagi sebaik kejadian teman lelaki mangsa terus menghilangkan diri dan masih dikesan.

Friday, July 11, 2014

Gerakan Israel menghapuskan rakyat Palestin

Israel guna senjata haram bunuh anak Palestin

HARAKAHDAILY | 10 Julai 2014.


GAZA: Penelitian pasukan doktor terhadap mayat rakyat Palestin yang syahid dalam serangan udara tentera zionis didapati ditembak dengan senjata yang diharamkan pihak antarabangsa.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf al-Qodra berkata, Israel telah menggunakan senjata pemusnah yang mengakibatkan kebanyakan anggota badan mangsa terbakar dan ada yang hancur sepenuhnya.

"Israel menggunakan senjata yang diharamkan antarabangsa dalam dua peperangan sebelumnya ke atas Gaza.

"Senjata-senjata yang sama sedang digunakan sekarang," kata al-Qodra.


Beliau menggesa organisasi hak asasi antarabangsa untuk mengheret Israel ke mahkamah jenayah antarabangsa atas pelanggaran yang berterusan, terhadap rakyat Palestin.

Sementara itu, beberapa saksi memberitahu, tentera isreal menggunakan peluru berpandu yang memusnahkan badan mangsa dan juga menyebabkan anggota badan mangsa terpotong seperti kepingan.

Ada juga beberapa aktivis mendakwa, keadaan badan mangsa yang bertukar menjadi arang menunjukkan seolah-olah senjata kimia turut digunakan.

Israel telah melancarkan serangan udara terhadap Gaza tidak henti-henti sejak Selasa, di mana 53 rakyat Palestin terbunuh setakat ini.

Lebih kejam, mereka turut mensasarkan orang awan termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.

 - HARAKAHDAILY 10/7/2014

Saturday, August 24, 2013

Wak tak heran apebile due orang mate2 ni di bebaskan ....................

Dah memang dari mule lagi Wak dah agak ke due2 orang mate2 ni pasti akan di bebaskan dari tuduhan nye. Sangkean Wak yang pertame ialah di sebabkan tidak ade sebab mate2 ni nak membunuh dengan tidak tentu pasal. Makne nye ke due2 orang mate2 ni di tuduh membunuh tanpa sebab!

Sangkean kedue bahawe ke due2 mate2 ni tidak ade kaitan langsung dengan simati tu. Maksud nye mereke tu tidak pernah kenal antare satu same lain. Sebenar nye ade banyak lagi sebab2 mengape due orang mate2 ni tidak patut di jatuhkan hukuman mati.

Kesimpulan nye, dalam kes ni tidak ade barang sesiape pun yang tahu siape pembunuh yang sebenar nye. Hanye Allah sahaje yang mahe mengtahui nye. Pade pendapat Wak, selepas due orang mate2 ni di bebaskan, kes ini jangan di tutup begitu saje. Pehak yang berwajib dan berkenaan harus meneruskan penyasatan untuk mencari siape kah pembunuh yang sebenar nye.

Wak yakin bahawe pehak yang berkase dalam kes pembunuhan ini pasti akan dapat menyelesaikan kes ini. Perkare ini patut di selesaikan dengan segere demi menjage name baik negare.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-