Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Friday, December 1, 2023

Tergamak bunuh 15 anak kucing

hmetro.com.my
Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
ANTARA gambar tular anak-anak kucing yang didakwa mati akibat dilemaskan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kuala Lumpur: Tindakan amat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila ada individu sengaja membunuh 15 ekor anak kucing dengan cara melemaskan semua haiwan itu.

Kejadian itu dikongsi Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) tadi, susulan tular gambar haiwan dibunuh itu di media sosial hingga mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia SAFM Kalaivanan Ravichandran berkata, pelakuan kejam terhadap anak kucing itu dipercayai dilakukan di Pasar Borong Jerantut, Pahang.

Menurutnya, berdasarkan gambar dikongsikan, anak-anak kucing itu ditemui mati berselerakan di lantai dan rumput.

"Jika benar semua kucing ini mati dibunuh, ia sesuatu yang amat menyedihkan.

"SAFM menggesa saksi kejadian supaya membuat laporan kepada Jabatan Veterinar Malaysia (DVS) atau polis untuk tindakan sewajarnya diambil.

"Pesalah jenayah kejam ini perlu disiasat sebelum lebih banyak haiwan atau manusia menjadi mangsa," katanya.

Beliau berkata, SAFM amat kesal dengan kekejaman dilakukan itu.

"Walaupun mangsa kejadian ini hanyalah haiwan, namun makhluk ini berhak untuk hidup dan mempunyai keupayaan merasai sakit dan derita.

"Rakyat perlu sedar bahawa semua haiwan di Malaysia adalah dilindungi dari kekejaman mengikut Seksyen 30, Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman penjara 3 tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali ke atas pelaku," katanya.

Sunday, June 17, 2018

Beraya dengan 7 kucing

Norrasyidah Arshad
norrasyidah@nstp.com.my

KUCING peliharaan Asmah mengisi kekosongan hidup tidak mempunyai anak.

MOHD Ngadani dibantu isterinya menyiapkan tempat baring.

Kuala Langat:  Walaupun usia perkahwinan sudah lebih 30 tahun dan tidak dikurniakan cahaya mata, tetapi pasangan warga emas, Mohd Ngadani Mokhtar, 62, dan Asmah Amsar, 68, tetap ceria menyambut Aidilfitri bersama kucing peliharaannya.

Sambutan Hari Raya mereka itu ceria dengan kehadiran tujuh ekor kucing yang diberi mana Noni, Uji Rashid, Cok Mat, Bujan Kelanang, Pak Mat Parang Tajam, Akak dan Saerah.

Pasangan berkenaan yang juga kali pertama menyambut Aidilfitri tanpa adik perempuan Asmah yang tinggal dengannya sejak 30 tahun lalu tetapi meninggal dunia sehari sebelum Ramadan lalu.

Selain itu, pasangan berkenaan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan tidak menjadikan kedaifan yang mereka alami sebagai penyebab memudarkan kasih sayang antara mereka berdua.

Untuk menceriakan kehidupan seharian mereka, Mohd Ngadani yang kini tidak mampu berjalan serta Asmah yang sudah semakin dimamah usia memelihara tujuh ekor kucing dan dijaga seperti anak kandung mereka sendiri.

Dengan membahasakan diri sebagai ‘mak’ dengan haiwan peliharaannya itu, Asmah berkata, kucing berkenaan banyak mengisi ‘kekosongan’ dalam kehidupan mereka berdua.

“Anak-anak (kucing) ini faham apa yang mak cik dan pak cik katakan. Bila minta dicium, ia datang dan cium mak cik dan bila dimarah mereka menjauh.

“Lagi terharu, ketika mak cik berehat apabila penat dan anak-anak ini datang ‘memicit’,” katanya.

Asmah berkata, semua kucing yang dipeliharanya itu adalah kucing jalanan yang dikutipnya.

Katanya, dia dan suami tidak sampai hati untuk membiarkan semua kucing itu hidup tanpa jagaan dan sebab itulah mereka berdua mengutip dan membawanya pulang.

“Walaupun kami orang susah, saya dan suami sedaya-upaya membela kucing ini dengan cara kami.

“Apa yang kami makan, yang itulah juga kami berikan dan kadang-kadang, mak cik belikan makanan kucing untuknya,” katanya.

Bercerita mengenai sambutan Aidilfitri, Asmah yang lebih dikenali sebagai Leha berkata, sambutan Aidilfitri disambut ala kadar dengan apa yang ada.

Dia mengakui Aidilfitri kali ini tidak semeriah seperti sebelum ini selepas kehilangan adik perempuannya.

“Walaupun kami kerap bergaduh dan tidak sependapat ketika arwah adik masih ada, itulah yang membuatkan kami semakin erat dan mak cik makin rindu kepadanya.

“Jika orang lain sambut dengan gembira, makcik dan pakcik sambut dengan air mata. Tiada apa lagi yang kami harapkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Jun 2018 @ 6:56 AM

Friday, February 26, 2016

Ramai tak tahu Islam melarang jual beli kucing - Fathul Bari

KUCING adalah haiwan kesayangan ramai orang. Trend memelihara kucing juga dilihat semakin meningkat pada hari ini.

Bagaimanapun ada sesuatu yang ramai orang tak tahu iaitu membeli dan menjual kucing dilarang dalam Islam.

Perkara ini dimaklumkan oleh Yang Dipertua Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) Dr Fathul Bari Mat Jahya.
Berikut antara penerangan Dr Fathul yang turut dimuatnaik dalam bentuk video di YouTube:

Dari Abu Az Zubair, beliau berkata bahawa beliau pernah menanyakan pada Jabir mengenai hasil penjualan anjing dan kucing. Lalu Jabir mengatakan,

زَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang keras hal ini.” [HR. Muslim no. 1569].

Abu Muhammad Ibnu Hazm mengatakan bahawa yang dimaksud dengan ‘zajar’ dalam hadis di atas adalah larangan keras. [Al Muhalla, 9: 13]

Lagi dari Jabir, beliau berkata,

أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dari hasil penjualan anjing dan kucing.”[HR. Abu Daud no. 3479, An Nasai no. 4668, Ibnu Majah no. 2161 dan Tirmidzi no. 1279. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih]. – MYNEWSHUB.CC

Thursday, December 31, 2015

Kejam....... Ditetak berkali-kali sehingga terburai

TANPA perikemanusiaan, seekor kucing menerima azab apabila badannya ditetak berkali-kali dengan objek tajam sehingga menampakkan isi dagingnya.

Tidak diketahui apakah punca sebenar, kucing yang bergelar Tam itu telah dijumpai oleh pemiliknya ketika dia hendak memberikan haiwan tersebut makanan.

Pemiliknya yang terkejut dengan keadaan haiwan kesayangannya itu terus bergegas membawanya ke klinik veterinar berhampiran dan mujurlah doktor memberitahu bahawa kecederaan yang menimpa haiwan terbabit tidak mengakibatkan kepatahan tulang.


Posting berkaitan kejadian kekejaman terhadap haiwan kesayangan Rasulluah ini telah membuat netizen di media sosial mengecam tindakan pelaku yang disifatkan keterlaluan.

Meskipun haiwan tersebut ada melakukan sesuatu yang diluar dugaan kepada pelaku, sanggupkah anda menetak haiwan tersebut sehingga ‘terburai’ seperti ini?

Adalah berdosa besar bagi sesiapa yang melakukan penganiayaan sesama makhluk tuhan.

Menurut maklumat, Tam menerima puluhan jahitan dan dilaporkan semakin sihat yang kini berada dalam jagaan pemiliknya.-MYNEWSHUB.CC

Wednesday, February 4, 2015

Apakah dosa kucing-kucing ini........?

Beribu-ribu kucing ditanam hidup-hidup

Gambar ini diambil pada 27 Jan 2015, menunjukkan kucing yang masih hidup diangkut dalam sebuah trak di Hanoi. Foto: AFP

HANOI, 4 Februari:

Pihak berkuasa Vietnam telah mengkebumikan beribu- ribu kucing yang ditangkap, lapor AFP.

Ramai percaya kucing-kucing itu masih hidup pada masa pengkebumian selepas ia diseludup dari China untuk perdagangan kucing secara haram di negara ini.

Sebuah trak yang mengandungi tiga tan kucing yang masih hidup disumbat ke dalam peti buluh telah ditahan Selasa lepas di Hanoi, di mana polis pada mulanya belum membuat keputusan bagaimana untuk menguruskan kucing-kucing tersebut.

Tetapi pada hari Rabu seorang pegawai polis kepada AFP mereka telah kebumikan kucing-kucing itu mengikut undang-undang Vietnam atas barang yang diseludup.

“Kucing berkenaan dari China, tanpa kertas asal rasmi dan tidak ada jaminan,” kata seorang anggota polis yang tidak mahu namanya disiarkan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/global/2015/02/04/beribu-ribu-kucing-ditanam-hidup/#ixzz3QmPqfETR

Saturday, November 8, 2014

Lebih seminggu tak balik......beginilah keadaan nya bile ditemui.



Seminggu lebih anak kesayangan Wak ni tak balik ke rumah. Jenuh mencari nye kesana kemari, cuma repot polis aje yang belum di buat.

Dengan berkat doa siang dan malam akhir nya dia balik juga. Kalau tuan/puan nak tahu beginilah keadaan nya - lihat poto kat atas ni.

Agak2 nya apa le yang nyebabkan nya jadi begini.........???

Friday, July 4, 2014

Lagi kes buang bayi...... kali ni berlaku betul-betul di rumah Wak


Selame ni Wak ingat manusie saje yang pandai buang bayi. Tapi kali ni Wak sungguh terkejut apebile salah se ekor kucing Wak yang mengandung dengan tibe2 aje perut nye jadi kempis. Wak pun cube mencari tempat di mane dia melahirkan anak nye itu.

Puas Wak mencari tetapi tidak terjumpe, akhir nye Wak di kejutkan dengan terjumpe nye dende yang menyerupai anak tikus yang di hurungi oleh semut diluar pintu belakang rumah. Setelah di amati rupr2 nye lembage ni ialah anak kucing yang lahir belum cukup bulan.

Inilah kali pertame Wak terjumpe kes yang sedemikian rupe. Mungkin kah kucing ini keguguran yang menyebabkan anak nye dilahirkan belum cukup bulan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-