Showing posts with label biadap. Show all posts
Showing posts with label biadap. Show all posts

Thursday, July 29, 2021

Ahli parlimen DAP harus minta maaf pada PM, rakyat – Mohamad

suaramerdeka.com
Home
MOHAMAD HASAN

AHLI Parlimen DAP yang bersikap biadab kerana tidak menghormati saat bertafakur dan membaca surah al-Fatihah kepada mangsa Covid-19 dalam Dewan Rakyat digesa untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan rakyat Malaysia.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ahli Parlimen DAP yang dirakam menjerit dan mengganggu ketika saat bertafakur dan membaca al-Fatihah yang dianjurkan oleh Muhyiddin merupakan perbuatan tercela dan jelik.

“Umat Islam dan rakyat Malaysia sangat tersinggung dengan tindakan biadab beberapa Ahli Parlimen DAP yang tidak menghormati saat bertafakur yang dianjurkan oleh Perdana Menteri semasa persidangan Parlimen dua hari lepas.

“Ketika Perdana Menteri membaca surah Al Fatihah dan menyatakan rasa dukanya terhadap kehilangan begitu banyak nyawa akibat pandemik ini, pemimpin DAP dan rakan-rakannya terus berteriakan dan menggangu Perdana Menteri.

“Tiada sedikitpun rasa hormat dan sopan kepada seruan bertafakur dan berdoa. Apa lagi terhadap seorang Perdana Menteri,” kata Mohamad.

Beliau menegaskan sikap yang ditunjukkan oleh ahli parlimen DAP tersebut bercanggah dengan peribadi masyarakat Malaysia yang teguh dengan nilai dan moral.

Mohamad berkata, Parlimen tidak sepatutnya menjadi tempat perbuatan biadab terhadap agama dan bangsa.

“DAP harus meminta maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan seluruh umat Islam serta rakyat Malaysia atas tindakan tidak sopan mereka itu.

“Parlimen Malaysia tidak boleh menjadi tempat agama dan nilai terbaik bangsa menjadi sendaan dan perbuatan biadab,” kata Mohamad.

Isnin lalu rakyat Malaysia terkejut dengan tindakan segelintir ahli parlimen DAP yang memekik dan menjerit ketika Muhyiddin dan ahli parlimen lain bertafakur dan membaca al-Fatihan kepada mangsa Covid-19 sebagai pembuka Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, ahli-ahli parlimen DAP bangun dan terus menjerit-jerit tanpa menghiraukan Muhyiddin dan ahli parlimen lain yang sedang membacakan surah Al-Fatihah.

“Point of order, point of order,” kata mereka untuk menghalang Muhyiddin meneruskan ucapan.

-SM

Saturday, October 19, 2019

Kalah kampus tua kepada desakan DAP

NUR HASMIRA MOHAMAD 
19 OCTOBER 2019

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) hari ini mengumumkan pihak universiti tidak menahan atau menarik balik ijazah dan transkrip akademik Wong Yan Ke yang berkelakuan biadab di pentas istiadat konvokesyen UM, pada 14 Oktober lepas.

Malah aktivis mahasiswa itu dimaklumkan boleh mengambil transkrip akademik dan ijazahnya pada bila-bila masa bermula 18 Oktober.

Bekas aktivis mahasiswa dan juga graduan UM, Dr Riduan Mohamad Nor meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan keputusan pentadbiran UM kerana tidak berani mengambil tindakan terhadap aktivis mahasiswa biadab itu.

"Sebagai graduan kampus tua ini saya merasa malu dan tertampar, menarik nafas panjang. Kalah akhirnya kampus tua bukan nyanyuk ini kepada desakan DAP dan talibarut mereka.

"Walaupun 100, 000 rakyat negara ini menandatangani petisyen sokongan supaya tindakan tegas diambil terhadap Yan Ke. Pasca kejadian memalukan itu, Yan Ke terus mencabar dan meremehkan Naib Canselor UM," katanya.

Ujarnya, keputusan ini menggambarkan kelemahan pentadbiran UM yang seolah tunduk kepada anak didik DAP itu sekali gus mengangkatnya sebagai wira walaupun bersikap biadab di dalam majlis istiadat rasmi UM.

Berkongsi pengalaman sewaktu menjadi aktivis mahasiswa suatu ketika dulu kata Riduan, rakan baiknya dilarang menyertai konvokesyen UM atas kesalahan menyertai bantahan konsert maksiat di Padang UIA yang terletak di Petaling Jaya.

"Kami membantah satu konsert di Padang UIA Petaling Jaya, kolaborasi teman-teman aktivis UIA dan UM, kami menyerbu pentas utama konsert.

"Saya antara dalang demonstrasi tersebut ‘terlepas’ kerana saya berjaya memboloskan diri daripada kepungan pihak keselamatan pada malam kejadian.

"Sahabat baik saya itu yang ditahan pihak keselamatan bahkan dibicarakan di mahkamah pentadbiran kampus.

"Beliau menerima hukuman tak dibenarkan menyertai konvokesyen pada tahun tersebut, malah dianjakkan masa untuk mengambil transkrip.

"Anak kedah itu akhirnya menyambung ijazah master di bumi Urdun dan kini menjadi tokoh penting di sebuah kampus tempatan," ceritanya.

Katanya, ironisnya nasib Yan Ke tidak sama dan secerah graduan UITM, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi yang pernah digantung diplomanya selama dua tahun atas kesalahan berswafoto di atas pentas konvokesyen sekitar tahun 2015.

Perbuatan Muhammad Hasrul waktu itu dianggap sebagai tidak menghormati etika ketika majlis konvokesyen UITM.

Waktu itu katanya, tiada pemimpin Melayu dan Muslim yang melalak dan bertekuk lutut mempertahankan Haris kerana mereka semua memahami etika dan peraturan kampus.

"Itulah membezakan kita dengan bangsa DAP, tak faham lagi?" tegasnya. 

HARAKAHDAILY 
   19/10/2019

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-