Showing posts with label kenaikan kos sara hidup. Show all posts
Showing posts with label kenaikan kos sara hidup. Show all posts

Saturday, February 18, 2023

Harga makanan dijangka terus meningkat tahun ini

PELBAGAI barangan makanan dipamerkan pada rak sebuah kedai runcit di San Anselmo, California pada 10 Februari lalu. -- AFP .

Oleh KOSMO!
18 Februari 2023, 8:15 am

GENEVA — Syarikat makanan terbesar dunia, Nestle menyatakan bahawa harga makanan ruji dijangka terus meningkat pada 2023 dan memberi amaran kepada pengguna tentang lebih banyak kesulitan yang bakal dihadapi oleh isi rumah, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Harga kopi Nescafe dan bar coklat KitKat telah dinaikkan sebanyak 8.2 peratus pada 2022, tetapi langkah itu tidak mampu mengimbangi kenaikan kos yang menjejaskan keuntungan.

“Kami berada dalam situasi di mana kami masih membaiki margin kasar dan seperti pengguna lain di seluruh dunia, kami dilanda inflasi dan cuba membaiki kerosakan yang berlaku,” kata Ketua

Pegawai Eksekutif Nestle, Mark Schneider kepada pemberita kelmarin.

Kenaikan harga akan dilaksanakan apabila berlakunya ‘inflasi kos input’, tambah Schneider, namun beliau enggan menyatakan produk mana yang akan terjejas. Syarikat itu memiliki 2,000 jenama merangkumi makanan sejuk beku, gula-gula dan susu formula bayi.

Antara syarikat barangan pengguna yang menaikkan harga barangan tahun ini termasuk Unilever (UL), Coca-cola (KO), Heineken (HEINY), Colgate (CL) dan Protector & Gamble (PG) yang membuat lampin Pampers serta syampu Pantene.

Syarikat-syarikat itu bergelut dengan kos komoditi, tenaga dan buruh yang tinggi.

Kos bahan mentah seperti tenaga, produk tenusu dan bijirin kekal tinggi walaupun sudah surut daripada kemuncaknya. Kos buruh dan logisitik juga dilaporkan meningkat.

Ia menyebabkan harga barangan di kedai-kedai tidak akan turun dalam masa terdekat.

“Kami mungkin melepasi kemuncak inflasi tetapi harga barangan belum mencapai harga kemuncak,” kata pegawai kewangan Unilever, Graeme Pitkethly dalam satu sidang video bersama wartawan

Makanan termasuk aiskrim akan menyaksikan kenaikan harga yang ketara pada 2023, kata Ketua Pegawai Eksekutif Unilever Alan Jope pada sidang sama.

Unilever berpangkalan di Britain dan mengeluarkan mayonis Hellman, kiub stok Knorr dan ais krim Ben & Jerry telah menaikkan harga produknya sebanyak 13.3 peratus dalam tempoh masa tiga bulan terakhir 2022, kenaikan harga suku kelapan berturut-turut. 

– Agensi

Wednesday, January 1, 2014

Kite tunggu ape pule menteri UMNO nak kate tentang perkare ni............


Terlebih dulu Wak ucapkan selamat nyambut yahun baru 2014. Tahun 2014 ni memang nye akan menjadi tahun yang paling mencabar bagi rakyat Malaysia.

Kunun khabar nye kite akan menghadapi tusnami kenaikan barang dan kos sara hidup. Wak tak fikir perkare ni akan terjadi, sebab nye kerajaan BN sudah pun bersedie dengan ber bagai2 care untuk menghadai 'tsunami' kenaikan barang dan kos sara hidup ni.

Ape yang nak di susahkan, kan ke kite pasti akan menerime BR1M yang akan di naik kan ber peringkat2 sehingge ke RM2000.  Lagi pun kite ade banyak menteri2 yang bijaksame bagi menangani segale masalah yang berkaitan dengan kenaikan harge dan kos sara hidup ni.

Dulu ade menteri UMNO nasihatkan kite supaye 'jangan makan ayam kalau ayam mahal, makan ikan aje' kate nye.  Kalau tol mahal, jangan lalu pade jalan yang ade tol, gune jalan lain yang tak de tol. Nasihat dari pemimpin2 UMNO ni memang nye bijak dan kite semue patut menghargai nye.

Tahun baru ni pasti ade pemimpin UMNO yang nasihatkan rakyat supayr pakai pelite minyak tanah kerane tarif elektrik sudah naik. Berkenaan kenaikan tambang bas sekolah pule kite tak perlu tunggu nasihat dari menteri2 UMNO tu, sebab jawapan nye orang bodoh dungu pun dah tau - "berjalan kaki kesekolah", jawapan nye kan ke sangat mudah. Tak payah tunggu2 lagi jawapan dari menteri2 UMNO!


ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-