Showing posts with label kerajaan Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label kerajaan Barisan Nasional. Show all posts

Tuesday, September 5, 2017

Ketirisan ekonomi ibarat tempayan bocor, tetap akan bocor walau ada GST

05 September 2017 | DALIA ISMAIL


Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya menjadi punca kepada ketirisan ekonomi negara hari ini kerana kegagalan tadbirurus negara hingga kerajaan terpaksa melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat, demikian pandangan ahli Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini.

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini membincangkan beberapa perkara antaranya sebulat suara mengecam kenyataan di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Menteri Kewangan semalam, bahawa bagi mengukuhkan ekonomi negara antaranya pelaksanaan GST ke atas rakyat negara ini.

Menurut Pengarah Strategi AMANAH Dr Zulkifly Ahmad kenyataan perdana menteri sebelum ini dengan kutipan RM42bilion cukai ke atas rakyat hanya semata-mata untuk menyelamatkan ekonomi negara sudah pun jelas menunjukkan kegagalan pentadbiran kewangan kerajaan.

“Mengapa GST dilaksanakan kerana kegagalan pengurusan pentadbiran kewangan di era Datuk Seri Najib sebagaimana kegagalan menguruskan 1MDB dan Felda.

“Jika beliau mengatakan jangan dengar dakyah pembangkang mengenai GST beliau telah buat penafian jelas kerana kelemahan pentadbiran beliaulah telah dikenakan GST sebanyak 6 peratus,” ujarnya.

Dr Dzulkifly memetik kajian yang pernah dibuat oleh (Malaysian Institiut Ekonomic Research (MIER) beliau berkata, sentimen pengguna menunjukkan kemerosotan ke paras 86 pertus kerana tekanan hidup rakyat kesan daripada pelaksanaan GST ke atas rakyat.

“Sama ada golongan miskin, kaya, warga emas, kanak-kanak telah dikenakan cukai. Ini kerana kegagalan urus tadbir kewangan negara.

“Jika dilihat pada 2006 hutang kerajaan RM306 bilion tetapi di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib melonjak RM655 bilion setiap tahun beliau kembali ke Parlimen untuk minta tambahan bajet.

“Pandangan kami dalam PH selagi ketirisan tidak ditangani, macam tempayan bocor...macamana pun kita cuba tingkatkan ekonomi dengan pengenalan cukai GST tidak dapat memenuhi tempayan itu kerana ia tetap bocor. Dan bebanan akan ditanggung rakyat,” ujarnya.

Majlis Setiausaha PH merujuk kepada kenyataan Najib semalam, ketika bercakap pada sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dipetik berkata, antara lainnya kerajaan tidak boleh membelanjakan kesemua wang yang ada kerana jika kerajaan berbuat demikian, ia bakal berdepan masalah kewangan.

"Kalau semua nak tambah peruntukan, duit bukan datang dari langit. Kita perlukan hasil untuk negara, sebab itu kita laksanakan GST (cukai barang dan perkhidmatan).

"Kalau kita hapuskan GST yang banyak digunakan untuk (membiayai) keperluan rakyat terutama wanita seperti program kesihatan dan kemahiran, apa lagi yang boleh kita buat?" kata Najib.

Justeru, Najib meminta rakyat supaya tidak termakan dengan kata-kata pembangkang yang mahu hapuskan GST kerana ia hanya cakap kosong untuk meraih sokongan.

Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin pula menjelaskan, kenyataan Najib itu begitu ironi terhadap golongan wanita kerana golongan wanita memegang kuasa pembeli terbesar berbanding golongan lelaki.

“Ini satu kenyataan ironi daripada Datuk Seri Najib kerana wanita adalah pengguna terbesar kerana terpaksa membiayai kos membeli barangan pengguna untuk keperluan keluarga.

“Wanita dibebankan dengan begitu teruk sekali dan perdana menteri kata kerana “gst lah adanya program wanita’ . Ia satu penghinaan bagi golongan wanita yang dimangsakan dalam isu ini. Sebenarnya ia tidak munasabah dan kerajaan perlu cari jalan bantu golongan wanita,” ujarnya.

Manakala Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dengan nada sinis mengucapkan taniah kepada Najib kerana hanya dengan GST ujarnya, perdana menteri dapat menyelamatkan ekonomi negara.

“Nak ucap terima kasih pada Datuk Seri Najib kerana umum hanya GST dapat penyelamatkan ekonomi negara, yang difahami maksudnya ekonomi dah teruk melalui cukai rakyat untuk selamatkan negara.

“ Bukan dengan menambahkan pengeluaran dalam negara tetapi formula Najib ialah mengenakan cukai ke atas rakyat...pengakuannya bahawa tangannya telah merosakkan ekonomi negara. Sama ada dia sedar atau inginkan begitu atau mengakui sebenarnya ekonomi negara telah rosak,” ujarnya.

Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini dipengerusi oleh Datuk Saifuddin Abdullah turut mengumumkan berkaitan sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan pada 16 September dilakukan serentak di Alor Setar, Kuching dan Kota Bahru.

Selain itu turut diumumkan Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi yang akan diadakan pada 14 Oktober di Padang Timur berhadapan dengan Amcorp Mall Petaling Jaya.

Thursday, July 13, 2017

Tsunami politik Melayu, cerita dongeng Muhyiddin

Oleh: NAJAMUDDIN MOHD NOR
12 JULAI: Pembangkang dipercayai sedang melancarkan ‘perang saraf’ ke atas Kerajaan Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk menyembunyikan kepincangan dalaman mereka susulan mendakwa tsunami politik Melayu bakal berlaku pada pilihanraya umum (PRU) nanti.

Ahli Parlimen Bagai Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyifatkan lontaran dakwaan oleh Pengerusi PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sengaja dicetuskan bagi mempengaruhi rakyat terutama pengundi atas pagar untuk menyokong mereka.

“Kita dah tahu pembangkang ini memang kerja dia nak hasut rakyat benci BN. Mereka nak jatuhkan BN sehingga sanggup buat cerita karut demi meraih undi rakyat pada PRU nanti.

“Setakat ini pembangkang tidak sepakat dan tidur sebantal tapi mimpi lain-lain, jadi lebih baik mereka lancarkan strategi memesongkan dan mengelirukan fahaman rakyat tentang kebaikan yang telah rakyat nikmati melalui kerajaan selama ini,” katanya kepada BNBBC. my portal, Rabu.

Dr Noor Azmi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin semalam bahawa kononnya UMNO bakal hilang rentak dalam pilihan raya disebabkan tsunami politik Melayu dijangka berlaku.

Sementara itu, wakil rakyat UMNO itu juga melihat pembangkang sudah menyedari mereka kehilangan momentum politik.

“Muhyiddin tidak ada modal politik, boleh dikatakan pembangkang gersang modal. Saya tak tahu daripada mana dia boleh berkata begitu. Amat dangkal dan tidak berasas.
“Saya percaya, pakatan pembangkang mula panas bontot apabila kejayaan demi kejayaan dicipta Perdana Menteri untuk rakyat, dan ini semakin menenggelamkan momentum populariti dan politik mereka di mata rakyat.

Tambah Dr Azmi (foto) keadaan pembangkang terutama PPBM yang bertelagah sesama sendiri turut menyebabkan persiapan mereka menghadapi PRU terbantut.

“Jadi lebih eloklah Muhyiddin jaga dan selesaikan parti dia sendiri daripada membuat cerita dongeng dan karut. Jangan cakap banyak, parti sendiri pun tidak terjaga,” bidasnya lagi.

Saturday, March 18, 2017

BN akan bentang RUU 355 di Parlimen, kata Zahid

FMT Reporters
March 18, 2017

Zahid berkata, perkembangan itu memperlihatkan kerjasama kerajaan BN dengan 'rakan baru' yang pernah menjadi musuh politik suatu ketika dahulu.
PETALING JAYA: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan membentangkan sendiri rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di sidang Parlimen kali ini, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dipetik Utusan Malaysia berkata, tindakan itu selaras hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang begitu komited mengetengahkan hasrat berkenaan tanpa mengganggu-gugat kepentingan kaum dan agama lain di negara ini.

Timbalan pengerusi BN itu berkata, perkembangan itu memperlihatkan kerjasama kerajaan BN dengan “rakan baru” yang pernah menjadi musuh politik untuk bersama memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan bangsa.

“RUU 355 akan dibentang sendiri oleh kerajaan di Parlimen tidak lama lagi. Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita.

“‘Kawan baharu’ kita ini mungkin dulu musuh politik kita, tapi mereka sudah faham untuk sama-sama tangani masalah (berkaitan Islam) dengan tidak mengetepikan agama lain,” katanya dipetik akhbar itu hari ini.

Ahad lalu, Najib dilaporkan berkata, kerajaan pimpinan BN mengutamakan langkah mendahulukan rakyat dalam sebarang kerjasamanya dengan PAS demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Katanya, pemimpin parti berkenaan perlulah mengetepikan ideologi sempit politik kepartian dalam jalinan kerjasama sedemikian kerana ia tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak.

RUU 355 pertama kali dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

Ahli Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Thursday, December 12, 2013

Rezeki yang datang menggolek setiap 5 tahun sekali.............


Bersyukur sesangat le aku hidup di bawah naungan kerajaan Barisan Nasional ni, Ayor pecume, api pecume, road-tek dan tol pun tak kene, petrol takyah beli. GST tu pun kite tak tau ape bende natang nye.

Tub, tub kat pilihan raye telambak duit BR1M kat depan mate terus masuk dalam kocek. Ape lagi yang kite nak kan? Kan ke tu rahmat kemewahan yang di berikan oleh kerajaan BN?

Haraf2 nye biyo le kerajaan BN ni terus memerintah kite sampai kiamat........
Kami juge bersyukur kerane kerajaan BN ni sudi mengantar wakil2 nye datang melawat dan bawe buah tangan setiap 5 tahun sekali, tersangat lah besar nye makne pemberian dari pemimpin2 kerajaan BN ni..........

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-