Showing posts with label korup. Show all posts
Showing posts with label korup. Show all posts

Monday, February 22, 2021

Gantikan 'pemimpin korup' Umno, prospek Bersatu pun pudar - Kadir

malaysiakini.com
Diterbitkan 22 Feb 2021, 10:27 am

Bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin, berkata apa yang diperlukan oleh Umno ketika ini ialah menyingkirkan pemimpin mereka yang "korup" dan bermasalah.

Selepas itu katanya Umno perlu mengisi tempat tersebut dengan tokoh yang bersih muda dan berwibawa.

Dalam keadaan begitu, kata Tokoh Wartawan Negara terbabit, bukan saja harapan Umno untuk pulih seperti sebelum ini akan lebih cerah, malah memudarkan potensi Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

"Tapi kalau pucuk pimpinan Umno terus hipokrit dan setia kepada bos-bos yang bermasalah, parti itu akan ditolak oleh akar umbinya sendiri," kata A Kadir dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Hubungan Umno dan Bersatu kini dilihat sangat bermasalah di sebalik hakikat kedua-dua parti itulah yang membentuk kerajaan PN bersama sokongan PAS serta parti dari Sarawak dan Sabah.

Majlis Tertinggi (MT) Umno sudah menerima usul menamatkan kerjasama berkenaan dan hanya menunggu masa untuk resolusi itu disahkan oleh perhimpunan agung parti berkenaan.

Bersatu kini dipimpin presidennya Muhyiddin Yassin yang sebelum ini dipecat daripada Umno kerana bersikap lantang terhadap Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Pada masa sama sejumlah ahli parlimen Umno sudah menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin menjadikan keabsahan ahli parlimen Pagoh itu sebagai perdana menteri dipertikaikan.

A Kadir adalah antara sebahagian tokoh Bersatu yang meninggalkan parti itu kerana tidak bersetuju dengan langkah Muhyiddin menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Feb tahun lalu.

Ada kuasa, ada duit pun kalah

Kata A Kadir antara pemimpin Umno yang bermasalah itu ialah Najib sendiri serta presiden sekarang, Ahmad Zahid Hamidi, yang sedang dibicarakan di mahkamah.

“Jadi adakah kepercayaan kepada Umno sekarang lebih baik? Tentunya tidak.

“Tetapi kalau Umno menyingkirkan pemimpin yang korup dan bermasalah dan menggantikannya dengan yang lebih bersih, muda dan berwibawa, harapan Umno pulih adalah lebih cerah dan sekali gus memudarkan prospeks Bersatu/PN," katanya.

Najib disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC) pada Julai tahun lalu.
Ahmad Zahid pula berhadapan dengan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Kenyataan A Kadir itu hadir selepas Umno dilaporkan membuat keputusan untuk mengakhiri kerjasama dengan Bersatu serta PN sebaik saja darurat berakhir.

Laporan yang memetik sumber itu berkata Ahmad Zahid membuat ketetapan itu dalam mesyuarat MT Umno yang berlangsung di Janda Baik, Pahang, pada Jumaat lalu.

A Kadir turut menceritakan komunikasinya dengan seorang rakan di Facebook yang menulis mengenai Umno.

Katanya dia menasihati rakannya itu supaya menyingkirkan “golongan kleptokrat” yang didapati bersalah dan yang sedang dibicarakan, kemudian memilih pemimpin yang bersih.

Kemudian katanya barulah ramai orang Melayu akan berjinak-jinak semula dengan Umno kerana mereka sebenarnya benci kepada pemimpin Umno terbabit.

“Dalam PRU 2018 Umno kalah kerana dakwaan rasuah terhadap Najib, isterinya Rosmah Mansor dan beberapa orang pemimpin parti itu.

“Ketika itu Najib masih berkuasa, ada banyak duit dan bebas daripada tindakan undang-undang. Itu pun Umno kalah,” katanya.

A Kadir juga menulis pesanan kepada salah seorang anggota MT Umno: "Najib punca Umno kalah. Ahmad Zahid akan menyebabkan Umno mati."

Sunday, July 14, 2019

Kit Siang: Saya tak pernah kata Dr M korup

News | Diterbitkan Hari ini 10:34 pagi


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata bahawa beliau tidak pernah menuduh Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang korup.

"Saya tidak pernah mengatakan bahawa dia seorang yang korup, anda boleh meneliti semua kenyataan saya, tetapi saya tidak pernah mengatakan bahawa Dr Mahathir seorang yang korup.

"Saya kata ada berlaku penyalahgunaan kuasa dan seumpamanya," kata Lim dalam wawancara bersama NST.

Ditanya sama ada beliau akan terus menggesa siasatan yang sebelum ini dibangkitkannya semasa tempoh pertama Mahathir sebagai perdana menteri (1981 hingga 2003), Lim mengaskan bahawa pembinaan Malaysia baru adalah lebih utama ketika ini.

"Saya fikir mari kita berurusan dengan pembinaan Malaysia yang baru. Saya tidak akan menarik balik satu perkataan yang saya katakan sebelumnya.

"Tapi dalam keadaan sekarang, anda perlu membina sebuah negara baru di Malaysia yang mempunyai kebebasan, demokrasi, keadilan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Lim turut berkongsi kisah ketika hari-hari awal kerjasama beliau dengan Mahathir, yang menunjukkan bagaimana kedua-duanya mengatasi kejanggalan.

"Suatu ketika sebelum pilihan raya Mahathir memberitahu saya: 'Duduk dengan kamu di khalayak ramai, saya akan kehilangan banyak undi Melayu'.

"Dan saya memberitahu Mahathir: 'Ya, saya pula akan kehilangan banyak undi bukan Melayu.

"Tetapi kita perlu berganding bahu," kata Lim.

Ditanya sama ada Mahathir memerlukan lebih banyak masa sebagai perdana menteri sebelum menyerahkan jawatan kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Lim berkata beliau tidak meragui janji Mahathir untuk menyerahkan jawatan.

Lim berpendapat bahawa pembuat keputusan dalam gabungan itu - dia bukan salah seorang daripada mereka - mempunyai jadual sendiri dan dia tidak mempunyai alasan untuk meragui peralihan kuasa akan berlaku.

"Tidak ada sebab untuk difikirkan sebaliknya dan saya tidak fikir kita perlu 'menambah garam'. Saya fikir 'menambah garam' adalah tugas wartawan dan penulis, bukan ahli politik," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan Abdul Hadi Awang yang sering mengaitkan DAP dengan agenda sosialisas dan komunis, Lim menyifatkan tindakan presiden PAS itu sebagai memomokkan partinya.

"Lenin, Stalin, Mao Zedong, Kim Il-sung dan Fidel Castro akan kecewa jika mereka tahu Hadi mengaitkan pemimpin sosialis seperti Jawaharlal Nehru, Nelson Mandela, Harold Wilson, Tony Benn dan Bob Hawke dengan komunisme.

"Saya fikir Hadi tidak mengetahui kebenaran, dia memomokkan DAP dan itu masalahnya," katanya.

Saturday, April 25, 2015

Sah, memang nya dah nyanyuk!

Tun M: Saya patut terus jadi Perdana Menteri
KUALA LUMPUR - "Kadang-kadang saya rasa saya patut terus jadi Per‎dana Menteri," demikian ujar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya lagi, walaupun sedar diri sudah tidak layak memegang jawatan tersebut, idea tersebut timbul sesekali apabila melihat keadaan negara yang semakin buruk.

"Kadang-kadang saya terfikirkan hal itu saat saya kecewa melihat banyak perkara yang tidak betul sekarang, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk merubahnya.

“Pada masa itu saya akan terfikir, kalaulah saya masih Perdana Menteri, tentu saya akan buat sesuatu,"katanya dalam program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Beliau dalam pada itu turut menegur segelintir masyarakat supaya jangan menyokong pemimpin yang korup.

“Kuasa menjadikan kita korup. Tetapi kalau kuasa itu tidak terhad..., kita akan jadi lebih korup daripada yang lain. Sebab itu apabila kita mempunyai kuasa, kita perlu selalu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa sedar diri.

“Mak saya selalu berpesan, jangan kita ambil (hak) orang punya. Ini menjadi panduan kepada saya sampai ke hari ini. Kita ambil hak orang lain. Kita fikir orang tidak akan tahu.. Tetapi kita lupa, ALLAH tahu,” katanya lagi sebelum disambut oleh sorakan dan tepukan gemuruh oleh penonton yang memenuhi dewan. - Sinar Harian

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=269902:tun-m-saya-patut-terus-jadi-perdana-menteri&Itemid=2#ixzz3YKJn8tHJ
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-