Showing posts with label minta maaf. Show all posts
Showing posts with label minta maaf. Show all posts

Saturday, August 24, 2024

Mohon maaf pada Melayu jika Umno gagal selama 60 tahun ini - Johari

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 24, 2024 6:13 PM
PAU 2024 | Umno perlu memohon maaf kepada orang Melayu sekiranya parti itu telah melakukan kesilapan semasa menerajui negara selama lebih 60 tahun, kata naib presiden Umno, Johari Abdul Ghani hari ini.

Semasa ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2024 hari ini, Johari mengingatkan perwakilan supaya tidak terlalu leka dengan kejayaan lampau mereka dan sejarah parti itu.

"Jika gagal dalam tanggungjawab kita selama 60 tahun, kita minta maaf kepada orang Melayu.

"Kita perlu bangkit dan jadikan Umno lebih dinamik, segar, bersih, sentiasa bersikap moderate, dan mesti lebih progresif dan mewakili semua rakyat Malaysia dan semua mereka yang tinggal dalam negara,” katanya.

[Berita penuh menyusul]
View Synonyms and Definitions

Tuesday, March 2, 2021

Jamal Yunos minta maaf pada Yeo

malaysiakini.com

Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan 2 Mar 2021, 10:29 am

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada bekas menteri sains dan alam sekitar Yeo Bee Yin.

Permintaan maaf Jamal itu sebahagian penyelesaian dalam tuntutan saman kerana memfitnah Yeo.

Jamal membacakan permintaan maaf daripada pernyataan yang telah disediakan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini di hadapan wartawan dan pegawai media yang lain.

"Saya sekarang mengakui bahawa YB Yeo Bee Yin seorang yang jujur dan telus dalam pengurusan wang Skim Mesra Usia Emas.

"Saya ingin memohon maaf kepada YB Yeo Bee Yin atas kesilapan saya ini. Saya minta maaf, YB Yeo Bee Yin," katanya.

Pada tahun 2017, Yeo memfailkan tuntutan di mahkamah terhadap Jamal atas tuduhan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Yeo, yang juga ahli parlimen Bakri, tidak hadir di mahkamah hari ini.

Awal hari ini semasa prosiding Mahkamah Tinggi terbuka, Hakim Rohana Ali Yusof merekodkan penyelesaian antara pihak terlibatseperti yang disampaikan oleh peguam mereka.

[Berita penuh menyusul]

Tuesday, March 6, 2012

Sempat mohon ampun dan maaf sebelum menemui ajal nye............

Wak peratikan perangai penyokong2 UMNO dan PR ni memang sangat jauh berbeza. Kebelakangan ni Wak terdengar pula tentang gangguan2 cerama PR oleh pencacai2 UMNO. Sebenarnya tindakan bodoh oleh pencacai2 UMNO ni akan menambah kan lagi kemarahan rakyat yang berfikiran waras terhadap UMNO.

Wak tak salahkan pencacai2 ni bertindak bodoh ni, kerana mereka tu memang nya terdiri dari kumpulan manusia yang sudah bodoh. Wak cuma rasa bersimpati terhadap kumpulan manusia jenis ini. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan dosa mereka.

Di atas insiden2 buruk yang di lakukan oleh pencacai2 UMNO ni, ianya telah memberi gambaran bertapa terdesak nya UMNO. Sebenar nya UMNO sudah dapat meramalkan untung nasib nya pada PRU13 akan datang ni. UMNO pasti tumbang tergolek.

PM sendiri sudah terasa bahawa ajal UMNO sudah hampir tiba, itu sebab dia awal2 lagi sudah mohon ampun dan maaf diatas kesalahan UMNO. UMNO bernasib baik kerana sempat mohon maaf sebelum menemui ajal nya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-