Showing posts with label pembalakan. Show all posts
Showing posts with label pembalakan. Show all posts

Wednesday, July 20, 2022

SURAT | Hutan Gunung Inas gondol sebelum tanam Musang King

malaysiakini.com
Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Diterbitkan: Jul 20, 2022 9:30 AM
Bekas menteri besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah telah bersuara dan menjelaskan hari ini bahawa idea asal penanaman Musang King di Gunung Inas, Kedah dilakukan dengan matlamat yang jelas, iaitu untuk memulihara kembali kawasan hutan tersebut yang telah bertompok, gondol dan musnah teruk akibat pembalakan.

Ini bermakna terdapat dua perkara penting yang sebenarnya melatari cadangan awal penanaman Musang King di situ.

Pertama, kawasan tersebut sudah sedia gondol. Telah berlaku aktiviti pembalakan dan penggondolan hutan di situ jauh lebih awal dengan kelulusan kerajaan negeri sebelumnya. Penggondolan dan pembalakan tersebut telah menyebabkan kerosakan serta kemusnahan yang teruk.

Maka, apabila mewarisi hutan yang sedia gondol dan rosak, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri pada masa itu (di bawah pentadbiran Ahmad Bashah) untuk mencari jalan menghijaukan semula bukit dan ia mesti dilakukan dengan segera dan besar-besaran.

Jika tidak, kawasan tersebut dirasakan akan terus rosak dan tidak akan pulih dengan sendiri. Atas dasar itu, kerajaan negeri ketika itu bersetuju untuk menghijaukan kembali kawasan tersebut dengan projek penanaman semula pokok.
Ahmad Bashah Abu Hanipah
Kedua, tanaman Musang King menjadi pilihan kerana ia akan bersifat serampang dua mata. Ia berupaya menghijaukan kembali kawasan yang telah gondol dan pada masa sama berpotensi memberi pulangan kepada negeri.

Ini bermakna isu ini mesti dilihat dengan lebih jauh. Ia bukan sekadar isu penanaman durian di kawasan bukit. Tetapi keadaan gunung Inas yang telah dibiarkan rosak dan botak akibat penggondolan hutan dan pembalakan sebelumnya.

Tanpa projek dan idea penanaman durian itu sekalipun, kawasan tersebut sudah sangat berisiko memberi ancaman kepada kawasan sekelilingnya.

Perkara ini mesti diperhalusi, disiasat dan diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri hari ini serta oleh semua pihak termasuklah kerajaan persekutuan.

Pendedahan yang memberikan fakta dan keadaan sebenar mesti dibuat dengan telus dan lengkap. Jika tidak, kita akan terlepas daripada melihat punca sebenar.

Tanpa mengetahui punca sebenar (iaitu penggondolan hutan dan pembalakan), isu sebegini akan terus berlaku dan kita akan terus melihat kepada perkara yang tidak pun menjadi punca masalah.

Saya harap semua pihak akan bersikap adil, terbuka dan objektif dalam meneliti isu ini dan tidak membiarkannya dilihat atau dinilai secara separuh dan tidak lengkap.

SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN adalah timbalan ketua Umno Merbok dan bekas setiausaha politik Ahmad Bashah.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Wednesday, February 6, 2019

Exco Perak tak tahu bagaimana pembalakan di Gerik lulus

Faiz Zainudin
-February 6, 2019 5:07 PM

3
Papan tanda amaran yang diletakkan di sekatan yang Orang Asli Kampung Tasik Cinex dirikan bagi menghalang pembalak di Gerik. (Gambar Peka)

PETALING JAYA:  Exco Perak yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar mendedahkan dia tidak tahu bagaimana pembalakan berdekatan penempatan Orang Asli di Gerik diluluskan, susulan aduan daripada penduduk mendakwa kerajaan negeri menceroboh kawasan mereka.

Prof Abdul Aziz Bari berkata dia maklum tentang aduan terhadap pembalakan berdekatan Kampung Tasik Cunex, tetapi kelulusan balak bukan dalam bidang kuasanya.

“Bohong kalau saya kata saya tidak tahu isu itu. Saya memang dapat beberapa surat mengenai kelulusan balak ini, yang tular itu saya dapat,” katanya.

“Saya tidak terlibat soal balak ini, saya juga tidak tahu bagaimana keputusan itu dibuat,” tambahnya.

Beliau yang juga memegang portfolio sains, teknologi hijau dan penerangan itu tidak menolak aktiviti pembalakan akan mengubah corak persekitaran.

“Bukan sahaja pembalakan tetapi perlombongan, pasir dan sebagainya perlu pengawalan ketat,” katanya.

Sementara itu, seorang pemimpin kerajaan negeri difahamkan memang ada kelulusan baru dikeluarkan selepas kerajaan Pakatan Harapan terbentuk pada Mei 2018.

Beliau enggan namanya didedahkan untuk laporan ini.

“Tapi saya tidak pasti bagaimana perkiraannya dan bagaimana ia ditentukan. Yang pasti, isu ini ada konflik,” katanya tanpa penjelasan lanjut.

Beliau memaklumkan kelulusan balak, serta sumber asli, perkayuan, perlombongan, syarikat melibatkan syarikat berkaitan kerajaan dan kewangan bawah bidang kuasa menteri besar Perak.

“Keputusan pembalakan juga bukan keputusan exco. Mungkin ada jawatankuasa kecil serta melibatkan beberapa exco,” katanya.

Beliau mendakwa ada pihak dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak bersetuju dengan kelulusan aktiviti pembalakan “tetapi tiada kuasa untuk menyekatnya”.

“Kalau lihat di Gerik, sepanjang jalan berpuluh lori balak keluar dari hutan bawa balak bagi tujuan komersial,” katanya.

Sementara itu, pejabat menteri besar ketika dihubungi berkata ia akan mengeluarkan kenyataan selepas mendapatkan butiran penuh.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-