Showing posts with label pemimpin UMNO kumpul harta kekayaan. Show all posts
Showing posts with label pemimpin UMNO kumpul harta kekayaan. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

UMNO masih truma dengan keputusan PRU 12 .............

Wak heran juga mengapa dengan tiba2 saje PM Najib mohon maaf kepada rakyat Malaysia. Selalunya orang yang minta maaf ni ada sebab tertentu nye. Sebagai salah satu contoh ialah orang yang dah banyak buat kesalahan atau banyak buat dosa.  Satu lagi contoh ialah orang sakit tenat yang hampir dengan maut.

Kesimpulan nye kita terima ke dua2 contoh ini di jadikan sebab mengapa PM Najib mohon maaf. PM Najib agak nye baru tersedar bahawa UMNO telah mengabaikan tanggung jawab nya dalam membangunkan ekonomi orang melayu. Sebenarnya kaum melayu lah yang paling ramai hidup di bawah aras kemiskinan.

PRU 13 pasti akan menjelang, ingatan UMNO tentang pukulan teruk pada PRU12 masih lagi terasa perit. UMNO masih gagal untuk berubah, masih serupa macam di takuk lame atau pun boleh dikatakan lagi bertambah teruk dari dulu.

PM Najib cuba memperbaiki keadaan dengan menaburkan ribuan jute RM dalam bentuk BR1M dan lain2 bantuan. Boleh ke agak nye nasib rakyat berubah dengan RM 500 ni? Sebenar nya perbuatan PM Najib taburkan RM ni telah banyak memberi kesedaran rakyat tentang keburukan UMNO - mereka telah anggap ianya sebagai sogokan dan bukan nye pemberian ikhlas dari UMNO.

Sogokan RM500 ini telah gagal untuk menambat hati rakyat, berbagai rayuan juga gagal, akhir nye tiada jalan lain selain mohon maaf saja.



Wednesday, December 28, 2011

Talian hayat UMNO ~~~~~~~~~~~

Wak nak cerita sikit pasal ape UMNO ni tiba2 murah hati sangat, Sana dia beri wang sini dia beri wang. Macam wang atuk nya yang punya. Kalau nak anggap pemberian, mengapa tiba2 sekarang aje? Dulu2 tu semasa UMNO kuat dan gagah perkasa, mereka sombong nak kasi 5 sen pun susah.

Hari ni UMNO tabur kan wang sana sini macam orang tabur padi kasi ayam makan, be rebut2 ayam yang kelaparan rebut padi. Memang betul tu, kerana Najib tahu bahawa rakyat Malaysia miskin walaupun negara Malaysia ni kaya raya. RM500.00 tu boleh ke hapuskan kemiskinan rakyat?

Pada rakyat yang kurang akal dan kurang pelajaran, memang sangat gembira dapat RM500.00 tu. Macam kena nombor ekor aje. Tak sudah2 mereka heboh kesana sini me lompat2 dan ter lonjak2 kegembiraan kerana di beri UMNO RM500.00 sekali seumur hidup.

Tapi bagi sahabat2 Wak di warong kopi, mereka ada lain pendapat pula tentang pemberian RM500.00 oleh UMNO ni. Kata mereka UMNO dah 'curi' wang rakyat ribu2 juta RM selema memerintah, sekarang bila dah terdesak nak tiba hampir ajal nya mereka pun pulangkan wang curian tu.

Contoh nya skendal kapal selam, skendal lembu dan macam2 skandal lagi yang libat kan ribu2 juta RM. Itu baru skendal, bab cukai menyukai kita lagi parah dibuatnya. Yang kita makan, pakai, gunakan, perkhuidamat dan lain2 semua nya kena cukai. Yang terbaharu cukai astro dan letrik teruk tu.

UMNO cukai kita seumur hidup, UMNO beri RM500.00 sekali sahaja seumur hidup. Rakyat harus ingat bahawa UMNO perlu di ajar sehinga mereka betul2 insaf. Tumbangkan UMNO pada PRU 13 ini.

Friday, December 2, 2011

Nah! ini dia 1UMNO....................

Pagi tadi selepas solat subuh, seperti biasa wak singgah di warong kopi sebentar. Pagi ni nampaknya ramai juga yang hadir, maklumlah cuaca agak baik sedikit. Dalam perhatian wak, tajuk utama perbualan mereka ialah tentang lembu sahaja.

Rata2 mereka meluahkan perasaan kecewa mereka tentang pemimpin2 UMNO yang masih tidak berubah - gila kuasa.dan tamak harta. Tentang perjuangan di kira nombor last sekali, jika dekat dengan PRU atau ada PRK baru lah timbul 'perjuangan UMNO' tabur janji, tabur wang ringgit dan sanggup turun padang mengharung danur lumpur, membanting tulang menyapu, angkat sampah dan lain2 lagi.

Pemimpin2 UMNO ni memang handar berlakun dan bersandiwara ketika hampir PUR atau PKR. Mereka masih fikirkan rakyat jelata ni masih dungu macam 4 atau 5 puluh tahun dahulu. Nanti, bila tiba PRU13 kita semua akan ajar pemimpin2 yang gila kuasa dan tamak harta ini.

Begini lah serba sedikit tentang sembang di warong kopi pagi ini.


Kesian 1UMNO, hingga kini masih lagi belum sedar2, asyik kumpul harta kekayaan ber timbun2. Bukan saja yang masih berkuasa, tapi yang dah pencen jawatan pun masih lagi kumpul2 harta jika ada peluang. Puak2 pengumpul harta ini memang sombong, angkuh dan riak. Tidak mahu sedar diri.

Kini mereka tidak segan silu lagi malahan jauh sekali dari takut, kerana kumpulan2 ini ada kuasa pelindung mereka yang boleh selamatkan nya dari apa2 tindakan. Kata mudahnya pengumpul2 harta ini sudah kebal dari sebarang tindakan.

Pengumpul2 harta ini tahu dan sedar perbuatan mereka diperhatikan oleh semua gulungan lapisan masyarakat. Mereka tahu masanya akan tiba bila tahap kemuncak kemarahan rakyat akan tiba. Tetapi sebelum tiba marilah kita kumpulkan seberapa banyak yang boleh.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-