Showing posts with label pendatang asing tanpa izin (PATI). Show all posts
Showing posts with label pendatang asing tanpa izin (PATI). Show all posts

Monday, February 24, 2025

Kawalan ketat, operasi PATI di kampung tradisi Selangor

kosmo.com.my
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
24 Februari 2025, 3:34 pm
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kawalan lebih ketat termasuk tindakan operasi terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di kampung-kampung tradisi sedang diteliti bagi mengekang lambakan kehadiran mereka.

Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, kerajaan negeri mengambil maklum terhadap peningkatan penempatan golongan tersebut di dalam kawasan kampung berkenaan yang menimbulkan permasalahan seperti sampah.

Kata beliau, kerajaan negeri bersedia melaksanakan pengurusan sampah secara bersistematik melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) selain meneliti pengawalseliaan warga asing di kampung tradisi.

“Antara yang sedang kita teliti (isu pengurusan sampah) dan insya-Allah sekiranya sesuai dilaksanakan, tindakan yang boleh diambil termasuklah dengan melibatkan JPKK terhadap sistem pengurusan sampah bersasar dan mengenal pasti kawasan bagi pembuangan sampah yang lebih bersistematik.

“Justeru, kerajaan negeri akan meneliti langkah-langkah pengawalseliaan (PATI dan warga asing) yang lebih berkesan termasuk kawalan yang lebih ketat serta pemantauan dan tindakan operasi bersama Jabatan Imigresen Malaysia dan pihak berwajib yang lain,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Terdahulu, Abbas Salimmi Che Adzmi @ Azmi (PH – Seri Serdang) membangkitkan pengurusan sampah yang kritikal selepas semakin ramai warga asing dan PATI menduduki rumah-rumah di kampung tradisi sehingga mampu membuka premis perniagaan termasuk menjual rokok seludup

“Di kawasan saya, di kampung tradisi di bawah Sri Serdang, pendatang Rohingya sebagai contoh, bahkan mereka sudah berani membuat kenduri secara besar-besaran dan budaya mereka berbeza dengan kita,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Rizam berkata, pemilik tanah dan pemaju harus bertanggungjawab dalam memajukan pembangunan di kampung tradisi dan kampung baharu tidak menjejaskan nilai sejarah serta kesejahteraan masyarakat setempat. 

-KOSMO!ONLINE

Sunday, August 6, 2017

Pemutihan PATI dipergiat setiap hari di ibu negara

MUSTAFAR ALI (dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang warga asing yang ditahan semasa operasi bersepadu bersama DBKL sambil diperhatikan Mhd Amin Nordin Abd. Aziz (kanan) di Jalan Silang, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN ONLINE/GAIE UCHEL

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pemutihan warga asing secara skala besar akan digerakkan Jabatan Imigresen bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menangani jumlahnya yang ketara di ibu negara terutamanya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, penglibatan mereka dalam pelbagai sektor pekerjaan secara haram mahupun salah guna pas lawatan merupakan antara punca lambakan mereka yang tertumpu sekitar pusat perniagaan hingga membentuk koloni baharu asing di satu-satu kawasan.

“Aktiviti pelacuran warga asing juga akan digempur di mana ia sebenarnya telah melacurkan imej negara akibat pembawaan budaya tidak bermoral daripada negara asal mereka. Justeru gerakan bagi menghancur dan putuskan rangkaian sindiket ini akan dipergiat segera.

“Malah operasi pemeriksaan seperti hari ini akan berterusan iaitu kekerapan setiap hari khususnya membersihkan lokasi jadi tarikan pelancong lebih-lebih menjelang temasya Sukan SEA ke-29 nanti,” tegasnya dalam operasi penguatkuasaan warga asing sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin di sini semalam.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz yang berjaya menahan 180 PATI daripada jumlah pemeriksaan sebanyak 530 orang termasuk menyita dan mengeluarkan kompaun atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi syarat lesen. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/video-pemutihan-pati-dipergiat-setiap-hari-di-ibu-negara-1.511618#ixzz4owUAPIXi
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, September 11, 2015

Kera di hutan disusukan........anak sendiri mati kelaparan......

Jangan buat kerja bodoh macam ni lah Zahid!!
SUARAKAMI 20:57 BLOGGER
Seronoklah.. pendatang asing tanpa izin atau PATI itu masuk ke negara kita secara haram.. kemudiannya Kerajaan kita dengan murah hati nak berikan tender untuk mendaftarkan mereka atau memutihkan mereka..

Lepas ni lagi berlambaklah yang masuk secara haram ke negara kita ni.. nak takut apa ditangkappun bukannya dihantar pulang tapi didaftarkan..

Datang secara haram.. bukannya ditendang pulang tapi ditatang..

Yang untung MyEG, yang bakal merana anak-anak bangsa.. mahu tak merana.. semua peluang kerja habis disapu oleh PATI..

Apapun aku setuju dengan pendapat ParpuKari ni..
Apa cerita ni Zahid Hamidi? Aku ada pelik sikit pasal la dengan apa yang sedang terjadi sekarang ni. Bukan apa aku difahamkan yang MYEG telah mendapat kontrak dari Imigresen untuk halalkan pendatang asing Bagladesh yang tinggal sini tanpa permit.

Khabarnya LO atau Surat Niat sudah dikeluarkan kepada syarikat berkenaan untuk menghalalkan pendatang haram ni semua. Amboi lain macam ni beb.

Sekarang ni aku nak tanya pada pihak berkuasa yang bertanggungjawab, tahukah anda ada dekat 1 juta bangla yang takde apa-apa atau KOSONG kat Malaysia ni? Maksud aku depa ni samada takde passport atau permit kerja, mereka adalah pendatang haram.

So kalau macam ni gayanya, disebabkan sesetengah syarikat nak buat untung maka semua pendatang yang dah lama cari makan kat sini akan jadi halal macam tu je? Kalau kita galakkan macam ni, esok lagi ramai yang masuk dengan alasan buat apa nak buang duit banyak, masuk cara haram dulu nanti dapat offer untuk jadi halal dengan kos yang lebih murah?

Ini soal keselamatan negara tau bukan benda main-main ni. Takkan kita nak halalkan mereka macam tu aje? Kan ke baik pihak imigresen tangkap mereka ni dan hantar mereka balik? Apakah dengan menghalalkan pendatang ini akan dapat menjimatkan kos pengantaran pulang? Baikkah perkara begini untuk negara demi untuk menjimatkan sedikit wang, betul ke jimat?

Aku nak Tanya sama AG, Menteri Sumber Manusia dan Imigresen, apakah dengan cara ini akan dapat atasi masalah pendatang haram? Bukankah lebih baik sekiranya adakan operasi dan tangkap mereka ni semua dan hantar mereka pulang, kemudian ambik yang baru dari sana yang berdaftar dan masuk dengan cara yang betul.

Aku tak faham dan aku tak nampak apa kebaikan yang ada dengan megadakan program menghalalkan pendatang ni? Ini bukan caranya, apa saja alsaan yang korang bagi bukan ini caranya. Langkah macam ni nampak macam nak menguntungkan sesetengah pihak je. Betul tak?

Aku harap kerajaan tidak benarkan program ini berjalan dan lebih baik ambik pekerja asing BANGLA yang baru dari negera mereka, sebab yang baru ini nanti kita tahu berapa yang masuk dan bukan macam sekarang dimana kita tak tau berapa jumlah mereka yang sebenar.

Bukan apa la, Kalau korang perasan, dari Bandaraya KL dan mana-mana Bandar sekitar tempat korang duduk, korang keluar belah malam dan korang boleh tengok lebih ramai bangla dan pendatang asing yang lain bertebaran, kadang-kadang kita rasa macam ada kat Negara luar beb.

Aku percaya kalau kita periksa kebanyakan mereka ni kosong dan tidak ada dokumen. Bukan saja bangla malah bangsa lain pun banyak, Myanmar, Indon dan spesis yang aku tak pernah tengok pun ramai sekarang ni. Takkan nak kasi semua halal macam tu aje kot? Serius wei ada jenis muka mereka macam nak bunuh orang, aku sendiri pun tak tau negara apakah asal mereka ini.

Lagi satu aku dengar program ni akan membuatkan para BANGLAWAN semua memilih siapa akan jadi tauke mereka semua, amboi manjanya mereka ni kan? Istimewa sungguh layanan nak diberi. Aku harap sangat menteri Dalam negeri Dato Seri Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia dan bersama sama Peguam Negara dan Imigresen akan menghentikan kerja gila ini dan aku mintak semua rakyat Malaysia agar mendesak kerajaan agar jangan diteruskan program MENGHALALKAN PEKERJA BANGLA YG DAH ADA DIMALAYSIA NI..

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-