Showing posts with label provokasi. Show all posts
Showing posts with label provokasi. Show all posts

Wednesday, March 13, 2019

Unit pemantau Jakim terima 10,000 aduan hina Islam

Bernama
-March 13, 2019 9:21 AM
Unit pemantau Jakim menerima 10,000 aduan berkaitan penulisan menghina dan provokasi kepada agama Islam di semua platform media.

SEREMBAN:  Unit pemantau di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima kira-kira 10,000 aduan berkaitan penulisan menghina dan provokasi kepada agama Islam di semua platform media termasuk media sosial sejak unit itu ditubuhkan minggu lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata setiap aduan yang diterima akan diteliti dan ditapis rapi terlebih dahulu bagi menentukan kesahihannya, kerana ada juga aduan yang diterima melibatkan “akaun palsu”.

“Itulah yang akan kita tapis dan kita tengok secara teliti, tapi saya kira yang lebih merisaukan ialah jumlahnya yang begitu besar dan seolah-olah menjadi-jadi. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat,” katanya kepada pemberita di sidang media pra pelancaran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2019, semalam.

“Kadang kala kita tengok ahli politik di sebelah pembangkang, mereka dilihat terlalu ekstrim kadang-kadang sehingga menghukum orang bukan Islam. Mungkin dengan itu menimbulkan keadaan di mana ada ‘tindak balas’ dan ini semua perkara tidak sihat,” tambahnya.

Ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sempena Hari Wanita, Sabtu lepas, Fuziah berkata sambutan hari wanita itu dicemari oleh kumpulan yang membawa agenda tersendiri.

“Ini satu perkara yang amat dikesali, seharusnya tidak berlaku dan mengapa mereka membawa agenda mereka sendiri dalam sambutan Hari Wanita. Pendirian kita di Jabatan Perdana Menteri, kita kesal perkara itu berlaku,” katanya.

Sunday, January 11, 2015

Paulsen didesak mohon maaf

Muhammad Khalil mahu Paulsen memohon maaf dan menarik balik kenyataan dimuat naik ke laman Twitternya yang mendakwa Jakim mempromosikan ekstremisme.

KUALA LUMPUR, 11 Januari:

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen didesak memohon maaf kepada umat Islam, serta menarik balik kenyataan yang dimuat naik ke laman Twitternya yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, jika peguam itu cuba menyifatkan khutbah Jumaat sebagai platform untuk mempromosikan ekstremisme atau keganasan, tindakan itu jelas merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam.

“Apakah maksud beliau apabila menyatakan ‘Jakim promoting extremism every Friday’? Sekiranya beliau maksudkan khutbah Jumaat, ini satu tindakan penghinaan terhadap umat Islam keseluruhannya.

“Saya mendesak tweet ini dipadamkan dan beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam yang terguris dengan penghinaan ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Semalam, Paulsen memilih untuk berdiam diri, ekoran kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menyiasat tuduhan yang dilemparkan Paulsen, di bawah Akta Hasutan.

“Tiada komen buat masa ini – akan keluarkan kenyataan kemudian,” kata Paulsen melalui mesej kepada The Rakyat Post yang cuba mendapatkan penjelasan berhubung tuduhannya bahawa Jakim mempromosikan ekstremisme melalui khutbah Jumaat.

“Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya, jika serius tentang ekstremisme di Msia,” tulis Paulsen di akaun Twitternya, @EricPaullsen101 yang mencetuskan kontroversi di laman sosial, kelmarin.

Ingin menambah sesuatu pada laporan ini? Sila maklumkan melalui komen di bawah.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/11/paulsen-didesak-mohon-maaf/#ixzz3OUC44CDd

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-