Showing posts with label u-turn. Show all posts
Showing posts with label u-turn. Show all posts

Wednesday, January 29, 2025

Pusingan U dasar jejas kredibiliti kerajaan, kata penganalisis

freemalaysiatoday.com
Minderjeet Kaur
-29 Jan 2025, 

Menurut seorang ahli akademik, ‘u-turn’ kerajaan berkenaan dasar berkait tol musim perayaan mungkin berpunca pelbagai pendapat politik dalam Jemaah Menteri.
Minggu lepas, kerajaan mengumumkan tidak lagi memberikan pengecualian tol bagi musim perayaan mulai tahun ini, namun 3 hari kemudian, diskaun 50% bagi caj tol sempena Tahun Baharu Cina sebaliknya diumumkan.

PETALING JAYA: Pendirian berbolak-balik berkenaan dua dasar yang diumumkan baru-baru ini membangkitkan kebimbangan mengenai proses membuat keputusan kerajaan, dengan penganalisis memberi amaran bahawa ketidaktekalan sedemikian boleh menghakis kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Pendidikan Pasaran Carmelo Ferlito berkata, tindakan ‘u-turn’ oleh kerajaan itu ‘bermasalah’ dan memberikan gambaran bahawa Putrajaya tunduk pada tekanan awam.
     Carmelo Ferlito.
Katanya, respons reaktif sedemikian menjejaskan kredibiliti kerajaan dan mencetuskan ketidaktentuan dalam kalangan pihak berkepentingan.

“Tidak boleh asyik umum sesuatu, kemudian ‘u-turn’. Sikap berbolak-balik sebegini menjejaskan kepercayaan rakyat dan tanggapan pada keseriusan pentadbiran,” katanya kepada FMT.

Ferlito mengakui, kerajaan harus sentiasa peka terhadap pendapat umum, tetapi katanya, pihak berkepentingan perlu dilibatkan sebelum sebarang pengumuman dibuat.
Wong Chin Huat.
Ahli sains politik Wong Chin Huat daripada Universiti Sunway berkata, langkah bolak-balik berkenaan dasar menjadi petanda kerajaan tidak dapat membuat keputusan, yang akan memberi kesan terhadap kewibawaan dan kredibilitinya.

Menurut Wong, kerajaan mesti menyediakan rakyat untuk menerima keputusan yang tidak popular melalui rundingan dan pengumuman awal. Rundingan awam, katanya, membantu kerajaan meraih sokongan dan mengurangkan tindak balas negatif.

“Ketelusan adalah penting dalam mewajarkan keputusan yang mungkin tidak disenangi semua pihak,” kata Wong.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan tidak lagi memberikan pengecualian tol bagi musim perayaan mulai tahun ini. Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, pengecualian itu akan digantikan dengan ‘pendekatan yang lebih bersasar’.

Bagaimanapun, tiga hari kemudian, kerajaan sebaliknya mengumumkan akan memberi diskaun 50% bagi caj tol sempena Tahun Baharu Cina.

Jemaah Menteri juga minggu lepas membatalkan pelaksanaan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi petugas kesihatan, untuk ‘memberi laluan kepada kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh’.

Keputusan membatalkan skim WBB yang pada mulanya dirancang dilaksanakan di tujuh hospital mulai bulan depan itu dibuat berikutan bantahan oleh pelbagai pihak berkepentingan.
Syed Arabi Idid.
Syed Arabi Idid daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, tindakan bolak-balik itu ‘sangat luar biasa’.

“Ini menimbulkan ketidaktentuan dalam kalangan rakyat tentang keseriusan kerajaan dalam penggubalan dasar, terutamanya apabila (dasar-dasar) dibatalkan dalam tempoh (hanya) beberapa hari,” katanya kepada FMT.

Kepelbagaian politik jadi punca

Provos Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Barjoyai Bardai berkata, bolak-balik dasar berpunca daripada komposisi politik Jemaah Menteri yang pelbagai.
Barjoyai Bardai.
Katanya, keputusan menteri-menteri dalam kerajaan sekarang, yang datangnya daripada pelbagai parti, lazimnya mencerminkan kepentingan asas politik dan pihak berkepentingan mereka.

“Ini mewujudkan senario di mana keputusan seorang menteri mungkin dicabar oleh menteri daripada parti atau pihak berkepentingan lain,” katanya.

Beliau menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil peranan sebagai ‘ketua perunding’ untuk menguruskan pelbagai jangkaan dalam Jemaah Menteri. Katanya, penting bagi Anwar menguruskan kepelbagaian jangkaan itu bagi memastikan gabungannya utuh.

Beliau bagaimanapun mengakui jadual kerja perdana menteri di luar negara boleh menyekat pembuatan keputusan yang berkesan di dalam negara.

“Kerajaan harus lebih kerap mengadakan mesyuarat Jemaah Menteri dalam talian supaya setiap menteri sepakat,” katanya.

“Perkara ini akan memastikan komunikasi yang lebih baik dan membolehkan perdana menteri sentiasa maklum mengenai hal ehwal dalaman yang penting.”

Thursday, October 22, 2020

Zahid tak buat 'U- Turn' ! - Annuar Musa

MyMetro
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
am@hmetro.com.my
Annuar Musa.

Kuala Lumpur : Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan 'U-Turn' susulan pengumumannya melakukan genjatan politik sebagai tidak benar.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, juga menafikan ada mesyuarat selama empat jam membabitkan pemimpin UMNO sebelum ini, yang menekan Ahmad Zahid membuat pendirian sedemikian.

"Laporan itu jelas tidak benar malah tidak wujud pun mesyuarat selama itu. Pertimbangan presiden UMNO mengambil kira pandangan pelbagai pihak dan merupakan keputusan beliau sendiri.

"Presiden dan UMNO memahami keutamaan adalah rakyat,apalagi bila melibatkan nyawa dan kesihatan," katanya dipetik menerusi kenyataan di Facebook beliau semalam.

Justeru, beliau berkata, tindakan presiden UMNO itu tepat dimana rakyat dan negara di dahulukan, bukannya politik.

Portal itu kelmarin mendakwa berlangsungnya mesyuarat empat jam membabitkan Ahmad Zahid serta pengerusi perhubungan UMNO negeri yang marah atas tindakan pimpinan tertinggi menyokong tindakan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggulingkan kerajaan.

Sementara itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, gerakan untuk menukar Perdana Menteri pada masa ini tidak akan membantu negara mengurangkan penularan Covid-19.

"Mengganggu kestabilan perkara paling mudah.Tukar Perdana Menteri tidak menghapuskan virus ini. Malah pilihanraya juga tidak akan menyelamatkan rakyat malah boleh memporak perandakan lagi.

"Situasi kita ini luar biasa.Tiada rujukan kecuali melihat kepada pelbagai pendekatan dan menggubal preskripsi kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, kestabilan dan diperlukan kerajaan ketika ini aam memgambil tindakan untuk mengurangkan impak Covid-19.

"Negara di barat mengistiharkan darurat, bagi menjamin kerajaan dapat tumpukan perhatian kepada Covid-19 dan keselamatan negara. Berbillion ringgit dana negara terpaksa di gunakan dan negara boleh bankrap angkara Covid-19," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat persiapan menggubal prosedur operasi standard (SOP) baru yang komprehensif sebelum boleh di adakan pilihanraya umum.

"Malah Pilihan Raya Kecil seperti di (Parlimen) Batu Sapi yang wajib diadakan, patut tidak di adakan sehingga semuanya terkawal. Semua mudarat yang jelas ini wajib dielakkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 9:14 AM

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-