Monday, March 2, 2015

Mohon pengampunan Yang Dipertuan Agong bukan kerana Anwar bersalah - Dr Wan Azizah

Wan Azizah mendakwa, permohonan untuk pengampunan diraja dibuat kerana ketidakadilan dalam kes perbicaraan.

KUALA LUMPUR, 2 Mac:

Petisyen pengampunan yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong bukan bermakna ketua pembangkang itu mengaku bersalah.

Sebaliknya ia dibuat kerana ketidakadilan dalam perbicaraan kes tersebut, kata isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang berkata, beliau serta seluruh ahli keluarganya berfikir panjang sedalam-dalamnya selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mensabitkan Anwar bersalah pada 10 Februari lalu dan mengekalkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan.

“Selepas Anwar didapati bersalah, seluruh ahli keluarga berfikir bagaimana kami dapat meneruskan untuk memohon pengampunan.

“Kami tidak memohon pengampunan diraja kerana beliau bersalah. Beliau tidak bersalah. Pengampunan dipohon kerana tidak berlaku keadilan,” kata Dr Wan Azizah yang bercakap kepada orang ramai buat pertama kali selepas suaminya dihukum, lapor portal berita The Malaysian Insider (TMI).

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam di Kajang malam tadi.

Keluarga Anwar, Ahli Parllimen PKR Permatang Pauh, menghantar petisyen pengampunan diraja ke Istana Negara pada 24 Februari lalu, hari terakhir sebelum tempoh 14 hari yang dibenarkan Perlembagaan tamat.

Pakar perundangan berselisih pandangan sama ada permohonan pengampunan diraja yang dibuat keluarga Anwar itu akan diterima kerana ada yang berpandangan permohonan berkenaan perlu dikemukakan oleh ketua pembangkang itu sendiri.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/02/mohon-pengampunan-yang-dipertuan-agong-bukan-kerana-anwar-bersalah-dr-wan-azizah/#ixzz3TCg24q00

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-