Tuesday, June 30, 2015

Kit Siang akui UMNO tak akan tumbang jika pembangkang tidak bersatu

Kit Siang tidak percaya PR mampu memberikan tentangan serius bagi menumbangkan UMNO/BN pada PRU-14 jika parti sekutu di dalamnya mengenepikan Kerangka Dasar Kerjasama dan gagal beroperasi sepenuhnhya sebagai pakatan pembangkang yang oportunis. - Foto arkib TRP/Daniel Chan
KUALA LUMPUR, 29 Jun:

UMNO tetap tidak dapat dikalahkan pada pilihan raya umum akan datang walaupun keadaan parti itu kini makin lemah jika barisan pakatan parti pembangkang di negara ini terus bertelagah dan gagal bersatu, akui penasihat DAP, Lim Kit Siang, Isnin.

Menurut Kit Siang, keputusan UMNO untuk mengangguhkan proses pemilihan kepimpinan parti berkemungkinan besar menjadikan presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sasaran mudah pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) nanti, lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa skandal dalam kerajaan yang didedahkan selain perebutan kuasa dalaman.

Ahli Parlimen veteran DAP itu menegaskan bahawa negara ini memerlukan perubahan dalam kepimpinan dan juga kerajaan bagi mengakhiri era pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang didakwa berdekad lamanya dipenuhi penyalahgunaan kuasa.

Bagaimanappun perkara itu mustahil dapat dilakukan jika pakatan pembangkang di peringkat pusat tidak dapat bergerak seiringan .

“Saya tidak percaya bahawa Pakatan Rakyat memberikan tentangan yang serius bagi menumbangkan UMNO/BN pada PRU-14 jika PR mengenepikan Kerangka Dasar Kerjasama dan beroperasi sepenuhnhya sebagai pakatan yang oportunis.

“Apa bezanya antara pakatan UMNO/BN di bawah Najib dan Pakatan Rakyat jika PR mampu mengetepikan Kerangka Dasar Bersama mereka demi untuk memulakan Malaysia yang baru,” soal Lim dalam kenyataannya.

Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah itu berkata, antara senarai pencapaian kejayaan Najib tidak banyak bilangannya ialah memecah belahkan Pakatan Rakyat dan membuatkan pentadbiran kerajaan yang diketuainya untuk menyokong rancangan PAS melaksanakan hudud.

“Peluang keemasan itu nampaknya akan terlepas daripada Pakatan Rakyat, yang berjaya memenangi 52 peratus daripada sokongan pengundi pada PRU-13, jika mereka tidak mempersiapkan diri untuk bersedia menggantikan UMNO/BN ketika perikatan parti memerintah itu berada pada saat palling lemahnya pada PRU-14,” tambah Lim.

Namun, di sebalik lenyapnya PR, memperjuangkan sebuah kerajaan yang inklusif, serta dasar pembinaan negara yang memulihkan keadilan, kebebasan serta kehormatan tetap perlu wujud dan wajar dalam pilihan raya umum seterusnya.

“Terdapat keperluan untuk memastikan keseimbangan kuasa politik di negara ini, memandangkan usaha bagi mencapai hasrat dan aspirasi rakyat pada PRU-13 serta PRU-14, tetap menjadi cabaran utama kepada generasi Malaysia masa kini sekalipun PR sudah tiada lagi,” kata Kit Siang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengisytiharkan PR sudah berkubur pada 16 Jun lalu selepas PAS dikatakan membuat keputusan untuk memutuskan semua hubungan kerjasama antara kedua-dua parti pada muktamar agungnya pada awal Jun.

Ahli Parlimen DAP-Bagan yang mengambil alih teraju pimpinan DAP daripada bapanya Kit Siang itu menuding jari menyalahkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di atas pecahnya pakatan pembangkang itu.

Kata Guan Eng, tindakan-tindakan Hadi akhir-akhir ini serta keputusan muktamar parti pimpinannya untuk memutuskan ikatan DAP bermakna Kerangka Dasar Kerjasama PR telah dilanggar.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki kemudiannya mencadanngkan agar satu pakatan pembangkang yang baru membabitkan parti Islam-Melayu boleh ditubuhkan sebagai ganti PR.

Tidak berapa lama selepas pengisytiharan oleh DAP itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) mendedahkan bahawa beberapa pemimpin PAS yang kalah pada muktamar agung parti itu sudah mengadakan beberapa pertemuan bagi bermesyuarat membincangkan pembentukan sebuah entiti politik baru yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS dalam pakatan pembangkang yang baru.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/29/kit-siang-akui-umno-tak-akan-tumbang-jika-pembangkang-tak-bersatu/#ixzz3eT7M94Fm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-