Tuesday, July 28, 2015

Betul le apa dia cakap ni..........?

Saya disingkir hanya kerana mahu kuatkan Umno, kata Shafie

OLEH MD IZWAN
Datuk Seri Shafie Apdal tersenyum ketika keluar daripada kediaman bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider 

Selepas terkeluar daripada Kabinet, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal mempertahankan kritikannya hanya semata-mata untuk menguatkan parti Melayu itu dan meletakkan negara di landasan betul.
Shafie berkata, pandangannya adalah untuk kepentingan rakyat dan bercakap sebagai wakil akar umbi Umno.

"Selama ini saya memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi.

"Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan Umno dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan rasmi sebaik disahkan pemecatan daripada Kabinet hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri lain juga terkeluar daripada senarai kerajaannya serta terdapat juga penukaran portfolio menteri sedia ada.

Najib mengumumkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri yang baharu.

Shafie bersama Muhyiddin sebelum ini lantang mempersoalkan mengenai syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana Najib sendiri adalah pengerusi lembaga penasihatnya.

Malah, baru-baru ini Muhyiddin juga secara terbuka mengecam 1MDB dan mempersoalkan mengapa masih tiada sebarang tindakan diambil.

Shafie bagaimanapun menghormati keputusan Najib jika kritikannya dianggap tidak selari dengan pentadbirannya.

"Sekiranya ini dianggap tidak selari dengan pendirian Najib maka itu adalah hak beliau sebagai perdana menteri untuk membuat rombakan.

"Sejak memegang jawatan Kabinet, saya sudah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar," katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-disingkir-hanya-kerana-mahu-kuatkan-umno-kata-shafie#sthash.2Ld9QiGy.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-