Friday, July 17, 2015

Bila lagi mau tangkap Mahathir......?

Najib orang suruhan Singapura dan Jho Low, kata Dr Mahathir

Published: 17 July 2015
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Razak berlaku sebagai proksi Singapura dan Jho Low.Grafik The Malaysian Insider, 17 Julai, 2015.

Bulan Ramadan yang berakhir semalam menyaksikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui tulisan terkini di blognya bertajuk "Tunai adalah raja".

Dr Mahathir mendakwa Najib sebenarnya adalah orang suruhan kepada Singapura kerana meminta izin negara itu dalam rancangan membina jambatan bengkok.

Menurutnya, Najib juga adalah orang suruhan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low.

"Najib mempunyai penasihatnya sendiri, termasuk tiga Brits (orang British). Dia membayar perunding asing untuk menasihatinya tentang hal-hal kerajaan.

"Beliau juga bertanya Singapura sama ada dia perlu membina jambatan atau kereta api berkelajuan tinggi. Apabila Singapura berkata jangan, dia ditangguhkan projek-projek itu.

"Jho Low adalah kawannya dan kelihatan mempunyai pengaruh yang besar ke atasnya.

"Hakikatnya ialah beliau adalah proksi mereka, bukan proksi saya," tulisnya di blog popularnya chedet.cc.

Secara sinis beliau berkata, masalah yang menyelubungi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan berlaku jika Najib sebaliknya memilih bagi mendengar cakapnya.

"Jika dia berkelakuan sebagai proksi saya, maka tidak akan ada 1MDB dan lain-lain."

Akaun bank Jho Low di Singapura sebelum ini dilaporkan diteliti pihak berkuasa negara itu sewaktu siasatan ke atas 1MDB berlangsung kerana dakwaan wang berbilion ringgit yang didakwa disalur ke akaun peribadi Najib.

Menurut laporan The Wall Street Journal, polis Singapura dan Bank Negara berbincang tentang US$529 juta (RM2.67 bilion) dalam akaun Jho Low, selepas Bank Negara memohon bantuan Singapura dalam siasatan 1MDB. – 17 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-orang-suruhan-singapura-dan-jho-low-kata-dr-mahathir#sthash.V467dSo3.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-