Monday, July 20, 2015

PAS Perak hilang sokongan

Sayap penyokong PAS Perak tutup susulan perpecahan Pakatan

OLEH LOOI SUE-CHERN
Orang ramai yang hadir ke program jelajah Gerakan Harapan Baru mendengar ucapan penceramah yang terdiri daripada bekas pemimpin dalam PAS, di Kangar, Perlis malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Mukhriz Hazim

Susulan perkembangan terkini dalam PAS, di mana kepimpinannya kini dikuasai golongan konservatif atau ulama, sayap penyokong parti itu di Perak kini merancang untuk menghentikan operasi.

Richard Wong, pemimpin sayap itu berkata, mereka sedang memikirkan untuk bubar pada Ahad ini.

"Ahad ini kami akan umumkan peletakan jawatan kami di Manjoi, Ipoh.

"Kami kena 'sau thong' (tutup kedai dalam bahasa Kantonis)," katanya kepada The Malaysian Insider pada ceramah Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kangar, Perlis malam tadi.

Wong merupakan salah seorang penceramah pada majlis itu yang menarik kunjungan ratusan orang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau melahirkan rasa terkejut mengenai perubahan dalam PAS kini di mana pemimpin progresif diserang dengan pelbagai label kerana pendekatan sederhana mereka.

Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana PAS kini berpecah dua.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sayap-penyokong-pas-perak-tutup-susulan-perpecahan-pakatan#sthash.YtFa2DrL.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-