Thursday, August 27, 2015

Demi selamatkan Malaysia, Kit Siang ajak 3 juta ahli UMNO sertai Bersih 4


KLANG, 27 OGOS: Lim Kit Siang mengajak kesemua 3 juta ahli UMNO menyertai perhimpunan aman Bersih 4 bersama dengan rakyat perihatin bagi menyelamatkan negara daripada pelbagai krisis yang sedang melanda Malaysia.

Ketua Parlimen DAP itu mahu anggota UMNO menyuarakan semangat patriotism dan komitmen mereka demi kebebasan, keadilan dan perpaduan nasional.

Sesiapa saja yang membayar GST, yang terpaksa menghadapi tekanan ekonomi dan kejatuhan teruk nilai ringgit, yang cinta kebebasan, demokrasi dan hak asasi, serta yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara gagal, berhak menyertai perhimpunan aman Bersih 4.

Kit Siang juga menjemput Datuk Seri Najib Razak datang ke Bersih 4 untuk bersemuka dengan penganjur perhimpunan aman itu serta para penyokong utama bagi berdialog tentang demokrasi, ekonomi dan pentadbiran baik negara.

“Kehadiran Najib di Bersih 4 akan memberi makna besar kepada negara bila mana kerajaan dan pembangkang boleh mengetepikan perbezaan mereka untuk berdiri bersama bagi menyelamatkan Malaysia, dan mengelakkan Malaysia daripada menjadi negara penyangak dan negara gagal,” katanya di ceramah perdana Bersih 4 at Wisma Teng Ching di sini malam tadi.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib perlu menjelaskan mengapa beliau menerima wang RM2.6 bilion yang kononnya dari sumber Arab yang dikatakan mempengaruhi keputusan pilihanraya umum ke-13 yang lalu, serta menjejaskan kewibawaan kerajaan dan kedaulatan negara.

Tambah beliau, tidak ada seorang pun Perdana Menteri sebelum ini yang pernah menerima wang dari negara asing untuk mempengaruhi keputusan PRu di Malaysia sejak 1959 hingga 2008.

Menurutnya, Bersih 4 yang dijangka akan lebih besar dan luas penyertaannya berbanding perhimpunan-perhimpunan seumpamanya sebelum ini, adalah ekspresi ketaatan, patriotisme dan nasionalisme rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama, gender, usia dan pegangan politik.

Katanya, tema Hari Merdeka “Sehati, Sejiwa” sepatutnya bersifat inklusif yang menggabungkan tema Bersih 4 “Selamatkan Malaysia” serta tema-tema lain seperti “Bersih, Cekap, Amanah”.

“Perhimpunan-perhimpunan Bersih 4 yang akan menjadikan Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu sebagai lautan kuning adalah kemuncak sambutan Merdeka tahun ini,” ujarnya. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-