Showing posts with label BERSIH 4. Show all posts
Showing posts with label BERSIH 4. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Ali Rustam: Pesilat Melayu sedia perang jika perlu

Alyaa Azhar 
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pesilat-pesilat Melayu sedia berperang jika perlu.

Penganjur perhimpunan baju merah 16 September itu berkata, penganjuran perhimpunan balas terhadap BERSIH 4 itu, bagi membuktikan masih terdapat golongan akan mempertahankan maruah Melayu, Islam dan pemimpin.

“Kita nak beritahu kita masih ada di KL. Bukan kita nak berperang. Tetapi kalau orang nak berperang, kita pun sanggup.

“Hidup mesti ada maruah. Duit semua tak guna kalau diri tak ada harganya lagi,” katanya ketika merasmikan sebuah acara Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menegaskan tiada guna mempelajari silat jika amar makruf nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) tidak dibuat.

Ali bagaimanapun berkata mereka tidak berniat bergaduh dan cuma mahu menunjukkan sikap tidak mahu dihina.

Beliau juga berkata golongan pesilat adalah benteng ketiga selepas tentera dan pasukan polis.

Selain itu, bekas ketua menteri Melaka itu turut memperingatkan orang ramai bahawa Melayu akan lemah dan dihina jika berpecah-belah.

Ini, katanya, termasuk raja-raja Melayu, agama Islam dan pemimpin Melayu.

“Malu kita sebagai anak yang bernama Melayu, apabila pemimpin gambarnya dipijak,

Datuk Seri Hadi Awang, Datuk Seri Najib Razak perdana menteri kita dipilih secara demokratik hina.

“Betul kita sebagai orang Melayu, ke mana kita berada setelah empat kali dihina?” katanya merujuk insiden gambar Hadi dan Najib dipijak dalam himpunan BERSIH 4.

Wednesday, October 7, 2015

Selepas Bersih isytihar kutipan, Saiuddin soal butiran RM2.6 bilion

Bekas timbalan menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah, mempersoalkan adakah butiran berhubung wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi presiden parti Datuk Seri Najib Razak kini akan didedahkan selepas Bersih 2.0 mengisytiharkan sumbangan yang diterimanya daripada orang ramai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Oktober, 2015.

Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mempersoalkan adakah butiran berhubung wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi presiden parti Datuk Seri Najib Razak kini akan didedahkan selepas Bersih 2.0 mengisytiharkan jutaan ringgit yang diterimanya daripada sumbangan orang ramai.

Bekas timbalan menteri Umno itu, yang juga antara pengkritik lantang perdana menteri, menimbulkan perkara tersebut dalam posting di akaun Facebook miliknya, menerima ribuan “Like” dan ratusan perkongsian daripada pengguna media sosial.

"Battle of 2.6! Bersih 4 dah bentang akaun: Penerimaan: RM2,647,361.74 (dpd 27,000 penderma, & jualan t-shirt & mafla). Perbelanjaan: RM664,052.52. Baki: RM1,983,309.22 akn diguna utk program2 2 thn akn dtg (pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dsb)...RM2.6 bilion?" katanya dalam posting itu.

Kumpulan reformasi pilihan raya tersebut hari ini mengisytiharkan akaun dan perbelanjaan dari RM2.6 juta sumbangan yang diterimanya untuk perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada akhir bulan Ogos.

Mengumumkan lebihan RM1.9 juta selepas ditolak RM664,052 dalam perbelanjaan untuk perhimpunan 34 jam itu, Bersih 2.0 turut mencabar Najib mengisytiharkan sumbangan RM2.6 bilion yang didakwa diterima daripada dermawan Timur Tengah itu.

Menurutnya, kira-kira 27,000 penderma menyumbang kepada Bersih 2.0 untuk perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos itu yang menuntut perubahan demokratik dan peletakan jawatan Najib berhubung dakwaan skandal kewangan yang membabitkan beliau.

Turut diserahkan kepada juruaudit untuk tujuan semakan ialah penyata bank setebal 2,126 halaman.

Perisytiharan itu dibuat lebih kurang sebulan selepas perhimpunan tersebut. Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini berjanji kumpulan pemantau pilihan raya itu akan mengisytiharkan akaunnya selepas menerima sejumlah besar wang yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Najib dan beberapa pemimpin Barisan Nasional sebelum ini menuduh Bersih tidak mengisytiharkan akaun mereka.

Mengulangi gesaan kepada Najib supaya mengisytiharkan perincian “derma” RM2.6 bilion itu, Bersih 2.0 berkata hari ini, kewibawaan perdana menteri akan "lenyap" jika beliau gagal berbuat demikian.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-bersih-isytihar-kutipan-saifuddin-soal-butiran-rm2.6-bilion#sthash.OmmXTQwd.dpuf

Tuesday, September 29, 2015

Kemenangan buat Umno atau permulaan kehancuran BN?

oleh Khoo Kay Peng

SUARA LANTANG: Tentunya satu tindakan bodoh dan naif bagi Umno dan penyokongnya untuk menuntut kemenangan awal berhubung perhimpunan baju merah pada Hari Malaysia. Impak demonstrasi itu, kalaupun ada, hanyalah implikasi negatif terhadap parti itu dan juga Barisan Nasional.

Pertama, matlamat utama perhimpunan itu yang disampaikan melalui intimidasi, desakan yang tidak munasabah, bahasa kasar dan retorik rasis akan menjauhkan lagi golongan pertengahan, bukannya memenangi sokongan mereka.

Ketika perhimpunan, pemimpin Umno Ali Rustam telah membuat kontradiksi yang jelas. Beliau berkata bahawa Najib Razak adalah perdana menteri untuk semua kaum, namun pada masa sama memerlukan perhimpunan Melayu-sentrik untuk membelanya. Sokongan terbuka Najib terhadap puak ‘baju merah’ ini telah menjejaskan kewibawaannya dan sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau adalah perdana menteri untuk semua.

Hakikat bahawa Najib memerlukan perhimpunan itu sebagai perisai daripada kritikan adalah mengecewakan. Dengan berselindung di sebalik ‘maruah’ kaumnya, beliau hanya menambahkan lagi keraguan terhadap kepimpinannya. Najib mengambil risiko besar kerana bukan semua orang Melayu percaya bahawa kritikan terhadapnya mempunyai motif perkauman.

Adiknya Nazir Razak telah memberikan kenyataan yang relevan dan meminta kerajaan memberikan jawapan dan menyaman pengkritik, jika tuduhan ke atas 1MDB adalah fitnah semata-mata. Najib gagal melakukan kedua-duanya di sebalik membuat janji dan ancaman.

Tambahan pula, beliau telah mengambil pelbagai tindakan untuk menutup mulut pengkritiknya dalam Kabinet, menyingkirkan Peguam Negara, memindahkan pegawai tinggi Cawangan Khas (SB), mengekang pasukan siasatan khas 1MDB dan menjejaskan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Tindakan-tindakan ini hanya meningkatkan syak wasangka terhadap salah lakunya.

Kedua, orang seperti Jamal Yunos, Ali Tinju, Abdul Rahman Dahlan, Azalina Othman Said, Ali Rustam dan lain-lain yang bertindak sebagai jurucakap pentadbiran hanya menambahkan lagi rasa tidak percaya terhadap kerajaaan Najib.

Persepsi yang muncul adalah Najib telah bertindakbalas terhadap pengkritiknya serta peserta himpunan Bersih 4.0 melalui perhimpunan bahu merah. Tindakannya menggunakan karakter-karakter sebegini untuk menangkis serangan hanya merugikan diri sendiri.
Persoalan yang lebih besar adalah di mana anggota Kabinet Najib dan apa yang mereka lakukan untuk membantunya menyelesaikan krisis ini? Tanpa jawapan yang absah serta campur tangan dasar untuk menangani skandal 1MDB, apakah mereka telah mengabaikan Najib dengan mengambil pendekatan tunduk kepada kepimpinannya, namun pada masa sama membiarkan Najib ‘terbakar’ perlahan-lahan?

Dengan memecat Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, Najib mungkin telah menyekat kemungkinan pemberontakan, namun ia tidak memberi jaminan memberi jaminan yang beliau mendapat sokongan penuh daripada kabinet. Jelas siapa yang berdiri di belakangnya dan siapa yang menutup mulut dan menjarakkan diri.

Bisik-bisik dalam parti sudah bertukar menjadi lebih kuat dan membimbangkan. Sejumlah pemimpin Umno telah mengkritik puak baju merah dan perlakuan rasis mereka.

Ketiga, semakin lantang suara ultra-Melayu, semakin hampir BN dengan hari kehancuran mereka. Himpunan baju merah amat mempolarisasi.

Najib mungkin menjadi simbol terkuat kumpulan itu memandangkan matlamat utama mereka adalah mempertahankan kepimpinan beliau tanpa mengira krisis kepimpinan yang menimpa. Jika Najib gagal mengendahkan nasihat adiknya, kebergantungannya terhadap kumpulan baju merah secara berterusan akan melemahkan BN secara sistematik selaku gabungan pelbagai kaum.

Jika MCA, Gerakan dan MIC – pengasas teras BN – akan dihukum di peti undi buat kali ketiga, parti-parti ini akan terjerumus ke dalam satu lagi perbalahan dalaman yang memusnahkan. Pergelutan kepimpinan sudah pun teruk menjejaskan MIC dan MCA. Penolakan berterusan oleh pengundi kerana hubungan mereka dengan Umno akan membawa kepada kehancuran BN jika keadaan sekarang berterusan.

Keempat, tindakan kerajaan untuk terus menyokong kumpulan baju merah adalah amat memusnahkan. Kerajaan perlu mula berhadapan dengan isu-isu secara betul. Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz telah menggesa kebertanggungjawaban dalam penyiasatan 1MDB. Menurutnya, di samping faktor luaran dan global, isu seperti 1MDB juga telah menjejaskan ringgit.

Kenyataan beliau itu lantang dan jelas. Publisiti buruk di peringkat antarabangsa telah menjejaskan keyakinan pelabur terhadap mata wang tempatan. Aliran keluar modal berjumlah RM17 bilion dalam 12 bulan terakhir ini tidak berlaku secara kebetulan. Ia jelas menunjukkan kecuaian kerajaan dalam ekonomi dan salah urus 1MDB.

Akhir sekali, pihak paling rugi dalam perhimpunan baju merah adalah masyarakat Melayu sendiri. Selain menjadi jurucakap kerajaan, pemimpin puak baju merah juga mendakwa mewakili masyarakat Melayu. Bagi pihak luar, masyarakat Melayu telah digambarkan secara tidak tepat dan tidak adil sebagai suka bermusuhan, senang diprovokasi, nepotistik dan sanggup bertolak ansur dengan rasuah selagi hak kaum mereka tidak diancam.

Kegagalan kepimpinan Najib untuk memperbetul kesalahan dan masalah ekonomi yang turut dicetuskannya sendiri telah membebankan legasi keluarga politik Melayu, terutama legasi Tun Razak. Jika Najib gagal dengan teruk dan menyebabkan Umno BN ditolak majoriti mudah pengundi, kebergantungan parti terhadap elit-elit daripada keluarga ini mungkin akan dipersoalkan.

Umno mungkin telah diletakkan di atas mikroskop. Selepas pandangan menjadi lebih jelas, parti itu sebenarnya tidak kebal daripada skandal dan krisis. Maka lebih baik Umno menahan diri daripada meraikan kemenangan baju merah dengan terlalu awal.

Khoo Kay Peng adalah seorang penganalisis politik dan perunding pengurusan.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Kemenangan-buat-Umno-atau-permulaan-kehancuran-BN#sthash.bU2sOpJ2.dpuf

Sunday, September 20, 2015

Selepas Bersih 4 dan 'Baju Merah', kini giliran baju ungu berhimpun untuk keamanan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan melepaskan para peserta 'Run For Peace' di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini. - Foto Bernama

PETALING JAYA, 20 September:

Perhimpunan Bersih 4 dan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ tidak dianjurkan dengan cara yang betul dan menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata di kalangan pemimpin dalam demonstrasi atau perhimpunan tidak harus memimpin dengan elemen kepentingan diri seperti ketaksuban agama dan tiada toleransi etnik.

“Bagi perhimpunan baju kuning saya tiada masalah dengannya, tetapi selain berdemonstrasi untuk ekonomi, keadilan dan pilihan raya adil, mereka meminta Perdana Menteri meletak jawatan. Jadi ini merupakan masalah kerana mereka mesti tahu bahawa perdana menteri dipilih menerusi pilihan raya umum.

“Bagi perhimpunan baju merah, walaupun ia perhimpunan yang sah, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang telah menimbulkan isu berbaur perkauman menerusi ucapan dan poster mereka,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan program larian untuk keamanan “Run For Peace 2015′, di Stadium MBPJ di Kelana Jaya di sini hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan – Foto Bernama

Acara ‘Run For Peace 2015′ yang dianjurkan Soka Gakkai Malaysia, sebuah pertubuhan yang berteraskan keamanan, disertai 20,000 peserta dan bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai agar mementingkan keamanan dalam masyarakat.

Larian sejauh lapan kilometer itu menghimpunkan sebanyak 70,000 peserta lagi di 19 lokasi di seluruh negara termasuk Terengganu, Sabah dan Sarawak, yang telah diadakan sejak 6 September lalu sehingga hari ini tanpa melibatkan sebarang pemberian pingat atau kategori.

Jelasnya, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana dapat hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bebas daripada perang.

Ini kerana keamanan dan keharmonian yang dinikmati di sebalik perbezaan agama dan kebudayaan di negara ini hanya dapat dicapai menerusi teras keadilan sosial, saling menghormati dan harapan untuk masa depan lebih baik.

“Tidak seperti di negara-negara tertentu, kita dapat melihat kemusnahan terhadap kehidupan manusia dan keruntuhan negara. Bagi rakyat terbabit, keamanan hanyalah satu ilusi dan tidak nampak sebarang penyelesaian,” ujarnya.

Menurutnya, rakyat Malaysia tidak boleh mengambil mudah semua itu kerana elemen kebencian dan perpecahan jelas semakin tersebar dalam kalangan penduduk terutamanya di Semenanjung.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/20/selepas-bersih-4-dan-baju-merah-kini-giliran-baju-ungu-berhimpun-untuk-keamanan/#ixzz3mGDfUIEt

Saturday, September 19, 2015

Himpunan baju merah berbau 'double standard', kata bekas menteri

OLEH ANISAH SHUKRY
CEO Global Movement of Moderates, Datuk Seri Saifuddin Abdullah semasa ditemuramah di Bangsar South, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 September, 2015.

Bekas timbalan menteri Umno, Datuk Seri Saifuddin Abdullah hari ini membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan polis kerana mengamalkan "double standard" terhadap perhimpunan Bersih 4 bulan lalu dengan "perhimpunan baju merah" baru-baru ini.

Beliau yang merupakan ketua pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global berkata, mereka dengan pantas memburuk-burukkan peserta Bersih 4, tetapi memberi banyak kelonggaran kepada peserta "perhimpunan baju merah".

"Daripada perdana menteri, hingga kepada polis, dan kepada ramai lagi, anda boleh lihat, apabila mereka bercakap tentang Bersih, apabila mereka bercakap tentang perhimpunan baju merah, kita boleh lihat dengan begitu jelas 'double standard' mereka.

"Umno, perdana menteri kata Bersih 'democrazy' (gila berdemonstrasi), tetapi perhimpunan baju merah bagus dan mengikut undang-undang.

"Walaupun sebenarnya kedua-duanya sama, kedua-duanya perhimpunan aman," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada persidangan mengenai liberalisme di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, polis juga salah apabila membangkitkan isu permit, kerana ia tidak lagi perlu di bawah Akta Perhimpunan Aman.

"Bagaimana polis melayan Bersih 4 dan perhimpunan baju merah juga berbeza. Satu ada permit, satu lagi tidak dapat permit.

"Tetapi mengikut Akta Perhimpunan Aman, isu permit juga tidak timbul. Mengapa hendak gunakan hujah yang tidak konsisten ini?"

Katanya, ketua polis negara juga tidak berhak mengisytiharkan Bersih 4 haram kerana ia tidak ada permit.

Saifuddin juga memberitahu pemberita, Umno mesti mengambil pendirian terhadap ketua bahagian parti itu yang membuat kenyataan kontroversi.

Beliau memberi contoh khusus Datuk Mohd Fatmi Che Salleh (Umno Kota Bharu), Datuk Jamal Md Yunos (Umno Sungai Besar) dan Tan Sri Annuar Musa (Umno Ketereh).

Sebelum perhimpunan baju merah itu, Fatmi membuat ucapan berapi-api dan mengetuai sekumpulan ahli Umno membakar patung Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Jamal mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan kemelayuan beliau dengan menghadiri perhimpunan baju merah itu, manakala Annuar berkata, beliau mengamalkan sikap perkauman kerana ia selaras kehendak Islam.

"Nyatakan pendirian, jika tidak, anda menghantar isyarat bercampur-campur kepada orang ramai," kata Saifuddin, sambil mengatakan beliau tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin parti itu.

Saifuddin menolak idea Annuar yang Islam membenarkan sikap perkauman dan mengatakan, konsep "assabiyah" yang dibawa beliau dicela dalam Islam. – 19 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/himpunan-baju-merah-berbau-double-standard-kata-bekas-menteri#sthash.aDedDEOa.dpuf

Friday, September 18, 2015

16 Sept berjaya? Mungkin tidak, kata penganalisis

Yap Jia Hee
Ketika tekanan kepada Najib Razak untuk berundur semakin hebat, dirancang sebuah himpunan pada Hari Malaysia untuk menunjukkan kekuatan sokongan kepada perdana menteri .

Himpunan ini pada asalnya melaungkan tema mempertahan maruah Melayu, namun setelah mendapat reaksi negatif dan demi mengelakkan sebarang perselisihan, ia ditukar kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada saat-saat akhir.

Malah semua kaum diundang hadir.

Pada pagi himpunan semuanya berjalan lancar. Namun keadaan bertukar pada sebelah petang apabila berlaku ketegangan antara peserta baju merah dengan polis di pintu gerbang Jalan Petaling.

Di situ, terdapat di kalangan mereka memaki wartawan Cina sebagai "Cina gila babi".

Penganjur sebelum ini menjamin telah memberi jaminan himpunan ini tidak akan dicemari unsur perkauman. Tetapi akhirnya kita lihat munculnya kain rentang dengan tulisan "Hapuskan SJKC" dan "Ini Tanah Melayu".

Tak wakili majoriti Melayu

Bagi bekas pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman beliau tidak nampak himpunan baju merah ini memberi apa-apa manfaat kepada Najib.

"Saya tak nampak himpunan ini memberi 'nilai tambah' kepada Najib mahupun membantu memperkukuh kedudukan Najib," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Katanya, jumlah peserta yang hadir himpunan pada hari Rabu itu juga langsung tidak menggambarkan Najib mendapat sokongan besar rakyat.

"Saya tidak nampak himpunan ini berjaya menyatukan Melayu, saya tidak nampak kepentingannya.

"Sambutan himpunan ini tidak besar, kalau tengok jumlah peserta yang hadir, Najib bukannya mendapat sokongan penuh daripada Melayu," kata Redzuan.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Maszlee Malik pula berpendapat jumlah peserta Melayu yang hadir hanyalah peratus yang amat kecil jika dibandingkan dengan populasi penduduk Melayu di Malaysia.

Katanya, ini menunjukkan majoriti Melayu tidak termakan dengan unsur perkauman yang dilaung-laungkan himpunan ini.

"Pemimpin NGO-NGO Melayu tempatan yang berpengaruh dan prominen langsung tidak hadir, jelasnya himpunan ini tidak diiktiraf oleh kebanyakan Melayu dalam negara ini," katanya.

Matlamat tak capai

Penganalisis politik Phoon Wing Keong pula berkata kedua-dua matlamat himpunan pada Hari Malaysia sebagai reaksi terhadap BERSIH 4 dan menyokong kepimpinan Najib tidak tercapai.

"Tidak kira dari segi jumlah peserta yang hadir, emosi peserta atau perjalanan acara, himpunan 16 September agak gagal jika dibandingkan dengan himpunan BERSIH.

"Kehadiran tidak memuaskan, mereka yang hadir tidak cukup mewakili masyarakat secara keseluruhan, juga tidak dapat menggambarkan masyarakat ini masih ingin Najib kekal jawatan.

"Maka himpunan ini bukannya satu demonstrasi, sebaliknya ia mendedahkan kelemahan," kata Phoon.

Sedikit kesan negatif kepada Najib

Bagaimanapun, dengan berlaku insiden Jalan Petaling, penganalisis politik Wong Chin Huat pula berpendapat himpunan itu sedikit sebanyak mendatangkan kesan negatif kepada Najib.

"Saya rasa kejadian di Petaling Street tidak baik untuk Najib, namun tidak pula mendatangkan kerosakan yang besar kepada Najib," kata Wong.

Wong berkata Umno sendiri jelas rusuhan, jika berlaku, hanya akan mempercepat kejatuhan Najib.

Justeru, katanya, mereka menggunakan slogan "sokong kerajaan" dan menggerakkan sebanyak mungkin peserta untuk hadir.

Namun, katanya, kehadiran masih teruk, malah dicemari pula dengan insiden yang memaksa polis menyembur meriam air.

Pergolakan Umno ke jalanan

Sementara itu, kumpulan berbeza pandangan dalam Umno pula dilihat mempunyai pendirian berbeza terhadap himpunan itu, contohnya timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang sebelum ini terpaling kontroversi kenyataan “Melayu dahulu” kali ini nampaknya tidak bersetuju dengan baju merah walaupun dilaung-laungkan slogan mempertahankan maruah Melayu.

Melihat keadaan itu, Phoon berkata himpunan kelmarin sebenarnya penerusan konflik dalaman Umno. Ketika pemimpin kanan seperti timbalan menteri menghadirinya, tokoh veteran Umno Tun Mahathir Mohamad pula memperkecilkannya secara terbuka.

"Apabila konflik dalaman Umno diteruskan ke jalanan, bayangkanlah betapa sengitnya pertarungan dalaman mereka.

"Mereka yang hadir dalam himpunan bukannya pemimpin berpengaruh atau berwibawa, malah kebanyakan peserta dimobilasi, maka ini tidak dapat menunjukkan sokongan konsisten semua puak dalam Umno terhadap Najib," jelas Phoon.

Redzuan pula melihat himpunan itu sebagai platform untuk Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunos menonjolkan diri.

"Saya lihat himpunan ini lebih kepada promosi individu tertentu," sinisnya.

Umno pun pandai demo

Sementara itu, Wong berpendapat himpunan itu menunjukkan Umno kini menerima kaedah jalan raya untuk menunjukkan perasaan mereka. Semuanya berlaku selepas Mahathir turun dalam perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu bagi mendesak peletakan jawatan Najib.

Namun katanya, Umno masih tidak tahu mengawal himpunan sehingga terpaksa ditamatkan dengan pergelutan.

"Hujahan seperti 'Malaysia milik Melayu' memang satu penghinaan pada Hari Malaysia, namun dalam satu masyarakat demokrasi yang matang harusnya menerima semua pendapat termasuklah hujah-hujah perkauman.

"Bagaimanapun, tidak boleh ada unsur keganasan atau kekerasan. Maka jika Umno dapat melaungkan 'ketuanan Melayu' dalam keadaan tidak mengamuk, ini semestinya satu pencapaian yang besar dalam politik Malaysia sejak tahun 1969," kata Wong.

Sementara Phoon pula berpendapat tidak harusnya ada unsur perkauman dalam apa-apa himpunan, seperti tidak boleh ada keganasan dan kekerasan.

"Apa yang kita tuntut adalah perhimpunan aman, maka tidak patut ada keganasan. Selain itu, himpunan kamu tidak boleh menyebarkan unsur rasis atau kebencian antara kaum," jelas Phoon.

Tuesday, September 15, 2015

Tak payah la ada perhimpunan, kata Dr M

Zikri Kamarulzaman
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa perhimpuan baju merah esok adalah untuk mempertahankan orang Melayu atau pun BERSIH 4 adalah rasis.

"BERSIH 4 bukan rasis, semua bangsa ada bersama.

"Jadi (baju merah) nak jadikan perhimpunan BERSIH ni rasis supaya kononnya mereka berjuang untuk orang Melayu.

"(Tetapi) mereka tidak berjuang untuk orang Melayu. Tak payah la ada (perhimpunan)," kata Dr Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Kumpulan Baju Merah, dipimpin oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos akan menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok, Kuala Lumpur esok.

Perhimpunan itu pada mulanya dikenali sebagai Himpunan Maruah Melayu sebelum penganjurnya, kumpulan silat PESAKA, memberitahu media bahawa ia untuk semua rakyat Malaysia.

Perhimpunan esok dirancang sebagai reaksi kepada BERSIH 4 pada penghujung bulan lalu yang mendapat sokongan meluas tetapi dikaitkan media arus perdana dan pemimpin kerajaan dengan dominasi Cina dan DAP.

Isu gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipijak dalam perhimpunan itu juga dibangkitkan meluas sebelum ini.

Mahathir hadir dalam kedua-dua hari perhimpunan itu bagi menyatakan bantahannya kepada pentadbiran Najib yang sedang terasak dengan pelbagai dakwaan.

Monday, September 14, 2015

Teka siapa orang yang paling berkuasa di Malaysia?

oleh Mariam Mokhtar
SEPINTAS LALU:  Orang yang paling berkuasa di Malaysia memerlukan sekutu berkuasa dan mesti tahu siapa yang tidak perlu dikecewakan.

Beliau mesti berupaya meyakinkan rakyat tanpa menyakitkan hati jutawan industri.

Beliau mesti tidak menjengkelkan kerabat diraja, dan dalam masa sama, beliau mestilah boleh diterima oleh ulama.
Orang yang paling berkuasa di Malaysia bukanlah bekas PM Dr Mahathir Mohamad.

Pada masa lalu, beliau mungkin telah dirunding oleh semua perdana menteri.

Mahathirt mungkin boleh memilih dan menghancurkan PM. Beliau hanya perlu membuat sidang media untuk mempengaruhi pendapat umum.

Hari ini, Mahathir bermasalah untuk membuatkan dirinya dipercayai.

Kecewa dengan Najib Razak, beliau telah mencuba untuk mengkritik beliau, isteri beliau dan dasar-dasar beliau, tetapi masih belum berjaya.

Di tahun terdahulu, beliau mungkin tidak mempunyai kesukaran untuk menjatuhkan Najib.

Hari ini, walaupun beliau dua kali menyertai perhimpunan Bersih 4, disokong oleh ahli politik Umno Baru yang memberontak dan rakyat Malaysia yang terkemuka, Mahathir tidak berjaya menjatuhkan Najib, dan bukanlah orang paling berkuasa di Malaysia.

Mungkinkah orang paling berkuasa adalah Najib?

Tidak! Beliau begitu sukar meraih hormat daripada negara.

Ketua-ketua negara luar tidak menghargai beliau, tetapi mereka mengalu-alukan untuk berunding urusniaga menguntungkan dengan beliau.

Mereka menghargai dompet beliau, terutamanya beliau juga adalah menteri kewangan tetapi beliau mempunyai beban, yang tidak boleh disebut.

Adakah Pengerusi Petronas orang paling berkuasa di Malaysia?

Tidak! Kuasa Pengerusi Petronas tidak sampai ke politik. Beliau mempunyai pengaruh dalam perniagaan minyak, teteapi beliau dibelenggu oleh PM dan penasihat-penasihat beliau.

Adakah KPN orang paling berkuasa di Malaysia?

Tidak! Beliau begitu sibuk mengejar ahli politik pembangkang dan rakyat yang memakai baju kuning, yang membuatkan beliau kehilangan pandangan terhadap keutamaan kerja beliau dan kehilangan rasa hormat daripada rakyat.

Beliau mahir menguruskan tweet rakyat, tetapi beliau tidak boleh menangani jenayah dan punca jenayah.

Adakah Menteri Dalam Negeri orang paling berkuasa di Malaysia?

Ahmad Zahid Hamidi berlagak gagah dan di sebalik tabir, dikenali sebagai pembuli.

Jika kumpulan Tiga Line tidak memberi sokongan, Zahid mungkin sekadar satu lagi pembuli dalam kelas.

Di suatu tempat di penjara Sungai Buloh terdapatnya seorang lelaki yang mendedikasikan seluruh hidupnya untuk membetulkan perkara salah dalam politik Malaysia.

Beliau dijatuhkan dari kehidupan politik aktif, kerana beliau dianggap sebagai satu ancaman.

Bolehkah Anwar Ibrahim mendakwa orang paling berkuasa di Malaysia? Tidak. Tidak juga.

Adakah orang paling berkuasa di Malaysia adalah pemimpin PAS?

Kebimbangan Hadi Awang, pandangan terhadap wanita beliau dan fokusnya selepas kehidupan menghalang beliau daripada menjadi orang paling berkuasa di Malaysia.

Adakah orang paling berkuasa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng?

Beliau mendapat banyak perhatian daripada penyokong dan wira papan kekunci Umno Baru, tetapi kuasa beliau terhad.

Pulau Pinang mungkin tempat beliau, tetapi pengaruh mungkin tidak meluas di luar Pulau Pinang.

Adakah Harrusani Zakaria orang paling berkuasa di Malaysia?

Tidak juga, melainkan anda mahu mencari jalan pintas ke syurga, atau pendapat beliau tentang seks di atas unta atau pilihan jersi bola sepak.

Jadi siapa orang paling berkuasa di Malaysia?

Ianya ialah anda!

Undi anda boleh menentukan siapa yang akan memerintah negara.

Jangan bazirkan undi anda.

Jangan terus senyap dalam menghadapi korupsi, ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Anda mungkin tidak menyedarinya, tettapi sebagai individu anda kuat. Apabila anda bekerjasama dengan yang lain, anda tidak dapat dikalahkan. Anda adalah orang yang paling berkuasa di Malaysia.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Teka-siapa-orang-yang-paling-berkuasa-di-Malaysia#sthash.hJakvMu0.dpuf

Saturday, September 12, 2015

Perhimpunan perkauman di Hari Malaysia, polis diminta bertindak tegas

PETALING JAYA, 11 SEPT: Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemimpin tertinggi UMNO yang menggalakkan perhimpunan perkauman yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum di Hari Malaysia pada 16 September ini harus dikecam sekeras-kerasnya.

Ahli Majlis Eksekutif Sosialis Muda DAP, Muhammad Shakir Ameer, berkata sokongan pimpinan UMNO itu, termasuk daripada mereka yang merupakan menteri kanan kerajaan mendedahkan sikap hipokrit Barisan Nasional yang kononnya berjuang untuk semua kaum.

Katanya, kenyataan seorang pemimpin UMNO Jamal Md Yunos yang tidak menolak kemungkinan sesetengah peserta perhimpunan akan mengamuk kerana ‘beremosi’ perlu dikutuk dan dipandang serius oleh pihak polis kerana ini melibatkan keselamatan umum.

“Kami tidak mempersoalkan usaha untuk berhimpun kerana ia adalah hak setiap rakyat Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan. Namun, kami menyeru pihak polis untuk mengutamakan dan memastikan keselamatan orang ramai di seluruh Kuala Lumpur terutamanya pada cuti umum Hari Malaysia,” ujarnya, mengingatkan tentang tema perhimpunan itu yang merupakan provokasi perkauman.

Sehubungan itu, beliau mahu pihak polis benar-benar menjaga keselamatan rakyat, dan bertindak tegas terhadap anasir-anasir perkauman.

Menurut beliau, orang awam termasuk umat Islam sendiri berada dalam ketakutan, dan mereka tidak berani untuk turun ke Kuala Lumpur pada hari tersebut kerana bimbang akan keselamatan masing-masing.

Berbeza dengan perhimpunan Bersih 4 sebelum ini yang mahu kepada sistem pentadbiran yang bersih serta bebas rasuah yang sesuai dan baik untuk semua rakyat, Shakir menjelaskan bahawa, perhimpunan 16 September ini amat bersifat perkauman.

“pihak penganjur tidak mengambil kira bahawa perhimpunan provokasi sebegini akan merugikan ekonomi tempatan, mencetuskan ketegangan antara kaum tanpa sebab dan menakutkan orang ramai termasuk orang Islam.

“Ini juga akan menjejaskan Hari Malaysia yang sepatutnya mempromosikan harmoni sesama rakyat Malaysia,” katanya, turut mengingatkan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak juga menolak ketuanan satu kaum. – Roketkini.com

Wednesday, September 9, 2015

Mahathir: Polis nak tangkap, tangkaplah

Zulaikha Zulkifli
 Hari ini, 12:22 pm Hari ini, 1:41 pm

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau bersedia sekiranya ditangkap oleh pihak polis berhubung kehadirannya ke perhimpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.
Beliau juga berkata, akan memberikan kerjasama sekiranya polis memanggilnya untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung perkara itu.

"Itu hak mereka. Nak tangkap, tangkaplah," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Ditanya sama ada beliau menerima sebarang notis daripada polis, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau hanya mengetahuinya melalui surat khabar.

"Saya baca di akhbar. Sudah tentu apabila polis panggil kita kena pergi. Itu adalah cara di Malaysia.

"Saya akan patuh," katanya lagi.

Tak perlu demo 16 Sept

Selain itu, ditanya mengenai Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September ini, Mahathir berkata perhimpunan itu tidak perlu dilakukan.

Malah, katanya, tindakan perhimpunan baju merah itu tidak perlu dilakukan kerana menyerupai perhimpunan di Bangkok, Thailand.
"Kenapa nak ada baju merah pula. Tak payahlah. Ini bukan soal kuning lawan merah macam di Bangkok. Ini kita punya masalah. Kita selesaikan sendiri," katanya lagi.

Mahathir merupakan individu yang paling lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan dakwaan skandal kewangan 1MDB dan sumbangan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi ahli parlimen Pekan itu.

Beliau juga sebelum ini membuat kejutan dengan menghadiri perhimpunan BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Kehadirannya itu dikatakan sebagai solidariti bersama rakyat yang mahukan Najib melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Ekoran itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa bekas perdana menteri selama 22 tahun itu akan disiasat kerana hadir pada perhimpunan tersebut dan juga membuat ucapan serta dakwaan tertentu.

Friday, September 4, 2015

Di-antara Tun Dr Mahathir dan Transparency International, mana lebih buruk.......?

Wak pun hairan juga, mengapa Tun Dr Mahathir yang mereka bersungguh-sungguh sangat mahu disoal-siasat. Pada pendapat Wak perkara Tun Dr Mahathir ni cuma satu perkara yang sangat-sangat terlalu kecil sahaja.

Apa salahnya beliau datang ke perhimpunan Bersih 4 tu, sedangkan beliau hanya ahli biasa sahaja dalam Umno, beliau tidak ada langsung berkaitan dalam soal pentadbiran negara. Kalau lah hendak siasat orang seperti begini siasatlah semua yang turut sama hadir pada hari itu.

Sebenarnya ada lebih baik nya disiasat perwakilan Transparency International yang terus terang seakan-akan menuduh Perdana Menteri telah 'menerima rasuah'. Transparency International sebenarnya bukan sahaj telah memalukan Perdana Menteri bahkan ianya juga telah memalukan negara kita.

Thursday, September 3, 2015

Sekali lagi Utusan Malaysia menerima 'ancaman' saman dari DAP

BERSIH 4: Guan Eng putus untuk saman Utusan

Susan Loone Hari ini, 5:00 pm Hari ini, 5:21 pm
Akhbar harian milik Umno Utusan Malaysia sekali lagi mengundang masalah dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim memutuskan untuk mengambl tindakan undang-undang kepada akhbar itu kerana mengaitkan beliau dengan penganjuran perhimpunan selama 34 jam di Kuala Lumpur hujung minggu oleh Gabungan NGO yang menuntut reformasi sistem pilihan raya BERSIH.

Ratusan ribu rakyat memakai baju T kuning turun ke jalan raya bagi menyokong tuntutan BERSIH antaranya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan ekoran dakwaan skandal 1MDB dan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadinya.
Lim turur hadir ke perhimpunan itu dan menyampaikan ucapan bersama dengan pemimpin pembangkang yang lain.

Beliau memakai baju T kuning tanpa cetakan tema BERSIH yang dilarang oleh menteri dalam negeri sehari sebelum berlangsungnya himpuan itu.

"Laporan muka depan Utusan hari ini memburukkan nama saya," kata dalam sidang medianya di Komtar hari ini.

"Akhbar itu mahu mencari masalah dengan saya lagi. Kali ini dah keterlaluan kerana saya bukan penganjur himpunan,"katanya yang juga setiausaha agung DAP.

Lim melihat laporan serangan Utusan pada muka depan hari ini, yang menyiarkan gambar beliau dan bapanya Lim Kit Siang, dan pemimpin-pemimpin BERSIH yang lain, termasuk pengerusinya Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi bersama Datuk S Ambiga dan Ketua Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu.

Tajuk utama 'Malulah Kamu!', akhbar itu menuduh perhimpunan itu sebagai satu gerakan untuk menggalakkan nilai-nilai anti-nasional.

Wednesday, September 2, 2015

Mari baca apa Tan Sri Rafidah Aziz kata............

Pemimpin berkuasa akan jadikan Malaysia negara melarat, kata Rafidah

Published: 2 September 2015 6:00 PM
Malaysia akan berakhir jadi negara melarat jika kerajaan masih terus enggan mendengar rintihan dan suara rakyat, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 September, 2015.

Malaysia akan berakhir menjadi negara tanpa pentadbiran yang baik dengan rasuah berleluasa jika pihak berkuasa tidak ambil peduli isu sebenar disuarakan rakyat, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Bekas menteri itu berkata, pihak berkuasa seolah-olah cuba memekakkan telinga terhadap keluhan rakyat berkaitan "integriti dan kepercayaan rakyat, pentadbiran kerajaan dan politik wang".

"Tiada seorang pun yang mendengar rungutan rakyat! Ada yang masih dalam penafian...sama ada mereka fikir sebegitu atau suara kita tidak perlu diambil peduli," kata bekas menteri antarabangsa dan perdagangan industri itu melalui status Facebook hari ini.

"Mengapa jawapan masih tidak diberikan? Kenapa perkara ini diambil ringan? Kenapa perkara dibiarkan melarat sehingga kita dibatasi antara 'mereka' dan 'kita'?

Bekas ketua Wanita Umno itu berkata, dirinya juga diasak soalan daripada rakyat luar mengenai situasi semasa di Malaysia dan soalan sama dilontarkan kebanyakan rakyat tempatan.

Beliau merayu pihak berkuasa tidak bermain politik dan bertindak menangani isu yang dibangkitkan.

"Beritahu rakyat hasilnya, dan jangan biarkan isu membarah dan menyebabkan Malaysia merosot menjadi negara bawahan kerana kelemahan pentadbiran, dengan rasuah berleluasa, serta ekonomi dan sosial yang tidak stabil," katanya.

Rafidah berkata, kerajaan tidak sepatutnya mengetepikan isu serius dan memberi amaran tiada wang ringgit atau kata-kata yang boleh membetulkan perkara yang salah.

"Ini bukan cara yang baik untuk Malaysia, jadi hentikan dan cari jalan mengubati kerosakan ini secara serius," katanya.

Beliau turut mempersoalkan keperluan himpunan balas daripada himpunan Bersih 4 yang dianjurkan pada minggu lalu, dan mempertikaikan sama ada ia juga akan menjejaskan pelancong serta menyebabkan ekonomi dan peluang pelaburan hilang.

Ketua Bahagian Umno Datuk Jamal Yunos pada Ahad lalu mengumumkan himpunan sejuta "baju merah" yang menyokong kerajaan akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10 Oktober ini.

Ini merupakan kenyataan kedua Rafidah mengenai kebimbangannya terhadap Malaysia.

Pada 31 Ogos, Rafidah di Facebook menyatakan tentang "kesedihan teramat dalam" ketika menyambut Hari Kebangsaan kerana isu yang terjadi di negara ini termasuk skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 2 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-berkuasa-akan-jadikan-malaysia-negara-melarat-kata-rafidah#sthash.wsvvk9EM.dpuf

Polis buru individu pijak gambar pemimpin, kata KPN

Gambar Hiasan
Published: 2 September 2015 7:34 PM
Individu memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan Bersih 4 sedang diburu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 September, 2015.

Polis sedang memburu individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang memijak gambar berkenaan segera salurkan kepada polis supaya kita dapat ambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya.

Perlakuan memijak gambar pemimpin jelas bukan budaya rakyat Malaysia tetapi ia dilihat cuba dijadikan sebagai budaya oleh penganjur dan peserta demonstrasi itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Pasukan Polis Marin ke-68 di markas operasi pasukan itu di Pelabuhan Klang, hari ini.

Beliau mengulas mengenai gambar beberapa individu memijak gambar Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan Bersih 4 yang tersebar luas di laman sosial.

Sementara itu, golongan netizen turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan peserta perhimpunan Bersih 4 tersebut dan melalui laman Facebook, kebanyakan mengutuk tindakan biadab itu dengan menyifatkannya sebagai tidak bermoral.

Pengguna Facebook, Kemboja Putih berkata tindakan memijak gambar perdana menteri dan presiden PAS itu dianggap biadab dan lari daripada tujuan asal perhimpunan berkenaan.

"Apa kata penganjur tentang kebiadapan ini? Buka mata rakyat Malaysia, bukan kekecohan seperti ini yg kita mahukan..Perhimpunan seperti ini hanya mencemarkan nama negara saja..#SayNoToBersih," katanya.

Shah Liya pula meminta pihak berkuasa menangkap pelaku tersebut supaya menjadi pengajaran kepada orang ramai kerana "niat dia jahat pasal tu dia pijak2".

Kenny Teoh berkata perhimpunan itu sepatutnya diadakan secara beradab.

"Walaupun kita tidak menyokong pemimpin itu, tak perlulah sampai memijak2 gambar mereka. Kita beradablah pada masa perhimpunan, tunjukkan kepada semua kita ni betul2 ikhlas mahukan perubahan. Peace!", katanya.

Selain itu, laporan polis turut dibuat oleh pelbagai pihak mengenai tindakan biadab peserta perhimpunan itu. – Bernama, 2 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-buru-individu-pijak-gambar-pemimpin-kata-kpn#sthash.H2t1bro4.dpuf

'Peserta Bersih 4 pijak gambar Hadi Awang tidak beradab'

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata insiden penghinaan yang dilakukan peserta perhimpunan hujung minggu lalu telah menimbulkan ketidakselesaan di kalangan ahlinya. - Foto TRP/Azrol Ali

KUALA LUMPUR, 2 September:

Keputusan Pas yang tidak mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan Bersih 4 dianggap satu tindakan tepat.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata insiden penghinaan yang dilakukan peserta perhimpunan hujung minggu lalu telah menimbulkan ketidakselesaan di kalangan ahlinya.

Ia katanya, merujuk kepada insiden memijak gambar Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan tidak beradab meskipun menyokong tuntutan Bersih untuk pilihan raya yang bersih.

“Saya kesal dengan persepsi negatif dan fitnah yang sengaja dibina terhadap Pas, terutamanya pada Presiden Pas, sehingga wujudnya insiden-insiden tidak beradab dan melampaui batas seperti memijak gambar Presiden Pas yang sengaja dibuat untuk menimbulkan kebencian terhadap parti dan Presiden Pas.

“Ini membuktikan keputusan Pas adalah tepat kali ini untuk tidak mengerahkan ahlinya,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Jelas Tuan Ibrahim, kehadiran Naib Presiden Pas, Idris Awang adalah bukti sokongan parti itu terhadap tuntutan Bersih walaupun tidak mengerahkan ahlinya kerana terikat dengan program parti yang telah diatur terlebih dahulu.

Menurut Pesuruhjaya Pas Pahang itu, ketiadaan Pas dalam perhimpunan hujung minggu lalu membuktikan Pas sebagai parti pembangkang terbesar dalam dunia politik tempatan.

“Pas hadir dengan sepenuh tenaga setiap demonstrasi Bersih mahupun anti-GST yang lepas. Hanya kali ini, Pas tidak mengerahkan ahlinya di Bersih 4, oleh itu, kesannya adalah minima.

“Malah, melalui laporan pelbagai media, difahamkan ketiadaan Pas dirasai kali ini berbanding perhimpunan Bersih sebelumnya.

“Ini sekaligus membuktikan Pas sebagai parti pembangkang terbesar terus menjadi faktor besar di arus perdana politik negara,” jelasnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/02/peserta-bersih-4-pijak-gambar-hadi-awang-tidak-beradap/#ixzz3kYt8iJVM

Tun Dr Mahathir akan dipanggil polis......? Kah! Kah! Kah!.......

Polis akan panggil Dr Mahathir kerana hadir Bersih 4, kata KPN

OLEH DIYANA IBRAHIM

Published: 2 September 2015 10:39 AM
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan, pihak polis membuat keputusan memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan Bersih 4 minggu lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 September, 2015.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil polis dalam waktu terdekat susulan kehadiran beliau dalam himpunan Bersih 4, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua polis negara itu berkata, keputusan memanggil Dr Mahathir berikutan ucapan yang dilakukannya ketika perhimpunan terbabit.

"Kita akan panggil beliau. Beliau membuat tuduhan dalam ucapannya. Kita akan siasat dari mana Dr Mahathir mendapat maklumat," katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Peringatan Pasukan Polis Marin ke-68, di Pelabuhan Klang, Selangor hari ini.

Bagaimanapun Khalid berkata polis masih belum memastikan sebarang akta bagi penahanan Dr Mahathir kerana ingin menyoal siasat terlebih dulu.

"Kita akan panggil dulu, baru kita akan pastikan di bawah akta apa," katanya.

Beliau berkata siasatan polis terhadap bekas perdana menteri itu akan menumpukan mengenai dakwaan yang dibuat Dr Mahathir ketika perhimpunan Bersih 4 seperti ketua bahagian Umno yang menerima rasuah.

"Kita hendak tahu lebih lanjut maksud (ucapan) dan maklumat yang diperoleh contohnya beliau menyatakan ketua bahagian Umno dirasuah jadi kita nak tahu lebih lanjut," katanya.

Bekas perdana menteri yang begitu lantang mendesak peletakan jawatan Najib membuat kejutan dengan hadir di perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka baru-baru ini.

Menulis di laman blog popularnya beliau menjelaskan sebab memutuskan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 4 pada hujung minggu lepas.

Katanya, beliau terpaksa berbuat demikian untuk mencari penyelesaian kepada kemelut negara.

Pada masa sama, Khalid turut menegaskan polis akan memanggil penganjur dan pemimpin ternama yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 4.

Beliau turut menamakan pemimpin ternama yang akan dipanggil polis dalam waktu terdekat ialah Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

"Kita akan panggil semua yang terlibat dalam Bersih dan akan siasat sudah pasti akan beri penumpuan kepada penganjur dan pemimpin ternama menyertai Bersih," katanya.

Perhimpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 36 jam mencipta sejarah yang tersendiri kerana walaupun diumumkan sebagai perhimpunan haram namun dihadiri kira-kira 300,000 peserta demonstrasi.

Perhimpunan yang berlangsung secara aman itu menuntut peletakan jawatan Najib termasuk penjelasan mengenai isu kontroversi yang terpalit sepanjang pentadbiran Najib seperti kes syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 2 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-akan-panggil-dr-mahathir-kerana-hadir-bersih-4-kata-kpn#sthash.uTxEM6gi.dpuf

Apabila pemimpin Umno dan MCA 'bercakaran'

Menurut Ti, dakwaan Jamal bahawa perhimpunan Bersih 4 boleh mencetuskan isu perkauman adalah tindakan pelampau. - Foto arkib TRP

KUALA LUMPUR, 2 September:

Kenyataan yang dibuat Pengerusi Anti-Bersih disifatkan sebagai “tidak bertanggungawab dan tidak wajar.”

Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berpendapat, dakwaan Datuk Jamal Md Yunos bahawa perhimpunan Bersih 4 boleh mencetuskan isu perkauman adalah tindakan pelampau.

“Mereka jelas mempunyai agensi politik.

“Mereka hanya menjadikan masyarakat Cina sebagai mangsa politik, disebabkan kemarahan mereka terhadap perhimpunan itu,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Ti berkata, mereka sengaja mendakwa ia isu perkauman, walhal bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyertai perhimpunan itu.

Katanya, mereka memilih kenyataan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang dibuat berdasarkan kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, tetapi tidak mengambil kira arahan Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan yang melarang ahli parti menyertai perhimpunan Bersih 4.

“Jangan buli orang kami dalam pertengkaran orang dewasa.

“Selama ini, MCA adalah sebuah parti amat demokratik yang menghormati hak individu menyuarakan pendapat mereka. Kami bukan adikara.

“Kami mengamalkan semangat demokratik sejak sekian lama,” katanya.

Jamal sebelum ini mendakwa perhimpunan Bersih 4 boleh mencetuskan isu perkauman yang akan menghuru-harakan negara, seperti peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Menurut Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu, lebih 80 peratus peserta Bersih 4 terdiri daripada orang Cina yang dilihat bersungguh-sungguh menggerakkan agenda himpunan haram itu.

Sementara itu, Chong menegaskan, beliau “tidak pernah meminta ahli-ahlinya menyertai perhimpunan Bersih 4″.

“Saya tidak pernah menggalakkan pemuda untuk menyertai Bersih.

“Perhimpunan Bersih 4 ini sudah terkeluar daripada konteks, di mana asalnya ia menuntut pilihan raya bersih, telus dan nilai-nilai umum lain, tetapi ia kemudiannya bertukar menjadi perhimpunan anti kerajaan dan anti Perdana Menteri yang jelas dirampas oleh parti-parti pembangkang, khasnya DAP,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/02/apabila-pemimpin-bn-bercakaran/#ixzz3kXD3xLaF

Tuesday, September 1, 2015

Akar umbi Umno tak marah Dr Mahathir turun Bersih 4

OLEH MD IZWAN
Kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad di perhimpunan Bersih 4 menimbulkan pelbagai reaksi termasuk peringkat akar umbi Umno tetapi menerimanya kerana yakin ia bertujuan mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya semata-mata. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 September, 2015.

Ahli Umno di peringkat akar umbi tidak marah dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Bersih 4 hujung minggu yang lalu, sebaliknya menggesa supaya kepimpinan di atas menyelesaikan kemelut yang melanda parti.

Walaupun pada awalnya mereka tidak memahami keputusan bekas perdana menteri itu, mereka kemudiannya dapat menerima penjelasan beliau yang mendesak supaya Presiden Datuk Seri Najib Razak berundur semasa hadir ke perhimpunan besar tersebut.

"Mula-mula ramai yang marah kerana tidak faham, tetapi hari ini mereka sudah mula faham.

"Tun (Dr Mahathir) hadir bukan kerana menyokong Bersih tetapi mahu bersama rakyat yang tidak berpuas hati," kata Naib Ketua Bahagian Umno Kota Raja, Mohd Hamidi Abu Bakar kepada The Malaysian Insider.

Beliau tidak menyifatkan kehadiran Dr Mahathir ke Bersih 4 sebagai satu isu besar, memandangkan katanya, mutakhir ini negarawan itu secara terbuka sudah mengkritik dan mengecam pimpinan utama parti, khususnya presiden.

"Orang yang kenal Tun sahaja faham kenapa dia turun, ini bukan lagi persepsi. Satu Malaysia boleh nampak mesej yang cuba Tun sampaikan," katanya.

Dr Mahathir kini menjadi seteru utama Najib, secara terbuka mahu presiden Umno tersebut meletak jawatan kerana terlibat dalam skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Sementara itu, bekas ketua Pemuda cawangan Keliang, Hulu Selangor, Moohamad Faizal Abdul Raub pula menganggap tindakan Dr Mahathir tersebut sebagai isyarat yang Najib tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli parti.

"Sudah jelas, majoriti orang Umno sendiri menolak presiden.

"Dr Mahathir guna bahasa yang rakyat senang faham, tapi pengikut Najib guna bahasa putar belit. Sekarang semua sudah sedar," katanya yang meletak jawatan baru-baru ini.

Faizal berkata, langkah diambil Dr Mahathir menunjukkan beliau sudah hilang kesabaran dengan Najib dan akar umbi kini buntu mencari jalan untuk menegur Najib secara baik.

"Bila seseorang lantang tegur Najib, pengikutnya menyerang balik orang yang kritik itu, kemudian bagi kenyataan mengarut.

"Walhal sejak daripada awal lagi, akar umbi sudah beritahu, tidak tahu jalan lain lagi nak digunakan untuk tegur Najib ini," katanya.

Faizal senada dengan Hamidi, tidak marah dengan tindakan Dr Mahathir tersebut walaupun secara peribadi tidak bersetuju dengan penganjuran Bersih 4.

"Walaupun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan perhimpunan Bersih itu, tapi saya faham mengapa Tun buat keputusan sebegitu," katanya.

Sementara itu, bekas ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh pula menggesa supaya pemimpin atas menyelesaikan kemelut dalaman parti yang menyebabkan berlaku perpecahan di peringkat bawah.

"Lebih baik pemimpin atas cari jalan selesaikan kemelut dalam parti. Selesaikan isu 1MDB dan jelaskan mengenai RM2.6 bilion.

"Itu yang kami di bawah mahukan. Bukan sibuk nak mengecam Tun," kata Asrul.

Mengenai pengaruh Dr Mahathir di kalangan orang Melayu, ahli politik veteran Umno Tan Sri Zainuddin Maidin melihat Najib akan sukar untuk mendapat kepercayaan masyarakat Melayu selepas ini.

"Saya rasa penjelasan Tun mengatakan beliau hadir bukan kerana menyokong demonstrasi tersebut tapi kerana tidak suka Najib. Apa yang Tun rasa itu dirasai oleh orang Melayu sekarang ini.

"Jadi, saya rasa susah untuk menarik sokongan orang Melayu kepada Najib selepas ini," kata bekas pengarang akhbar dan bekas menteri yang lebih dikenali sebagai Zam itu.

Katanya, tidak patut timbul sebarang isu berkenaan kehadiran Dr Mahathir ke Bersih 4 kerana yakin dengan kesetiaan bekas perdana menteri itu kepada Umno yang ditubuhkannya sendiri selepas diharamkan pada 1988.

"Beliau tetap menyokong Barisan Nasional. Dr Mahathir hanya mahu Najib berundur, bukannya menyokong Bersih.

"Darah daging Dr Mahathir adalah Umno, dan beliau tidak akan berhenti daripada Umno kecuali orang membuangnya," kata bekas menteri penerangan itu.

Sebaliknya, Zainuddin melihat sokongan penyokong Umno kepada Dr Mahathir masih kuat dan reaksi marah selepas mendapat tahu kehadirannya ke Bersih membuktikan parti itu masih memerlukan negarawan tersebut.

"Apabila ia menimbulkan reaksi marah di kalangan orang Umno sendiri, ia menunjukkan Umno masih perlukan beliau dan beliau penting kepada parti.

"Mengapa nak marah kalau tidak sayang kepadanya," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Azizuddin Mohd Sani melihat langkah diambil oleh Dr Mahathir tersebut bertujuan mewujudkan senario yang usul undi tidak percaya ke atas Najib perlu dibawa ke Parlimen pada Oktober nanti.

"Senario yang cuba diwujudkan oleh Tun, terutamanya untuk menarik sokongan pemimpin pembangkang membawa usul undi tidak percaya dalam Parlimen.

"Ini memberi isyarat beliau sedia bekerjasama dengan pembangkang dan mahu bersungguh-sungguh usul itu dibawa pada Oktober nanti," katanya.

Pensyarah di Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, Dr Mahathir ketika ini sedang memberi tekanan kepada pemimpin Umno dan BN supaya menukar Najib tetapi pada masa sama mengekalkan kerajaan sedia ada.

"Beliau (Dr Mahathir) ada sebut (ketika Bersih 4), kita kena tukar pemimpin, tapi kerajaan BN tidak akan jatuh," katanya.

Bagaimanapun Azizuddin berkata, Dr Mahathir mahu ramai ahli Parlimen Umno dan parti komponen menyokong undi tidak percaya tersebut supaya kerajaan sedia ada tidak tumbang kepada pembangkang sekiranya majoriti tidak memihak kepada BN.

"Mungkin ada 88 ahli Parlimen daripada pembangkang yang menyokong, tapi jika sedikit sangat daripada sebelah BN, bimbang kerajaan yang sedia ada jatuh.

"Sekiranya majoriti daripada pembangkang banyak, maka selepas itu akan ada kerajaan pembangkang pula nanti," katanya.

Oleh itu, beliau berkata, ahli Parlimen BN perlu majoriti yang besar supaya ada "kuasa tawar menawar" (bargaining power) jika usul undi tidak percaya itu berjalan.

"Tun mahu ramai ahli Parlimen Umno sokong usul itu supaya ada kuasa 'bargain' untuk lantik siapa yang bakal jadi perdana menteri nanti," katanya. – 1 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akar-umbi-umno-tak-marah-dr-mahathir-turun-demonstrasi-bersih-4#sthash.oKGD596s.dpuf

Zahid rayu pemberita bantu kembalikan pengundi Cina, India kepada BN

OLEH KC NAZARI
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Puchong di Serdang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 31 Ogos, 2015.

Sehari selepas himpunan Bersih 4 berlangsung, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu pertolongan pemberita agar mengembalikan sokongan pengundi Cina dan India kepada Barisan Nasional (BN).

Bercakap sewaktu merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Puchong, Zahid berkata beliau yakin pengundi komuniti itu tidak menyisihkan BN secara mutlak kerana media yang diikuti kaum India dan Cina masih memberikan liputan kepada majlis Umno dan gabungan pemerintah itu.

"Sekarang ni mereka tak yakin dengan kita. Mereka bukannya benci sangat dengan kita.

"Cuba tanya pemberita, (mereka) tak benci kita pun. Kalau benci mereka tak akan datang sini pun, betul tak?" kata Zahid.

Beliau kemudian memalingkan badannya ke arah kumpulan pemberita yang bertugas dan menyampaikan pesanan berikut:"Tolong ubah minda orang Cina dan India supaya mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang. Tolong tulis itu," katanya.

Himpunan Bersih 4 yang berlangsung selama 34 jam pada 29 dan 30 Ogos berjaya mengumpulkan puluhan ribu peserta yang berkampung semalaman di kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Penganjur mendakwa berjaya mengumpul 500,000 orang sepanjang perhimpunan selama 34 jam itu. – 31 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-rayu-pemberita-bantu-kembalikan-pengundi-cina-india-kepada-bn#sthash.2dPBJkxm.dpuf

Tindakan ke atas peserta Bersih 4 luar negara tak masuk akal

oleh Robin Stanley Augustin
SEKILAS PANDANG: Beratus-ratus ribu peserta perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching berbuat demikian secara aman dan tidak menghadapi masalah dengan pihak berkuasa.

Mereka akan meneruskan kehidupan mereka, dengan kenangan semasa perhimpunan ini, mengetahui yang mereka telah melaksanakan hak-hak dan menyuarakan pendapat mereka.

Walau bagaimanapun perkara yang sama tidak boleh dikatakan bagi rakyat Malaysia di luar negara yang mengambil bahagian dalam perhimpunan-perhimpunan Bersih 4 di seluruh dunia, termasuk di bandar-bandar seperti London, New York, Sydney dan Rio de Janeiro.

Putrajaya telah menyaraskan peserta-peserta tersebut.

Ini akan dilakukan menurut laporan Bernama, yang berkata Wisma Putra akan mendapatkan maklumat mengenai rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam perhimpunan-perhimpunan Bersih 4 di luar negara, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Reezal Merican Naina Merican yang berkata sedemikian, berkata identiti rakyat Malaysia ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk diambil tindakan.

"Rakyat Malaysia terbabit tidak seharusnya dilepaskan daripada tindakan kerana mereka telah melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan imej negara di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Rompin pada 30 Ogos.

“Kita bukan tidak mempunyai ruang yang luas untuk mana-mana pihak bercakap. Ini bukan negara kuku besi… "kata beliau sambil menambah bahawa rakyat Malaysia di luar negara perlu menjaga nama dan tradisi negara.

Reezal berkata tindakan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar negara, adalah tidak wajar.

"Saya sendiri ada masanya mempunyai pandangan yang kritikal tetapi saya mengikut saluran yang difikirkan wajar dan mematuhi undang-undang," katanya.

Adakah Reezal tidak nampak ironi dalam kenyataannya?

Adakah dia tidak sedar yang ianya kedengaran mengarut?

Apa yang rakyat Malaysia lakukan di luar negara adalah urusan mereka.

Mereka mesti mematuhi undang-undang di negara-negara ini.
Jika negara-negara atau bandar-bandar di mana perhimpunan Bersih 4 luar negara dijalankan, membenarkan orang ramai berhimpun secara bebas, jadi siapakah Reezal atau Putrajaya untuk menghukum peserta-peserta Bersih 4?

Tambahan pula, bukankah cubaan membawa tindakan undang-undang terhadap peserta-peserta Bersih di luar negara, membazirkan wang pembayar cukai?

Bagaimanakah peserta Bersih 4 di luar negara mencemarkan reputasi negara?

Di negara-negara maju, rakyatnya berkumpul secara aman sepanjang masa untuk membantah atau memperjuangkan sebab-sebab tertentu.

Apa yang mencemarkan reputasi negara kita adalah pemimpin-pemimpin yang dikaitkan dengan skandal kewangan.

Reezal berkata Malaysia bukan sebuah negara kuku besi.

Tetapi, negara-negara yang bukan kuku besi mengendalikan kes fitnah atau penghingaan melalui saman undang-undang.

Kerajaan-kerajaan negara-negara ini bersikap terbuka, telus dan bertanggungjawab.

Mereka tidak mengharamkan penerbitan, menghalang laman-laman web atau mengharamkan baju kuning.

Akhir sekali, penulis mesti menyatakan bahawa tindakan rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin-pemimpin mereka, bukannya tidak wajar.

Rakyat yang cintakan negara dan mempunyai sebab yang sah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka boleh menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin, kerajaan dan parti pembangkang mereka di mana sahaja dan bila-bila masa.

Ramai orang perlu ingat bahawa sekarang abad ke-21, dan kebebasan bersuara adalah satu kenyataan.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Tindakan-ke-atas-peserta-Bersih-4-luar-negara-tak-masuk-akal#sthash.mZsUWX31.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-