Saturday, August 22, 2015

Pemimpin Umno di sebalik plot guling kerajaan mahu jadi PM, kata Zahid

OLEH ANISAH SHUKRY
Pemimpin Umno yang jadi dalang untuk guling kerajaan berhasrat jadi perdana menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015.

Pemimpin Umno yang menjadi dalang di belakang plot untuk menggulingkan kerajaan berhasrat menjadi perdana menteri kepada "kerajaan perpaduan" yang baharu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Naib presiden Umno itu berkata, mereka yang terlibat dalam plot itu juga mahu melantik 2 timbalan perdana menteri - seorang daripada kalangan pemimpin PKR dan seorang lagi DAP.

"Mereka berhajat (dapatkan) 128 ahli Parlimen. Nauzubillah. Mereka sebut ini 'unity government' (kerajaan perpaduan), atau kerajaan bersatu.

"Mereka rancang, yang akan jadi perdana menteri ialah tokoh yang pernah ada bersama dengan kepimpinan utama Umno.

"Dua timbalan perdana menteri, seorang ketua DAP dan seorang ketua PKR," kata Zahid ketika merasmikan mesyuarat tahunan perwakilan Umno bahagian Sri Gading di Segamat petang ini.

Beliau berkata, mereka merancang membentangkan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat pada 19 Oktober tetapi rancangan itu gagal apabila plot mereka didedahkan.

Mereka kemudiannya berpindah kepada pelan B, iaitu mempersembahkan akaun bersumpah dengan tandatangan yang mencukupi kepada Yang di-Pertuan Agong, kata Zahid, yang merupakan orang pertama mendedahkan mengenai plot itu pada 15 Ogos.

"Itu pun berjaya kita sekat kerana mereka tak cukup ahli Parlimen," kata Zahid.

Zahid berkata individu yang hendak menjadi perdana menteri itu merancang bertemu Datuk Seri Najib Razak di kediamannya pada Ahad lalu, tetapi membatalkan niatnya kerana kehadiran ramai wakil media di situ ketika itu.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-umno-di-sebalik-plot-guling-kerajaan-mahu-jadi-pm-kata-zahid#sthash.1KbWNzXh.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-