Friday, August 14, 2015

Tanda-tanda keretakan dalam UMNO semakin jelas

Pemuda Semporna mahu PM bercuti
Sehari sebelum ahli Umno menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin duduk sepentas bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selepas kedua-dua disingkir dari kabinet, Pemuda Umno Semporna mengemukakan usul supaya perdana menteri bercuti.

Mereka juga mahu pemilihan parti - yang sepatutnya diadakan pada tahun depan - diteruskan di sebalik keputusan Majlis Tertinggi Umno menangguhkannya selama 18 bulan.

Berdasarkan usul disiapkan sekretariat Pemuda Umno Semporna, usul ketiga yang akan dibentangkan dalam mesyuarat perwakilan mereka petang ini ialah mendesak isu 1MDB disiasat serta dijawab dengan telus.

Usul itu mendakwa, isu agensi tajaan penuh kerajaan itu menjejaskan imej Umno dan BN sehingga ia boleh menyebabkan kekalahan parti berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang.

Umno Semporna diketuai Mohd Shafie yang juga naib Presiden Umno.

Beliau digugurkan daripada kabinet bersama Muhyiddin oleh Datuk Seri Najib Razak pada 28 Julai lalu kerana lantang mempersoalkan cara kerajaan menangani isu 1MDB.

Sumber Pemuda Umno Semporna berkata, mesyuarat perwakilan Wanita Umno Semporna yang diadakan semalam juga meminta pemilihan parti diteruskan mengikut jadual asal.

"Usul yang dibawa Pemuda Umno hari ini mungkin juga diluluskan di peringkat bahagian dalam mesyuarat esok kerana sentimen mengenai tuntutan itu amat kuat di Semporna," katanya.

Usul itu kemungkinan besar dibawa ke mesyuarat penuh bahagian esok.

Mesyuarat Wanita Umno Semporna diadakan semalam dan dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong yang juga naib ketua Umno bahagian berkenaan.

Pemuda Umno Semporna kini diketuai Datuk Aziz Jamman.

Mesyuarat agung tahunan sayap itu petang ini akan dirasmikan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Muhyiddin dijadual tiba di Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 10.30 pagi esok sebelum menghadiri mesyuarat bahagian di Dewan Masyarakat Semporna. - M'kini

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=315602:pemuda-semporna-mahu-pm-bercuti&Itemid=2#ixzz3imAhS8H5
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-