Thursday, August 13, 2015

Usaha untuk gulingkan gabenor Bank Negara GAGAL

Oleh Zainuddin Maidin
Gebenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang telah difitnahkan oleh sukarelawan -sukarelawan Najib untuk menjatuhkanya, hari ini telah mengistiharkan akan terus berkhidmat hingga tamat tempoh.

Dalam sidang akhbarnya hari ini beliau mengistiharkan " Pasti saya akan tetap berada di jawatan saya sehingga tamat tempoh khidmat saya selama lima tahun yang berakhir pada tahun depan."

Ini adalah suatu lagi tanda tolak anur kerajaan Najib di bawah tekanan rakyat setelah membatalkan pertukaran pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri dan memindahkan mereka balik ke SPRM dengan serta merta kerana beberapa petunjuk undang-undang dikemukakan oleh berbagai pihak mengatakan tindakan itu salah dari segi undang-undang.

Berita Zeti akan turut dipersarakan,dipecat atau akan disiasat telah tersebar luas terutamanya selepas serangan tiba-tiba dibuat oleh Presiden Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustiran India Tan Sri KK Eswaran dalam akhbar The Star pada 7 Ogos 2015 mengatakan Zeti telah membantu keluarganya untuk mendapat kontrak secara tidak beretika.
Ini mengejutkan orang ramai kerana Zeti yang mempunyai integriti sangat tinggi dan harum namanya dalam dunia ekonomi dan kewangan antarabangsa tiba-tiba dicemarkan namanya dengan sewenang-wenang

Blog Tun Mahathir dan juga beberapa blog lain telah menyebutkan tentang kemungkinan beberapa tindakan diambil terhadap Zeti yang terlibat dalam siasatan 1MDB yang telah dihentikan.

Blog ini telah mensifatkan serangan tiba-tiba Tan Sri Eswaran terhadap Zeti yang tidak pernah bermusuhan dengannya sebagai sebahagian dari usaha untuk menjatuhkan Integriti keluarga Diraja Pak Ungku Aziz.

Kegagalan menggulingkan Zeti ini tidak seharusnya dianggap sebagai kemenangan moral hanya bagi Zeti sendiri tetapi ini adalah kemenangan suara rakyat yang cintakan keluhuran Perlembagan yang mahu menegakan sebuah kerajaan yang adil,tulus,amanah,jujur dan bersih. - http://zamkata.blogspot.com/

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=315202:usaha-untuk-gulingkan-gabenor-bank-negara-gagal&Itemid=2#ixzz3iguY8T5d
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-