Tuesday, September 1, 2015

Wanita Umno bincang isu Anina

Anne Muhammad 
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu akan mencadangan supaya keahlian Anina Saaduddin digugurkan ekoran kenyataan kerasnyaterhadap Datuk Seri Najib Razak.

Kata Shahrizat, isu berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat exco wanita parti itu namun tidak menyatakan tarikh sebenar ia akan diadakan.

"Kami akan bawa cadangan itu sebab dalam parti, mesti ada disiplin dan salah satu etika dalam parti, hormat kepada presiden. Mesti kena hormat. Kalau biar kelonggaran berlaku, akan jadi negatif.

“Kita akan rujuk (isu berkenaan) dan bawa ke mesyuarat exco. Terpulang kepada jawatankuasa (untuk membuat keputusan),” katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat wanita BN petang ini.

Anina menjadi perhatian ramai apabila melontarkan dakwaan kasar kepada presiden partinya sendiri dalam mesyuarat agung tahunan Wanita Umno Langkawi.

Rentetan daripada itu Anina turut memfailkan saman ke atas Najib selepas tiada tindakan diambil ke atas aduan yang dibuat perdana menteri itu.

Kata Shahrizat, setakat ini Anina masih lagi ahli Umno namun menegaskan kenyataan dikeluarkan tidak mewakili parti itu.

“Dia masih ahli buat masa ini, proses (tindakan disiplin) kena mulakan. Kita ada jawatankuasa disiplin. Kita ada pihak berkuasa dalam Umno dan ambil tindakan jika perlu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-