Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Friday, October 2, 2015

Dah tak mengaku pulak......../

Tajuddin nafi beri amaran mahu lempang Cina M'sia

Kow Gah Chie
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman hari ini menafikan memberi amaran untuk "melempang" golongan Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.

Justeru, katanya, tiada keperluan untuk beliau memohon maaf, walaupun didesak banyak pihak, termasuk ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon.

“You cakap sama dia (Chong), jangan cakap banyak. Apa mahu cakap banyak.

“Dia ada situ bila saya buat sidang media? Dia hanya ambil dari Malaysiakini. Dan apa dilapor tak sepenuhnya benar,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mendakwa laporan itu disalah petik oleh portal berita ini.

Tajuddin juga berkata Chong yang sepatutnya memohon maaf kepada dia kerana membuat desakan itu.

“Dia yang patut minta maaf kerana minta saya minta maaf,” kata Tajuddin sambil mempersoalkan sama ada Chong hadir dalam sidang medianya berkaitan perkara itu.

“Saya tidak bimbang. Saya tidak buat apa-apa salah,” katanya yang juga anggota parlimen Pasir Salak.

Malaysiakini semalam melaporkan Tajuddin, yang juga timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.

"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.

"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu melibatkan kenyataan Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia ketika lawatannya ke Jalan Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.

[Baca berita asal]