Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Thursday, October 8, 2015

Jangan tafsir raja Melayu hilang kepercayaan terhadap Najib, kata Hishammuddin

OLEH MELATI A. JALIL
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihak tertentu cuba membuat tafsiran sendiri ekoran kenyataan Raja-raja Melayu berhubung isu 1MDB.Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Oktober, 2015.

Jangan memandai-mandai apabila mengatakan Raja-raja Melayu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mereka menggesa ketelusan dalam siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bagi yang bersalah dihukum, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata, jika Majlis Raja-raja Melayu percaya isu amanah perlu dibangkitkan, mereka akan berkata ia secara terang-terangan dan bukannya membangkitkan isu 1MDB.

"Jika mereka tidak percaya kepada kepimpinan Najib, tentulah mereka akan berkata sebegitu.

"Pihak-pihak tertentu cuba membuat tafsiran sendiri. Itu adalah spekulasi dan andaian yang tidak perlu.

"Anda sedang cuba menyatakan sesuatu yang tidak dimaksudkan. Ini tidak adil," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat kementerian itu di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Selasa, Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan dan menyenaraikan 9 perkara mengenai isu 1MDB, termasuk gesaan bagi ketelusan dalam siasatan dan tindakan kepada yang bersalah.

Mereka menambah memberikan jawapan yang meyakinkan mungkin menyebabkan krisis keyakinan.

Raja-raja berkata, mereka juga bimbang jika isu itu tidak ditangani dengan bijak dan dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Mereka takut ia juga boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara. – 8 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-tafsir-raja-melayu-hilang-kepercayaan-terhadap-najib-kata-hishammudd#sthash.Fdygju4i.dpuf