Wednesday, December 16, 2015

Lagi cawangan Umno gesa PM undur

Zulaikha Zulkifli
Hari ini, 10:46 malam Hari ini, 10:55 malam

Walaupun Perhimpunan Agung Umno ke-69 telah berakhir, namun masih ada lagi ketua cawangan yang mendesak agar presiden parti Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

Kali ini, ia dilakukan oleh lima cawangan Umno di bahagian Gombak iaitu cawangan Delima Lembah Keramat, Kampung Kemensah Hilir, Jelatek Permai, Lakeview Batu Caves dan Taman Melawati.

Bagaimanapun ketika sidang media sedang berjalan, terdapat seorang individu yang dilihat cuba "mengganggu" program berkenaan.

Namun, tiada sebarang kekecohan berlaku memandangkan orang ramai yang hadir pada sidang media tersebut menenangkan individu berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-