Friday, December 25, 2015

UMNO mungkin tolak Hudud, sokong dakwah PAS sahaja

by ARIANNA2015-12-25

Umno mungkin akan menyokong dan menyediakan kemudahan bagi Pas untuk menyebarkan dakwah, bagaimanapun parti tersebut mungkin tidak akan menyokong perjuangan hudud yang dibawa oleh Pas. Gambar Free Malaysia Today
Menurut Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, jika benar Umno ingin melaksanakan hudud, ia sudah pun dilaksanakan lama dahulu tanpa menunggu gesaan Pas.

“Dari segi dakwah Pas, selepas ini mungkin tidak akan ada masalah. Mungkin Umno akan bantu dari segi peruntukan dan sebagainya, tetapi kalau untuk hudud, mungkin Umno tidak akan sokong.

“Kalau (Umno) mahu hudud, sudah lama mereka laksanakan hudud,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Mengulas mengenai kerjasama yang dibawa oleh Pas dan Umno, Muhammad Shamshinor berkata, kerjasama tersebut mungkin akan membuahkan hasil yang baik kepada rakyat dan kedudukan agama Islam di negara ini.

Ini kerana Umno mempunyai kuasa majoriti dalam pengurusan dan pentadbiran negara ini.

“Umno ada kuasa, Pas ada aspirasi dan prinsip yang jelas dalam menegakkan Islam. Kalau digabungkan dari segi kerjasama, mungkin ada kebaikan. Pengukuhan Islam dalam negara ini akan dikuatkan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-