Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Showing posts with label PAS dan UMNO. Show all posts
Showing posts with label PAS dan UMNO. Show all posts

Tuesday, May 23, 2017

Kerjasama PAS & UMNO: Kenapa musuh cuak?

PAS dan UMNO dua parti Melayu yang terpisah kerana ideologi perjuangan politik. Satu parti Islam dan satu lagi parti Melayu.

Senang cerita, UMNO ini parti yang bersifat fundamental manakala PAS lebih bersifat tradisional. Tetapi, nyatanya dua parti ini teras kuasa Melayu Islam.

Perpecahan dua parti ini melemahkan banyak segmen Melayu dan Islam dalam dunia pelaksanaan sebagai elemen perlembagaan. Penyatuan dua parti ini pula, bakal memastikan kepentingan Melayu Islam pasti diperkasakan.

Kelemahan hubungan PAS dan UMNO menjadi bonus kepada musuh Melayu dan Islam. Justeru, apabila ada ura-ura kerjasama UMNO dan PAS, puak ini jadi gubra dan sangat ketakutan.

Sejak akhir-akhir ini, kedua-dua parti ini memberikan petanda ingin bekerjasama tanpa menghiraukan caci keji puak penentang.

Bekas sekutu PAS dalam pembangkang sudah meleleh air kencing dalam seluar. Terutama DAP yang memang tahu: UMNO dan PAS mampu bersatu dan kalau berkuasa ertinya, semua usaha menyerapkan fahaman liberal dan sekular akan dimusnahkan!

Ikatan mesra PAS dan UMNO dapat dilihat apabila pemimpin utama kedua-dua parti sering duduk semeja. Agendanya mudah dibaca: Sekali pun berlainan idealisme, namun UMNO dan PAS akan meletakkan agenda Islam dan Melayu sebagai keutamaan.

Kerjasama dua parti teras ini bakal menjadi satu igauan ngeri kepada semua musuh Islam dan anti Melayu.

3.5 Juta pengikut UMNO dan 1 Juta pengikut PAS sudah pasti memberikan rasa gerun kepada musuh Islam dan Melayu.

Berikut senarai ketakutan musuh kepada idea kerjasama PAS dan UMNO:

1. Kemenangan besar PAS dan UMNO yang bakal membentuk trend baru dalam sistem demokrasi Malaysia.

2. Pemerkasaan undang-undang Islam yang menjadi tentangan utama puak liberal.

3. Penguasaan majoriti orang Melayu dan Islam dalam peringkat tertinggi penggubalan dasar-dasar kerajaan Malaysia.

4. Pengukuhan survival orang Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang di negara ini.

5. Wujudnya gelombang perpaduan Melayu yang kuat, sekaligus menghasilkan pertahanan ummah yang kuat.

Namun sejauh mana penyatuan ini mampu direalisasikan dengan tekanan musuh dalam selimut yang semakin kuat?

Kadang, kesilapan lalu mengajarkan kita erti sebenar kehidupan. Moga pengalaman lalu yang dihadapi PAS dan UMNO dijadikan iktibar untuk terus yakin bersama.

Mungkinkah mereka sudah kenal siapa kawan dan siapa lawan dalam perjuangan mereka?

Dahulukan Islam dan Melayu. Insyaallah langkah seterusnya dipermudahkan.



By Wak Labu Farm at May 23, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, Islam, kerajaan Malaysia, Parti Melayu, PAS dan UMNO

Tuesday, January 19, 2016

Pas, Umno masih mempunyai pengundi Melayu terbesar


SHAH ALAM – Pakatan Harapan khususnya Amanah dijangka melalui laluan sukar untuk mengekalkan sokongan pengundi Melayu kepada mereka susulan majoritinya merupakan penyokong tradisi Pas dan Umno.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata dasar Pakatan Harapan yang tidak jelas tidak membantu untuk meyakinkan pengundi Melayu terhadap mereka.

Beliau berkata, sokongan orang Melayu khususnya di luar bandar yang menjadi kubu kuat Pas dan Umno mungkin berubah sekiranya mereka sendiri menolak parti pra-kemerdekaan itu.

“Mustahil Pakatan Harapan dapat sokongan Melayu secara total orang Melayu ramai di kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang masih dikuasai oleh Umno dan Pas.

“Saya tidak fikir mereka sudah sampai ke tahap itu, kerana Umno dan Pas itu kuat kerana ada pengundi tradisinya,” katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa juga berkata, Pakatan Harapan hanya mampu meraih sokongan undi Melayu di bandar dan pinggir bandar yang terdiri daripada Melayu liberal dan dalam kelas pertengahan.

Saya fikir barangkali pembangkang hanya boleh dapat sokongan orang Melayu yang selama ini menolak Umno.

“Itu barangkali dapat tapi tidak 100 peratus..tapi orang Melayu yang besarnya dalam Pas dan Umno, itu saya tak fikir mereka boleh tarik (sokongan),” jelasnya.

Beliau berkata lagi, keupayaan parti serpihan Pas, atau Amanah masih belum teruji dalam pilihan raya lagi dan kekuatannya untuk mengambil alih peranan Umno dalam kawasan kubu kuatnya masih diragui.

“Bolehkah Amanah mengambil alih peranan Umno di Johor? Tak mungkin..di Kelantan, bolehkah Amanah ambil alih peranan Umno di Kelantan? Saya ingat sukar.

“Amanah sendiri bergantung kepada pengundi bukan Melayu dan sebahagian pengundi Melayu bandar atau kawasan campuran di mana pengundi bukan Melayu besar,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin pula tidak menafikan kelebihan Pas mempunyai pengundi Melayu tradisi yang besar selepas Umno.

Bagaimanapun beliau berkata Pas perlu memilih untuk berpihak sama ada kepada Umno atau Pakatan Harapan jika tidak mahu kehilangan sokongan itu menjelang PRU14 akan datang.

“Sejarah membuktikan bahawa Pas menang dalam pilihan raya kerana adanya kerjasama dengan semua pihak.

“Kerjasama barisan pembangkang sejak 1990 sampai sekarang ini yang telah menunjukkan kejayaan-kejayaannya,” ujarnya.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata lagi, Pas boleh kehilangan sokongan pengundi Melayu jika bertembung dengan Umno di tempat sama.

“Dalam politik Malaysia, kita kena lebih praktikal, Umno bersaing dengan Pas atau Pas bersaing dengan Umno di tempat yang sama.

“Sudikah Umno bekerjasama dengan Pas atau sudikah Umno berikan kerusi-kerusinya kepada Pas untuk ditandingi kalau mereka bekerjasama?” soalnya.
By Wak Labu Farm at January 19, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Amanah, Pakatan Harapan, PAS dan UMNO, pengundi Melayu

Saturday, January 16, 2016

Mat Sabu: Kita bermusuhan dengan sesiapa berkawan dengan BN

Anne Muhammad
Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu berkata partinya bermusuh dengan mana-mana parti yang 'berkawan' dengan Barisan Nasional (BN).

"Kita musuh dengan BN dan siapa sahaja yang berkawan dengan BN," katanya kepada pemberita di Retreat DAP di Subang Jaya hari ini.

Mohamad berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan PAS mengisytiharkan AMANAH sebagai musuh.

Ia kerana AMANAH dijangka akan bertanding sebanyak lapan kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Walaupun Mohamad tidak menyatakan mana-mana parti namun ia dilihat menjurus kepada PAS yang sebelum ini dilihat mahu bekerjasama dengan Umno atas nama Islam.

Sebelum ini isu mengenai kerjasama antara PAS dan Umno berlarutan sejak sekian lama dan timbul semula kebelakangan ini.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi dengan pertemuan antara Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam majlis Multaqa Almuni Al Azhar bulan lalu.

Kedua-dua pemimpin itu bukan sahaja dilihat mesra, bahkan tampil berpakaian sedondon dengan baju Melayu merah jambu.

Najib juga sebelum itu menawarkan kerjasama dengan PAS bagi membentuk hubungan yang lebih rapat semasa berucap di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.

Bagaimanapun, di tengah-tengah kontroversi itu, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa PAS tidak akan menyertai BN tetapi boleh meneruskan kerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan agama Islam.
By Wak Labu Farm at January 16, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Barisan Nasional (BN), Majlis Syura Ulamak PAS, PAS dan UMNO, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu

Monday, January 4, 2016

Jangan hukum Najib kerana dosa pemimpin terdahulu

NIZAM ZAIN

Fathul Bari
SHAH ALAM – Exco Pemuda Umno, Dr. Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan tindakan berterusan pihak tertentu menggunakan sejarah kerjasama Umno dan Pas terdahulu untuk menghukum kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak tepat.

Beliau berkata, sekalipun tidak bersetuju dengan kerjasama itu, segelintir pemimpin Pas tidak sewajarnya menghalang usaha ke arah kebaikan itu demi kepentingan umat Islam di negara ini.

“Adakah yang memimpin hari ini terlibat dalam peristiwa satu ketika dahulu dengan Pas? Mereka ini tidak konsisten, kalau tak setuju juga, (kenapa) nak menghukum semua (kepimpinan Najib) dengan sejarah terdahulu, walaupun kita ambil iktibar dengan sejarah itu?

“Kecenderungan sebahagian orang untuk menghukum Umno kerana kes terdahulu, tetapi (dalam masa sama) mereka menjemput dan mempromosikan kerjasama dengan DAP, (kemudian) nak melupakan sejarah dengan DAP,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dalam posting terbaharu di akaun Facebooknya semalam melahirkan kebimbangan kerana hubungan baik antara Umno dan Pas didakwa akan memberi kesan kepada nasib orang Melayu pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Fathul Bari juga berkata dakwaan mengatakan kerjasama itu bakal mendatangkan bencana kepada orang Melayu hanyalah kerana ia dilihat dari perspektif dan bermotifkan politik semata-mata.

“Saya minta umat Islam melihat kerjasama ini atas kepentingan agama, sebab itu kita kena melangkaui politik.

“Imam Masjid An-Nabawi ke Malaysia (Al-Syeikh Dr Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim) mengingatkan kita jangan menghukum saudara kita (kerana) kesalahan (sebelum itu), seolah-olah dia tak beri hak untuk mempertahan dan membela diri serta hak untuk berbaik dengan kita (Umno),” jelasnya.

Fathul Bari berkata lagi, hubungan Umno dan Pas yang semakin baik itu memberikan kebaikan begitu besar bukan sahaja kepada orang Melayu, bahkan memberikan rahmat kepada semua bangsa kerana inisiatif itu berasaskan Islam.

“(Walaupun) berasaskan Islam dan Melayu, tapi kita tak mengetepikan hak dan kepentingan bangsa lain kerana kedua-dua parti ini juga ada membuka (penyertaan) kepada bangsa dan agama lain.

“Jadi saya tak nampak perkara tidak baik bakal berlaku kepada rakyat negara ini, melainkan mereka hanya melihat dari perspektif kepentingan politik,” katanya lagi.
By Wak Labu Farm at January 04, 2016 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr Fathul Bari Mat Jahaya, Exco Pemuda Umno, Islam dan Melayu, PAS dan UMNO

Friday, December 25, 2015

UMNO mungkin tolak Hudud, sokong dakwah PAS sahaja

by ARIANNA2015-12-25

Umno mungkin akan menyokong dan menyediakan kemudahan bagi Pas untuk menyebarkan dakwah, bagaimanapun parti tersebut mungkin tidak akan menyokong perjuangan hudud yang dibawa oleh Pas. – Gambar Free Malaysia Today
Menurut Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, jika benar Umno ingin melaksanakan hudud, ia sudah pun dilaksanakan lama dahulu tanpa menunggu gesaan Pas.

“Dari segi dakwah Pas, selepas ini mungkin tidak akan ada masalah. Mungkin Umno akan bantu dari segi peruntukan dan sebagainya, tetapi kalau untuk hudud, mungkin Umno tidak akan sokong.

“Kalau (Umno) mahu hudud, sudah lama mereka laksanakan hudud,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Mengulas mengenai kerjasama yang dibawa oleh Pas dan Umno, Muhammad Shamshinor berkata, kerjasama tersebut mungkin akan membuahkan hasil yang baik kepada rakyat dan kedudukan agama Islam di negara ini.

Ini kerana Umno mempunyai kuasa majoriti dalam pengurusan dan pentadbiran negara ini.

“Umno ada kuasa, Pas ada aspirasi dan prinsip yang jelas dalam menegakkan Islam. Kalau digabungkan dari segi kerjasama, mungkin ada kebaikan. Pengukuhan Islam dalam negara ini akan dikuatkan,” katanya lagi.
By Wak Labu Farm at December 25, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: dakwah Pas, Institut Kajian Sosial Selangor, Islam, PAS dan UMNO

Thursday, December 24, 2015

Jangan tabur kebencian kepada Pas dan Umno

SITI FATIHAH AWANG

Md Alwi Che Ahmad

KOTA BHARU
– Ketua Penerangan BN Negeri, Datuk Md Alwi Che Ahmad mempersoalkan motif tindakan sesetengah pihak yang menabur kebencian supaya Pas dan Umno saling membenci, sekali gus tidak bersatu dalam semua perkara.

Menurutnya, politik tidak memerlukan kebencian, walaupun wujud perbezaan pendapat di kalangan parti pemerintah dan parti pembangkang.

“Saya yakin, arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mengajar (Pas) untuk membenci parti lawan. Tok Guru hanya bercakap mengenai perbezaan ideologi sahaja, bukannya soal kebencian.

“Saya tidak faham kenapa orang Islam tidak mahu tengok orang Islam bersatu. Bersatu bukan bermakna duduk dalam satu parti, tetapi, ada sesetengah isu yang memerlukan kita bersatu,”katanya kepada media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan besar penyokong Pas dan Umno yang tidak bersetuju dengan idea penyatuan tersebut keluar dan meninggalkan parti menjelang PRU14 ini.
By Wak Labu Farm at December 24, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Ketua penerangan BN Negeri, menjelang PRU14, orang Islam bersatu, PAS dan UMNO

'Kerjasama dengan Umno, pemimpin PAS tak berpecah tapi bercelaru'

Zulaikha Zulkifli
ULASAN
 Sejak Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang julung kali diadakan minggu lalu bagi merintis jalan ke arah kerjasama dua parti Melayu terbesar, iaitu PAS dan Umno, parti Islam itu dikatakan berada dalam kecelaruan.

Bagi sesetengah penganalisis, PAS kini dilihat seolah-olah terumbang-ambing dengan beberapa kenyataan yang mendakwa ia ingin menjalinkan kerjasama bersama Umno.

Walaupun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat "positif" terhadap kerjasama itu, namun perkara sebaliknya pula berlaku apabila pemimpin nombor dua parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak bersetuju dengan usaha itu.

Malah, naib presiden PAS Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Samad turut menyatakan hasrat sama.

Sehubungan itu, penganalisis politik Dr Jeniri Amir berpendapat, kecelaruan yang berlaku dalam PAS sekarang ini kemungkinan disebabkan ada di kalangan ahli parti itu yang tidak mahu turut terpalit dengan krisis yang menyelubungi Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Malah, beberapa isu yang melibatkan kerajaan persekutuan dan Kelantan serta isu-isu lain turut menjadi punca mengapa sesetengah pimpinan PAS tidak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama bersama Umno.

"Memang akan sentiasa ada dua puak dalam parti, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang apabila pemimpin BN dilihat dibelenggu masalah yang kita sedia maklum. Akar umbi PAS juga tertanya-tanya adakah betul kerjasama ini untuk satukan ummah.

"Apa yang dilakukan Umno sebelum ini dilihat tak adil pada PAS dan kerajaan PAS seperti di Kelantan, tentang isu royalti dan apa yang membelenggu kepimpinan Umno sekarang ini dan mereka (sebilangan pemimpin PAS) tidak mahu terpalit dan dilihat bersekongkol dengan isu tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu juga berpendapat, walaupun terdapat desas-desus yang mengatakan PAS dan Umno akan bekerjasama, namun perkara itu sukar akan menjadi realiti.

Katanya, untuk jalin kerjasama, dalam PAS perlu mengambil kira pandangan akar umbi malah perlu ada keikhlasan.

"Tidak mungkin (mereka bersatu) kerana mereka ini seperti minyak dan air. Tapi kemungkinan untuk bekerjasama mungkin ada tapi susah sikit kerana berdasarkan rekod dan kenyataan mereka yang lalu, mereka sentiasa berusaha untuk bersama tapi gagal.

"Kalau betul nak jalin, Umno harus dilihat sebagai parti yang betul-betul adil dari segi untuk laksanakan segala dasar peruntukan serta keikhlasan yang penting ia perlu dilakukan sebelum ia mula berunding," katanya lagi.

Selain itu, bagi seorang lagi penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Agus Yusoff, beliau berpandangan, sekiranya kerjasama antara PAS dan Umno ingin dilakukan, kedua-dua parti itu perlu menukar matlamat yang ingin mereka bawa.

Katanya, kedua-dua parti tersebut perlu membuang perkara klise seperti demi Melayu dan Islam untuk bekerjasama.

Apa yang paling penting ialah dua parti tersebut perlu membawa isu rakyat dan selesaikannya bersama, tambahnya.

"Kalau mereka jujur dan berani untuk bekerjasama, isu Melayu- Islam itu terlalu cliche. Mereka perlu lakukan kerjasama kerana perlu atasi banyak masalah dan angkat masalah rakyat seperti (cukai barangan dan perkhidmatan) GST, kenaikan tol dan masalah rakyat yang lain.

"Angkat masalah yang dihadapi rakyat dan ia perlu berpihak kepada rakyat," kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Malah, ditanya mengenai kecelaruan dalam PAS, beliau berkata apa yang berlaku ialah masalah keyakinan akar umbi parti Islam itu terhadap Umno.

"Bukan berpecah tapi keyakinan penyokong yang tak dapat terima (Umno). Mereka risau kerana kerjasama itu dilihat tak ada hala tuju dan masih terbatas seperti isu hudud, sokongan terhadap dasar kerajaan. Ia seperti membawa tujuan peribadi.

"Tapi kalau tukar tujuan kerjasama itu dengan membawa isu rakyat, mungkin perpaduan itu boleh dilaksana dan membawa perubahan," katanya lagi.

Perkara sama turut dikongsi oleh Prof Ahmad Atory Hussain yang berpandangan PAS perlu memberi penerangan kepada akar umbi serta pemimpin parti yang tidak bersependapat dengan Abdul Hadi.

Bagaimanapun bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, walaupun terdapat suara yang tidak bersetuju dengan Abdul Hadi namun di akhirnya semua akar umbi parti akan akur dengan keputusan yang dibuat oleh pemimpin mereka.

"Dalam hal ini, ada ahli parti yang tak memahami. Tapi kalau pemimpin dapat terangkan perkara sebenarnya saya rasa mereka akan OK. Perlu diterangkan tentang benda yang tersirat dan tersurat

"Perpecahan memang ada. Dalam Umno pun ada suara sumbang tapi tak sehebat PAS. Tetapi sistem ini lebih demokratik dari Umno. PAS membenarkan semua bersuara dan Hadi tak kawal. Dia biarkan semua orang bercakap berbanding Umno, Umno kawal semua dan sistemnya tertutup sikit.

"Tapi PAS, pada akhirnya mereka akan akur dengan keputusan dan rumusan yang dibuat Hadi. Mereka juga akhirnya akan patuh pada Majlis Syura dan pemimpin mereka," katanya.

Isu mengenai kerjasama antara PAS dan Umno kembali timbul apabila bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa melakukan "serangan" terhadap Abdul Hadi yang didakwa ingin melakukan kerajaan perpaduan dengan Umno selepas pilihan raya umum ke-12.

Lebih menghangatkan lagi perkara ini apabila Najib dijemput merasmikan Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 dan dilihat mengenakan pakaian warna sedondon dengan Abdul Hadi.

Dalam majlis tersebut, perdana menteri turut menawarkan hubungan kerjasama Umno bagi membentuk hubungan rapat dengan PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.

Bagaimanapun di tengah-tengah isu keakraban Umno-PAS, Idris kemudian menegaskan bahawa pandangan peribadi tidak boleh dipakai dalam isu itu dan jika ada individu yang mahukan gabungan tersebut, perlu keluar daripada parti.
By Wak Labu Farm at December 24, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, Parti Melayu, PAS dan UMNO, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak

Monday, November 16, 2015

PAS-UMNO: "Kalau dah rapat sangat, nikah sajalah"

SELAYANG 16 NOV: Menyambut kenyataan Mufti Perlis bahawa PAS dan UMNO kini sudah tidak lagi banyak perbezaan, Lim Guan Eng mencadangkan kedua-dua parti itu agar cepat-cepat “bernikah”.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, jika kedua-dua parti sudah sama perjuangan dan kepercayaan politik mereka, mereka tidak perlu lagi berpura-pura.

“Mufti Perlis (Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin) telah berkata bahawa PAS dan UMNO sudah sama sekarang, yang berbeza hanya nama, dan berlainan kopiah dan songkok sahaja.

“Jadi tunggu apa lagi? Nikah sajalah,” katanya sewaktu merasmikan Pusat Komuniti DAP Taman Templer di sini petang tadi.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memetik tulisan Dr Asri dalam facebook beliau hari ini yang mencatatkan: “PAS hari ini hampir menyamai Umno daripada segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok saja.

“Itu pun bukan soal pokok. Jika PAS dan UMNO dapat menjadi sahabat baik yang berpesan kepada kebaikan dan kebenaran serta mencegah kemungkaran mungkin banyak manfaatnya.”

Kata Guan Eng, keadaan sudah berbeza kerana PAS suatu masa dahulu keras menentang perkauman tetapi sejak akhir-akhir ini, kenyataan pimpinan tertingginya mencerminkan ia rapat dengan UMNO dan Barisan Nasional yang mengamal politik perkauman.

Malah, tambah beliau, kerajaan Terengganu telah menawarkan jawatan penasihat kerajaan negeri UMNO-BN kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mengapa jawatan itu tidak ditawarkan kepada tokoh-tokoh UMNO yang berjasa? Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak ditawarkan sebagai penasihat untuk kerajaan UMNO-BN,” tegasnya.

Menurutnya, PAS tidak lagi boleh dianggap sebagai pembangkang tulen kerana ia hanya sekadar pembangkang celup berikutan sikapnya yang semakin akrab dengan UMNO, walaupun menyedari pimpinan UMNO semakin korup dan salah guna kuasa.
“Alternatif sebenar untuk rakyat adalah Pakatan Harapan. Kita tetap berprinsip dan berjuang demi rakyat. Kerana kita berprinsip, kita rela berkorban,” kata beliau.

Majlis itu menyaksikan pembukaan pusat komuniti DAP yang pertama di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Taman Templer. Ia dipimpin oleh penyelaras DAP untuk DUN Taman Templer, Edry Faizal Eddy Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor.

Turut hadir di majlis itu adalah Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua; Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran; Adun Bukit Tunku, Lau Weng San; Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, dan Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Kebangsaan, Young Syefura Othman (Rara).
By Wak Labu Farm at November 16, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: kenyataan Mufti Perlis, Ketua Menteri Pulau Pinang, PAS dan UMNO, Setiausaha Agung DAP, UMNO-BN
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Ape yang menyebabkan Pakatan Rakyat tewas ............
    Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • Johor P162 Gelang Patah - Mampukah Ghani Othman mempertahan kan maruah UMNO negeri Johor. - "Letak Topi LKS pun DAP boleh menang"
    Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
  • Mari kite same2 tonton klip VDO ni...@ pencerobohan tentere Kesultanan Sulu di Sabah.
  • Polis tahan individu disyaki terlibat bikin video seks kaitkan menteri
    News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam  Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
  • Ulama Banjar yang kena 'gam' pula......
    Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
  • Najib tiba di mahkamah untuk dibicara
    Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
  • Perkare ni tidak mustahil akan berlaku juga di Malaysia..........
    Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
  • Manifesto BN tak janjikan perangi rasuah, penyelewengan, tiga TPM
    agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Mayat reput ditemukan dalam bungkusan kanvas di Pulau Angsa
    1 hour ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    7 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    7 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    13 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • Journal Pak Abu
    Pengalaman bersiaran terus dari aplikasi TikTok macam ada siaran TV sendiri
    2 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • AGEN DSAI....
    Pejuang Rakyat Anwar Ibrahim tibai Muhyiddin... Terbaru dalam Parlimen.
    5 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    7 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    7 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    7 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    4 years ago
  • TAZKIRAH
    Ayat Penawar Sakit
    6 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    6 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Suami Isteri Warga Emas Maut, Empat Lagi Mangsa Cedera Dalam Kemalangan Babit Dua Kenderaan di Temerloh Petang Semalam
    3 hours ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    10 months ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    7 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.