Friday, January 22, 2016

DAPSY: Pilih gantung biasiswa JPA, saiz kabinet terbesar di dunia kekal

oleh Hafiz Zainuddin

IPOH 21 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih untuk mengekal saiz kabinet yang paling besar di dunia hingga sanggup mengurangkan peruntukan biasiswa kepada mahasiswa.

Jika kerajaan UMNO BN serius membuat penjimatan di tengah-tengah kejatuhan pendapatan negara,Ketua Pemuda Sosialis DAP Kebangsaan (DAPSY), Wong Kah Woh, berkata kaedah lebih berkesan dan tidak menzalimi rakyat.

Beliau menyifatkannya seolah-olah tindakan mengabai kebajikan dan menggadai masa depan mahasiswa cemerlang semata-mata untuk ‘membayar hutang’ akibat kelemahan polisi dan pelaksanaan kerajaan dalam urus tadbir kewangan negara

“Satu daripadanya mengurangkan jumlah dan kapasiti Kabinet sedia ada sekarang, yang mempunyai 37 menteri, yang sebelas daripadanya adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.

Kah Woh berkata, hasil pendapatan negara melalui cukai barangan dan perkhidmatan (GST dijangka mencecah RM21 bilion tahun ini dan sepatutnya mampu membiayai perbelanjaan kerajaan tanpa perlu menghenti biasiswa JPA.

“Bagaimanakah Kerajaan BN boleh menjustifikasi pelaksanaan GST sedangkan kerajaan mengambil keputusan menggantung biasiswa JPN dengan menggunakan alasan pendapatan berkurangan?

“Jelas, polisi dan pentadbiran Kerajan BN kini lebih sesat arah tujunya,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning itu juga kesal kerana peruntukan untuk Kementerian Pendidikan Tinggi pada Bajet 2016 dikurangkan RM2.4 billion menyebabkan peruntukan untuk Universiti Malaya berkurangan 27.3 peratus atau RM460 juta.

“Kerajaan BN sepatutnya tahu pendidikan sesuatu perkara yang tidak boleh digadaikan dalam apa jua keadaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-