Sunday, January 3, 2016

Isu RM1.2 Bilion & Kerjasama Israel Pendedahan Yang Mengejutkan !

JANUARY 3, 2016 AIDCNEWS

AIDCNews -03/1/16 – Isu RM1.2 billion dan perjanjian dengan Israel merupakan satu pendedahan yang mengejutkan, kata Presiden Pakatan NGO Pro BN, Zulkarnain Mahdar.


Ia merujuk kepada isu yang diketengahkan oleh Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki berdasarkan pendedahan yang pernah dilakukan oleh Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman empat tahun lepas.

“Sekiranya perkara ini benar, ia satu mala petaka…”kata Zulkarnain lagi.

Justeru itu, beliau tampil membuat laporan di Balai Polis Alam, Kota Kinabalu meminta pihak berkuasa menyiasat sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut.

“Pro BN meminta polis menyiasat secara terperinci perkara ini kerana ramai rakyat Malaysia mula merasa sangsi dengan DAP selepas membaca kenyataan Mohd Zuhdi baru-baru ini,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-