Friday, February 26, 2016

Ketua Pengarang Malaysian Insider akan disiasat - KPN

Nawar Firdaws | February 26, 2016

Khalid menjelaskan artikel itu telah mengelirukan orang awam.
PETALING JAYA: Ketua Pengarang portal berita The Malaysian Insider (TMI) akan dipanggil untuk disoal siasat ekoran penyiaran artikel di laman itu.

Ia berhubung artikel yang disiarkan semalam, mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memiliki “bukti yang cukup untuk mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak”.

Ketika dihubungi FMT, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung artikel bertajuk “Enough proof to charge Najib over SRC, says MACC oversight committee”, yang memetik sumber daripada Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM yang tidak dinamakan.

“(Siasatan tentang) artikel itu dan kenyataan akhbar oleh dua ahli panel yang menafikan membuat kenyataan berkenaan,” katanya.

Beliau merujuk kenyataan bersama yang ditandatangi Pengerusi PPO, Tan Sri Hamid Bugo dan ahli panel, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan yang berkata, mereka tidak mengarahkan mana-mana pegawai untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Menerusi akaun Twitternya pagi ini, Khalid berkata, Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) telah memanggil Jahabar Sadiq.

Beliau juga memaklumkan yang polis kini sedang menyiasat artikel tersebut yang telah “mengelirukan” orang awam.

“PCIRC @PDRMsia panggil Ketua Editor @tm_insider dan siasat laporan yg mengelirukan org ramai berkenaan Panel SPRM,” tulisnya di Twitter.

Artikel itu juga dipercayai menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak menyekat akses ke laman itu, yang menurut SKMM berpandukan Seksyen 263(2) Akta SKMM 1988.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-