Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Friday, March 18, 2016

Buat ape nak bantah 'orang pencen'.......?

Himpunan bantah Dr M di pejabatnya di Putrajaya

Zikri Kamarulzaman 
Hari ini, 4:00 petang Hari ini, 4:11 petang
Kira-kira 500 orang yang diketuai Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, berhimpun di tengah-tengah panas terik untuk menyuarakan bantahan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Mereka, yang kebanyakannya berpakaian warna merah, membawa sepanduk mengkritik Mahathir, dan menolak Deklarasi Citizens yang ditandatangani bekas perdana menteri itu pada 4 Mac lalu.

Salah satu kain rentang itu mendakwa Mahathir menjadi alat DAP, manakala satu lagi berbunyi "Dr M jangan jadi Melayu mudah lupa".

Mereka berkumpul di luar pejabat Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di mana pintunya ditutup.

Sebuah unit pasukan pencegah rusuhan ditempatkan di dalam kawasan yayasan tersebut.

[Baca berita penuh]