Tuesday, April 12, 2016

Isu Zakir Naik: 'Waspada pihak yang boleh cetus perbalahan agama' - Dr Subramaniam

Astro Awani | April 11, 2016 13:54 MYT
SUBRAMANIAM: Malaysia selama ini telah mempromosi perpaduan kaum dan agama.

KUALA LUMPUR:  Rakyat perlu berwaspada terhadap mana-mana pihak yang boleh menimbulkan ketegangan agama agar negara tidak berada dalam bahaya, ujar Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau mengulas demikian bagi merujuk kepada kehadiran penceramah agama dari India, Dr Zakir Naik, ke negara ini bagi menyampaikan ceramah di beberapa lokasi yang dijadualkan.

“Bagi pihak rakyat Malaysia yang membantah kunjungan Prof Zakir Naik dan program yang telah dirancangkannya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, kerana telah mendengar suara rakyat yang peduli dalam hal ini,” ujar Dr Subramaniam.

Tambah Dr Subramaniam, Malaysia selama ini telah mempromosi perpaduan kaum dan agama, dan sehingga kini berjaya memulihara asas bangsa walaupun berdepan pelbagai cabaran.

BACA: Dr Zakir Naik tokoh Maal Hijrah 1435H peringkat antarabangsa

“Sehubungan itu, kita perlu berwaspada terhadap pihak yang cenderung mencetuskan perbalahan dan ketegangan agama di negara ini,” ujarnya yang menambah, Malaysia tidak boleh berada dalam bahaya kekacauan agama.

Menurut Dr Subramaniam, agenda yang selama ini dibawakan oleh Dr Zakir adalah bersifat asing dan harus kekal asing daripada agenda negara ini.
Pada Isnin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan agar ceramah Dr Zakir yang dijadual berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), dibatalkan kerana ia dibimbangi boleh menjejas ketenteraman awam dan menjejaskan sensitiviti agama di Malaysia.

Dalam majlis yang sepatutnya diadakan pada 17 April berkenaan, Dr Zakir merancang untuk menyampaikan topik ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ (Persamaan Antara Hindu and Islam) .

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-