Monday, May 9, 2016

Kalah kerana PH tak turun sebagai satu pasukan - Mat Sabu

OLEH RADZUAN HASSAN
Muhamad Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mengakui faktor ketidakseragaman Pakatan Harapan (PH) khususnya pertembungan kerusi sesama sendiri menyumbang kepada kekalahan pembangkang dalam Pilihan Raya Sarawak kali ini.

"PH dilihat tidak turun sebagai satu pasukan dalam menghadapi BN di Sarawak. Semoga keputusan pilihan raya ini menjadi iktibar kepada PH untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya dalam kenyataan mengulas kekalahan pembangkang dalam pilihan raya negeri berkenaan hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga mendakwa tindakan BN Sarawak menghalang petugas PH telah memberi kesan psikologi kepada pengundi.

"Penyalahgunaan media, pengumuman projek segera oleh PM dan KM serta fitnah melampau tidak mampu dijawab kerana pembangkang tidak mempunyai saluran seimbang dengan pemerintah," dakwanya.

Secara keseluruhan, Mat Sabu mengucapkan tahniah kepada barisan PAN yang diketuai timbalannya, Salahuddin Ayub seterusnya berharap ia menjadi rangsangan kepada ahli-ahli PAN pada masa depan kerana beranggapan parti itu mempunyai harapan cerah di Bumi Kenyalang.-- MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-