Friday, May 13, 2016

PRK: DAP tidak akan sokong PAS, kata Guan Eng

DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata oleh kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan, maka ia bukan sekutunya dan oleh itu ia tidak akan menyokong parti itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan akan diadakan dengan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu mengenai pilihan raya kecil itu.

"Kami akan sokong sekutu kami dan satu perbincangan akan diadakan tidak lama lagi dengan pemimpin parti masing-masing," katanya kepada pemberita pada persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.

Lim, bagaimanapun enggan mengulas tentang jemputan Azmin kepada PAS supaya kembali menyertai gabungan itu berikutan kekalahan teruk pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak 7 Mei lepas.
- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-