Friday, July 29, 2016

Tiga pengurusan tertinggi SPRM berundur

HAKIMI ISMAIL
PUTRAJAYA 29 Julai - Majlis Paluan Berundur yang sepatutnya meraikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed di ibu pejabat SPRM di sini hari ini dikejutkan dengan pengunduran dua lagi timbalannya.

Abu Kassim akan menamatkan kontrak sebagai Ketua Pesuruhajaya SPRM berkuatkuasa 1 Ogos ini, manakala Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull akan mengikuti kursus di universiti tempatan sebelum bersara wajib pada 3 Oktober tahun ini.

Seterusnya Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali akan menggalas jawatan baharu sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen menggantikan Datuk Sukib Kusmi.

Mustafar dalam nada sebak ketika berucap pada majlis tersebut memberitahu, penghijrahannya ke organisasi baharu bukan pengakhiran sebaliknya merupakan tanggungjawab yang perlu digalas dengan telus dan integriti.

“Apabila pegawai SPRM diletakkan (menerajui sebuah agensi penguatkuasa) maka tiga perkara utama akan menjadi keutamaan iaitu integriti, ilmu dan tenaga.

“Integriti merupakan elemen paling tinggi yang perlu ada dalam diri kita demi kelangsungan pelaksanaan kerja, tanpa integriti segala kerja akan menjadi porak-peranda,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan di sini hari ini.

- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-