Monday, August 29, 2016

Aktivis pembangkang kecewa mahasiswa sekadar macai pegang pembesar suara

Pemimpin pembangkang gebang bukan main lagi kata demonstrasi #TangkapMO1 petang Sabtu lepas digerakkan sepenuhnya oleh mahasiswa, hakikatnya pelajar universiti hanya tukang pegang banner, pembesar suara dan microphone sahaja.

Siapa yang pecah lubang? Aktivis pembangkang juga, siapa lagi kalau bukan Khalid Mohd Ismath, bekas pelajar UiTM yang pernah terkenal dengan penglibatannya dalam gerakan demonstrasi pelajar pro pembangkang sebelum ini.

“Apabila berjalan, saya melihat segala arahan, perjalanan dan aturan himpunan serta pergerakan bukan dikepalai mahasiswa pun. Mahasiswa hanya memegang hailer (pembesar suara) dan microphone.

“Saya lihat Hishamudin Rais dan kawan-kawan politiknya yang mengarahkan mahasiswa itu dan ini serta memilih siapa YB yang akan naik atas trak untuk berucap,” itu antara keluh kesah Khalid Ismath yang bunyi seperti kecewa.

Hina betul tahap mahasiswa pro pembangkang, belajar tinggi-tinggi masuk universiti tapi tarafnya jadi macai yang pegang pembesar suara dan microphone untuk pemimpin politik dari DAP dan PKR sahaja.

Jelas terbukti benar tanggapan umum selama ini bahawa pemimpin pembangkang hanya gemar mengambil kesempatan memperalatkan segelintir mahasiswa akal sejengkal untuk kepentingan politik kepartian.

Khalid cuma lupa nak sebut ada juga beberapa kerat pelajar yang turut jadi tukang pegang banner, dia malu nak beritahu barangkali, takut mengaibkan. Nak malu buat apa, itukan memang sudah hakikat.

Pun begitu, pendedahan Khalid Ismath sebetulnya taklah mengejutkan sangat, kalau dia tak dedah pada umum hakikat sebenarnya pun, kita semua dah lihat dengan mata kepala sendiri betapa terserlah kemacaian segelintir pelajar universiti pro pembangkang.

Disuruh pegang banner, diarah melaung memekik dan disuruh berarak maka beraraklah mereka tanpa banyak soal. Mereka lupa kalau dikenakan tindakan tatatertib atau digantung pengajian, tiada siapa pun kalangan pemimpin pembangkang yang sudi bantu bina semula masa depan mereka.

Apapun, Khalid Ismath selaku bekas pelajar yang terasa prihatin dan begitu kesal melihat mahasiswa pro pembangkang diperalatkan DAP dan PKR, tidak perlulah berkeluh kesah sangat.

Hakikatnya daripada jumlah kehadiran lebih kurang 1,000 yang hadir di himpunan tersebut, angka paling hampir yang mewakili pelajar universiti mungkin sekitar seratus orang sahaja. Kita bagi bonus 200 atau 300 oranglah senang.

Baki yang lain siapa? Tengok muka satu demi satu yang dah melepasi umur 30 tahun dan ramai lagi yang dah di makan usia, kalau betul golongan ini pun mahu dianggap mahasiswa jenuhlah kita nak kira sudah berapa belas semester pengajian dilalui mereka tanpa dapat sekeping pun ijazahnya.

Jadinya, bergembiralah Khalid Ismath, demonstrasi kelmarin itu sekurang-kurangnya tidak akan dianggap sebagai kegagalan gerakan mahasiswa pembangkang secara total, sebaliknya ia lebih kepada kegagalan parti pembangkang, bukan begitu?

MyKMU.Net

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-