Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Sunday, August 21, 2016

Najib: Mana maruah pemimpin BERSATU?

Susan Loone
Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata tiada sebab untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditubuhkan.

Kata perdana menteri perbezaan pendapat sentiasa boleh dibincangkan dalam semangat kekeluargaan dan bukannya dengan menubuhkan parti baru dan menyerang Umno.

Hal itu demikian, kata Najib, kerana Umno adalah sebuah parti keramat.

Beliau turut mengkritik tiga bekas orang kuat Umno - Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir - yang kini didakwanya bekerjasam dengan DAP serta pembangkang lain.

"Muhyuddin pernah mengutuk DAP sebagai parti totok cauvinis tetapi kini dia duduk sebaris dengan Lim Kit Siang.

"Di manakah prinsip mereka? Dalam politik jangan biarkan misai menyentuh tanah. Maknanya apa? Maknanya pertahankanlah maruah dan harga diri," katanya merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Tasek Gelugor di Pulau Pinang hari ini.

[Baca berita asal]