Saturday, September 17, 2016

PAS belum buat keputusan sertai Pakatan Pembangkang - Abdul Hadi

 AIDCNEWS
AIDCNews – 17/9/16 –Menyifatkan masih terlalu awal, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan bahawa parti Islam pimpinan beliau telah membuat keputusan bersetuju untuk menyertai Pakatan Pembangkang bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

“Masih terlalu awal. Belum lagi bubar kerajaan, terlalu awal untuk buat keputusan. Parti-parti politik pun dalam keadaan tidak menentu.

“PAS kena berhati-hati untuk bekerjasama dengan semua pihak.Cuma langkah kita sekarang memperkenalkan politik matang dan sejahtera berdasarkan kepada taawun, iaitu tolong menolong dalam perkara baik dan tidak tidak menolong dalam perkara yang tidak baik sama ada kerajaan atau pembangkang. Ini konsep umum yang (kita) pegang hari ini.

“Sejak 1955, kita (PAS) masuk pilihan raya dan PAS pernah bekerjasama dengan berbagai-bagai parti politik, kita kaji semua. Sebab itu kita tidak gopoh dalam membuat keputusan,” kata beliau ketika diinterbiu wartawan Terengganukini.net.

Wartawan ingin kepastian dengan bertanya sekali, adakah PAS belum membuat keputusan untuk bersetuju dengan perlawanan satu lawan satu sepertimana yang dinajurkan Pakatan Harapan.

“Ya. Belum. Tidak ada pendirian. Perkara ini kita akan buat pendirian secara terperinci,”tegasnya.

Tambahnya, keadaan politik bukan bersifat statik, tetapi sentiasa berubah dari masa ke semasa.

“Memang perkembangan PAS sangat baik mutakhir ini. Di samping kita pernah menang di Kelantan. Pernah menang di Terengganu. Pernah memerintah di Kedah. Kita pernah mencuba pemerintahan di Perak. Pernah menyertai kerajaan campuran di Selangor.

“Keadaan akan berubah, ia tidak tetap. Politik ini berubah. Sebab itu tidak boleh kita buat kenyataan awal kerana perubahan boleh berlaku bila-bila masa sahaja,”katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-